“Mujur Tak Pegang Botol Susu, Dapat Bunga Mood Ok.” Flower Girl Kena Dukung Iringi Pengantin, Rupanya Anak Sendiri!

Share

Kebiasaannya kanak-kanak yang sudah besar menjadi ‘flower girl’ mengiringi pasangan pengantin.

Namun, berbeza dengan pasangan pengantin ini yang memilih  seorang anak kecil yang memakai gaun putih sambil didukung pengantin lelaki berjalan bersama pasangannya ketika berarak masuk ke dalam dewan.Ahmad Yusri Zakwan Ahmad Norllil dan isteri  Nurtiara Atiqah Ramli,  diraikan dalam satu majlis persandingan pada 28 November lalu. Pasangan ini rupanya sudah selamat bernikah lebih setahun lalu pada 25 Julai 2020.

“Majlis sebelah suami ditangguhkan akibat PKP, kami bernikah pada 25 Julai 2020. Majlis sebelah saya dibuat pada hari yang sama dan untuk majlis pihak lelaki sepatutnya nak buat pada 18 Oktober 2020, tapi lagi tiga hari majlis nak berlangsung itu kerajaan mengumumkan majlis sosial seperti majlis perkahwinan tidak dibenarkan. 

“Ini berikutan peningkatan kes Covid-19 menyebabkan majlis terpaksa ditunda sedangkan persiapan dan bayaran untuk majlis termasuk dewan, pelamin semuanya dah siap bayar.

“Jadi keluarga sepakat nak buat majlis lepas semuanya reda. Tarikh 28 November sesuai dan itu yang kami teruskan majlis pada tarikh tersebut,”ujar Nurtiara atau Tiara lagi ketika ditemubual penulis Majalah Keluarga.

Istimewanya, majlis persandingan tersebut diserikan dengan kehadiran flower girl  cilik, Nur Naura Sumayyah. Si kecil yang mesra dengan panggilan Naura ini rupa-rupanya  anak kepada pasangan ini yang baru enam bulan.

“Kebetulan kami dah dikurniakan cahaya mata, jadi suami cadangkan apa kata kami bawa sekali anak jalan sama-sama naik ke pelamin.

“Macam-macam perasaan ada. excited, berdebar, risau sebab kita tahu waktu tidur anak pukul berapa semua. Sebelum nak masuk dewan tu dia memang dah meragam. Kebetulan kami tak pegang susu tapi alhamdulillah, suami dapat idea.

“Dia petik sekuntum bunga mawar yang saya bawa sebagai bunga tangan dan bagi pada anak pegang. Barulah anak dia dan okay.

Memandangkan anak mereka masih belum boleh berjalan, si ayah terpaksa mendukung si kecil yang beratnya 6.5kg sehingga ke pelamin sebelum menyerahkan kepada adik ipar untuk dijaga.

Begitupun, Yusri yang bertugas sebagai Juruaudit bersyukur kerana majlis persandingan mereka berjalan lancar dan anak mereka yang masih kecil tidak meragam.

“Kami berdoa agar anak tak meragam. Alhamdulillah semasa berarak tu anak memberi kerjasama sangat.

“Ikutkan kalau meragam, kami kasi dia minum susu botol. Nasib baik mood dia okay dapat bunga ros, tak adalah flower girl pegang susu botol,” ujarnya secara berseloroh.

Dalam pada itu, Yusri mengakui tidak menyangka rezekinya bersama isteri dapat mengadakan majlis perkahwinan yang turut dihadiri anak sendiri.

“Ada hikmah di sebalik majlis sebelah lelaki terpaksa ditunda. Sewa dewan dah bayar penuh, akhir tahun lepas wedding planner kata dewan hanya available pada akhir November 2021.

“Tiba-tiba masuk 2021 ada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 2.0 dan 3.0 dah akhir Oktober baru boleh buat majlis. Memang bersyukur sangat,” katanya lagi.

@ctharumiNilah jadinya bila asyik tertunda majlis gara2 PKP. Last2 Naura dapat jadi flower girl utk majlis perkahwinan mama dan papa dia. ##fyp ##pengantinpkp♬ Selamat Pengantin Baru – Puan Sri Saloma

 

Sumber: Mstar & tiktok CT Harumi