Jerawat yang sedang mengeras dan membengkak memang buat kita rasa tertekan. Mana taknya selain sakit dan menegang pada kawasan jerawat, rasa rendah diri juga tak kurang hebatnya melanda diri.
Malu dan kurang berkeyakinan diri nak berjumpa dengan orang ramai. Sakit usah cakaplah. Sementara hendak menunggu jerawat pulih dan reda, anda boleh cuba lakukan penyegar daripada timun ini sendiri bagi mengecutkan jerawat. Memang mudah je.
Menurut seorang lelaki bernama Nauf Safuan di Facebook, masalah wajah ‘breakout’ ini boleh diatasi dengan penggunaan toner timun kerana dikatakan toner timun ini sesuai untuk kecutkan jerawat yang ada pada wajah.
Lebih menarik apabila toner timun ini dikatakan boleh mengelakkan jerawat daripada terus merebak pada wajah. Malah, jika anda mengalami masalah pori yang besar pun digalakkan untuk memakai toner timun ini.
Jom ikut perkongsian oleh Nauf Safuan ini.
Toner timun ni sangat sesuai untuk kecutkan En J yang berleluasa kat muka tu. Dan paling best. Toner timun ni boleh elak dari En J terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bagun pagi inshAllah En J akan segera kecut. Best kan?
Untuk yang ada masalah pori besar pun di galakkan untuk pakai toner timun ni. Sat ja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.
Kalau ada masalah kulit berminyak. Boleh perah sedikit lemon. Lemon ni nanti akan serap minyak minyak kat muka hampa. Kat bawah aku share bahan dan cara penyediaan.
Bahan-bahan:
1/2 Timun
1/2 Lemon
Penapis air teh
Penyagat
Cara penyediaan:
1. Sagat timun tu bagi habis. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.
2. Amik air timun, campur dengan perahan lemon. Khas untuk kulit berminyak sahaja. Kalau kulit tak berminyak. Tak perlu lemon na.
3. Masukkan dalam botol. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Toner timun ni boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti.
4. Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malam sebelum tidur. Lepas ni tak payah risau muka breakout lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: Nauf Safuan