
Bulan Mac yang lalu, pasangan selebriti Syamsul Yusoff dan Puteri Sarah telah menimang cahaya mata kedua mereka.
Bayi perempuan yang diberi nama yang cukup indah dan sedap maknanya iaitu Sumayyah binti Mohd Syamsul. Sebelum ini, pasangan tersebut telah mempunyai seorang anak lelaki bernama Syaikhul Islam.
Baru-baru ini, Syamsul Yusoff menerusi laman instagramnya ada memuat naik gambar terbaru anak-anaknya. Perkongsian tersebut mendapat maklum balas daripada netizen, rata-rata memuji wajah comel dan segak anak pasangan tersebut.
Malah ramai mengakui anak kedua pasangan ini mirip Syamsul Yusoff. Tak kurang juga yang mengatakan Sumayyah adalah kombinasi wajah Puteri Sarah dan juga Yusoff.
“Adik yang sekolah tapi kita pula risau.” Sakit Buah Pinggang Tahap Kronik, Budak Umur 7 Tahun Ni Tetap Nak Rasa Suasana Bersekolah.

Bermulanya musim persekolahan, pelbagai karenah anak-anak dapat dilihat waktu ini. Ada yang teruja, gembira, tak sabar dan tak kurang juga yang takut, murung, dan sebagainya lagi.
Namun, kisah adik yang baru memasuki tahun satu ini sedikit istimewa. Biarpun diri tidak sihat, namun semangat dan tkad untuk bersekolah menyebabkan dia sanggup melalui segalanya.
Adik Hazim Hafifi ini mengidap Sakit Buah Pinggang yang kronik. Menerusi catatan ibunya Khairatul Azni di facebook, si anak nampak teruja untuk ke sekolah.
Perkongsian gambar dan cerita tentang Hazim yang memulakan sesi orientasi membuatkan ramai yang sebak dan terharu dengan keadaannya itu.
Adik yang sekolah tapi kita pulak risau lebih lebih. Semoga kaki tangan kuat utk berjalan, menulis, melukis. Dia excited nak ke sekolah, bagi peluang merasa ke sekolah.
Bila bergurau kata xyah g skolah la dik, dia nangis.
Semoga Hazim Hafifi dipanjangkan umur dan diberi kesihatan berpanjangan.
Hazim penghidap ESRF (End Stage Renal Failure) iaitu sakit buah pinggang tahap kronik didiagnos ketika berumur 9 bulan. Start dialisis ketika berumur 1 tahun 6 bulan.
Demi memastikan anaknya selesa dan dapat belajar dengan baik di sekolah, si ibu sanggup nak membelikan kerusi baru untuknya. Ini kerana kerusi yang sedia ada tidak sesuai dengan tahap ketinggian Hazim.
Menurut ibunya lagi, walaupun dia tidak sihat, namun tetap mahu melakukan aktiviti yang sama seperti kawan-kawannya.
Semoga dipermudahkan urusan adik kecil ini untuk menuntut ilmu dan diberi kesembuhan penyakitnya itu.
Aircond Kereta Tak Terasa Sejuk Lagi. Jadi Buat Cara Ni, Duit Pun Tak Kopak!

Bila keluar rumah pada waktu tengah hari, kita akan rasa bahang kepanasannya, dan sekali gus membuatkan kita anak beranak tidak selesa untuk melakukan aktiviti di luar rumah.
Begitu juga jika sedang menaiki kereta yang mana aircond tidak lagi terasa sejuk. Boleh berpeluh juga dibuatnya, dan pastinya semua yang ada di dalam kenderaan merasa tidak selesa.Hendak dibaiki pada waktu terdekat, duit pula banyak digunakan untuk keperluan lain.
Jadi, ini penyelesaiannya. Tanpa perlu menggunakan duit, aircond kereta akan dapat berfungsi dengan baik bila anda segera lakukan ini.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Farizah, jom semak.
Serious AIRCOND KERETA terus jadi SEJUK!!! Menyesal tak buat dari dulu. Tak payah keluarkan duit pun! Tak sampai 5 minit dah siap. Jom try!
Sebelum ni kalau duduk dalam kereta time tengah hari, memang macam dalam oven. Aircond on paling high pun masih berpeluh. Rupa-rupanya sebab penapis dia penuh dengan habuk!
Aircond tidak sejuk dipengaruhi banyak faktor, kadang-kadang disebabkan cooling coil bocor, kompessor, kipas, gas aircond bocor dan macam-macam lagi.
Tapi kadang-kadang sebab penapis penuh dengan habuk je! Jadi boleh la try cara ini dulu sebelum ke workshop. Tak ada la terkopak duit beratus.
Cara-caranya:-
1) – Buka drawer kat dashboard tempat penumpang depan tu dan tarik keluar
2) – Akan nampak ada satu box hitam kecil dalam tu, buka penutup box tu
3) – Tarik keluar penapis berbentuk segi empat
4) – Penapis itu berfungsi menangkap segala kotoran dan habuk
5) – Ketuk dan bersihkan segala habuk
6) – Selepas dah bersih, letak balik penapis tu
7) – Lepastu pasang balik penutup dan drawer tu.
(Buat masa enjin kereta off ye)
Lepastu on enjin dan test aircond korang! Mesti dah sejuk angin dia!
Kalau tak sejuk juga maksudnya kena hantar workshop la tu, ada masalah aircond lain.
Siapa yang dh cuba nnt share la hasilnya sejuk ke tidak. Tak sampai 5 minit pun nak buat. Memang senang.
Kebanyakan kereta kat malaysia ni, kat situ la kedudukan penapis tu. Kalau kereta pelik-pelik skit, tak tau la kat mana, pergi tanya kat workshop hehe. Proton, perodua dan kebanyakan honda kat situ la.
Sumber : Farizah Mohamed
Resepi Bone Broth Ini Jadi Viral, Bila Dapat Bantu Meningkatkan Imun Badan. Murah Dan Mudah Cara Nak Buat!

