Muhasabah Diri Tentang Keberkatan Rezeki. Ini Senarai 25 Pengertian Yang Sungguh Mendalam!

Share

Dalam berbicara tentang keberkatan dalam mencari rezeki, seseorang mukmin hendaklah menjauhi diri dari perbuatan maksiat.

Dalam apa pun jenis rezeki yang kita dapat, semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah SWT.

Nak tahu lebih lanjut tentang pengertian rezeki yang mendalam, ikuti perkongsian ini oleh Khairul Anuar Basri

TENTANG REZEKI.
1. Allah penentu segala rezeki. Tiada yang boleh mengatasi kehebatan dan kekuasaan Allah dalam hal rezeki.
2. Kita mesti beriman dan yakin dengan Allah sebagai pemberi rezeki dan rezeki yang Allah akan berikan kepada kita. Banyakkan berusaha, berdoa dan bertawakkal.
3. Jika Allah telah tulis bahawa rezeki itu milik kita, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya.
4. Jika Allah telah tulis bahawa rezeki itu bukan milik kita, maka tiada apa yang dapat kita usahakan.
5. Setiap manusia yang dilahirkan, dia datang bersama rezeki masing-masing.


6. Setiap manusia ditentukan rezekinya sekian-sekian banyak. Selagi tidak sampai kepada had yang sepatutnya, maka dia tidak akan mati.
7,Kadang-kadang orang menumpang rezeki kita. Sebagai contoh, anak-anak yang menumpang rezeki hasil usaha ibu bapanya.
8 Kadang-kadang kita menumpang rezeki orang. Sebagai contoh, ibu bapa yang menumpang rezeki yang datang bersama kelahiran anak-anak mereka.
9.Kadang-kadang Allah memang kurniakan rezeki tersebut untuk kita. Maka kita mendapat manfaat langsung dari rezeki tersebut.
10.Kadang-kadang Allah jadikan kita sebagai asbab rezeki orang lain. Kita yang bekerja, dapat upah, digunakan untuk menyara ahli keluarga.
11. Kadang-kadang Allah jadikan rezeki makhluk lain asbab pekerjaan kita. Kita yang bekerja, dapat upah, digunakan untuk membeli makanan kucing peliharaan kita.
12. Kadang-kadang Allah mudahkan rezeki buat kita. Kadang-kadang Allah payahkan sedikit untuk melihat kita lebih berusaha, berdoa dan bertawakkal.
13. Kadang-kadang Allah datang rezeki yang tidak disangka-sangka kepada kita asbab kebaikan yang kita lakukan.
14. Jangan sesekali mendabik dada dengan mengatakan rezeki ini kerana usaha kita atau amalan kita yang tertentu. Kita tidak tahu sebab sebenar kenapa Allah memberi kita rezeki tersebut. Mungkin ada usaha atau doa orang lain untuk kita yang dimakbulkan oleh Allah.
15. Jangan sombong dan bercakap besar tentang rezeki. Ia hak milik Allah yang mutlak dan kekal menjadi rahsiaNya sampai bila-bila.

16. Jangan dengki dengan orang yang murah rezeki, lalu dibuat perkara yang bukan-bukan terhadapnya. Lebih-lebih lagi jika dia seorang yang pemurah. Kecuali dengki kita itu untuk kebaikan dan mahu menjadi kaya dan pemurah sepertinya.
17. Selalulah sangka baik dengan rezeki kerana itu adalah tanda sangka baik kita dengan pemberi rezeki iaitu Allah.
18. Rezeki akan jadi sangat sukar buat kita bila kita banyak buat maksiat. Tinggalkan dosa dan maksiat, bertaubat dan beristighfarlah setiap masa.
19. Rezeki juga boleh jadi sangat banyak untuk ahli maksiat sebagai istidraj kepada pemiliknya. Jangan sampai kita termasuk dalam golongan ini kerana kita akan semakin jauh dari Allah.
20. Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit. Masa yang lapang, hati yang tenang, anak ramai dan soleh, isteri yang solehah, hutang yang selesai, tidur yang lena, perut yang tidak lapar, ada tempat untuk berteduh dan lain-lain perkara yang menyenangkan hidup juga adalah rezeki. Kita mungkin tak kaya tapi tak susah.
21. Syukur atas rezeki yang Allah bagi kepada kita dengan berkongsi rezeki dengan orang lain. Makin banyak yang kita kongsi, makin banyak yang Allah akan bagi.
22. Pada setiap rezeki yang Allah berikan kepada kita, pasti ada bahagian orang lain yang mesti diagihkan. Itulah zakat, sedekah dan hadiah.

23. Berhati-hati dengan segala macam amalan yang ‘katanya’ menjemput rezeki. Jangan sampai obses kita dengan hasil rezeki melebihi obses kita kepada pemberi rezeki.
24. Berpagi-pagilah dalam mencari rezeki. Pada setiap pagi, Allah yang maha pemurah menebarkan rezeki seluas-luasnya untuk ‘direbut’ oleh sekelian makhlukNya. Siapa cepat dia dapat!
25. Last sekali… rezeki terhebat, terbesar dan terindah ialah rasa cukup dengan apa yang ada dan tidak pernah mengeluh dengan apa yang tiada.
Selamat pagi semua.

– Rezeki sungguh Allah bagi bangun pagi ni, bagi kesihatan dan bagi idea untuk terus menulis buat manfaat semua pembaca –

Sumber: Khairul Anuar Basri

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club