Setiap ibu bapa sentiasa memastikan anak sihat. Cara hidup positif termasuk amalan pemakanan sihat. Tentu pernah dengar bone broth atau dalam bahasa melayunya ialah air tulang atau juga sup tulang. Ia disyorkan supaya memberi anak makan bone broth setiap hari. Ini kerana kaya dengan nutrisi.
Bone broth ni boleh dicampur dengan masakan berkuah seperti mee sup, kuah sayur, masakan yang berkuah dan bubur untuk seisi keluarga.
Perkongsian puan Nur Shahira ini amat bermanfaat untuk diamalkan. Beliau berkongsi resepi cara membuat chicken bine broth (ccb) dengan campuran pelbagai jenis sayur. Bahan-bahannya direbus sehingga 5 jam. Patinya ditapis dan simpan dalam belas kuib. Dikeluarkan apabila perlu untuk masakan.
Apa yang pasti campuran sayuran dan tulang, tentu khasiat lagi berganda. Malah mampu meningkatkan daya tahan penyakit anak-anak. Ikuti perkongsian beliau.
KUATKAN IMMUNE SISTEM ANAK dgn Chicken bone broth (cbb).
Kebaikan Chicken Bone Broth (CBB)
?Boleh memperbaiki usus dan mengelakkan allrgey terhadap makanan
?Untuk membantu penyerapan protein dan mineral (bagus untuk anak yang allery dgn bahan tenusu /disry intolerant )
?membantu membina tulang dan menguatkan gigi (khasiat dalam bone broth dipenuhi dgn mineral yg baik utk tulang)
?membantu untuk meningkatkan immune badan
?vitamin : kalsium,magnesium,boron,zinc,k2 dalam tulang sumsum,peptides(memperbaiki amino acids dan senagai antibiotik natural),kolegan,anti inflammatory substance dan juga mengandungi khasiat yang boleh memperbaiki usus
?Sebagai makanan tambahan utk bayi anda & sesuai utk 7 bulan ke atas
BAHAN-BAHAN
☑️Rangka ayam 1ekor
☑️ Kaki ayam 1kg
☑️12 cawan air
☑️ Celery 1 batang
☑️Leek 1 batang
☑️Carrot sebatang.
☑️ Bawang besar 1labu potong 4
☑️Bawang putih 3ulas
☑️Cuka 3 sudu
☑️sup bunjut 2paket
☑️Hirisan halia
☑️tomato potong 4
☑️Periuk stainless Steel
*Lemon / cuka / tomato – salah satu bahan berasid ini berfungsi untuk mengekstrak keluar semua zat dalam tulang ayam tersebut. Mesti letak ya!
Cara penyediaan:
? Khasiat Sayur Leek untuk bayi, kanak-kanak dan seluruh isi rumah antaranya:
?? merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah
?? melindungi dari jangkitan pernafasan
?? meningkatkan kesihatan pencernaan
?? membantu dalam perkembangan saraf
juga membersihkan sistem penghadaman
?Kebaikan tersembunyi sayur leek antaranya:
??kaya dengan blood protein – leek sangat tinggi iron itu sebabnya ia boleh mengekalkan ke aktifan dan tenaga anak-anak, ia membantu kanak-kanak mengekalkan apa-apa jenis keperluan tenaga seharian mereka. ?? Vitamin C yang terdapat pada leek menolong memastikan anak-anak menyerap kandungan iron ke dalam badan oleh itu untuk anak sentiasa enegetik dan kekal aktif sepanjang hari pastikan leek sentiasa ada pada menu anak anda.
?? nilai perubatan yang tinggi – leek juga sebagai antiseptic dan anti keradangan apabila anak luka ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka atau bengkak. anak-anak yang actif ni kekadang mudah terjatuh dan akan menyebabkan mereka terluka atau bengkak di bahagian badan kan so sayuran leek ini boleh mepercepatkan proses penyembuhan luka.
Sejak2 saya tmbh cbb dlm moi sofia, si abg pon join mkn sekali.. Alhamdulillah ?
Sy rebus selama 5jam..
Sumber kredit : Nur Shahira.