Dalam perjalanan hidup kita di dunia ini bersama keluarga tercinta tentu tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan, dan dikatakan orang yang beruntung itu adalah bila sentiasa muhasabah diri bagi memperbaiki ke arah lebih baik.
Oleh itu, apa kata selami perkongsian Majlis Ilmu ini untuk mendidik diri kita dan seisi keluarga untuk terus istiqomah melakukan perubahan diri agar menjadi lebih baik di muka bumi ini.
Muhasabah diri, kita ini SEDANG BERMUSAFIR
1. Ada orang bangun awal pagi, terus ready untuk bertahajjud & solat Subuh; tak pernah miss solat sunat sebelum Subuh kerana kelebihannya ibarat beroleh dunia & seluruh isinya.
2. Ada orang bangun pagi, main phone dulu, tengok wassap, telegram, update dulu ucap selamat pagi kat FB insta weChat dan bila subuh dah nak habis, baru cepat-cepat lari pi ambil wudhuk.
3. Ada orang dah bangun tapi tidur balik.
4. Ada orang subuh memang tak bangun.
5. Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan zikir pagi.
Ads
6. Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintahNya dan melaksanakan suruhanNya, dan cuba untuk menjadi terbaik di mataNya.
7. Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar ja, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang-ulang buat benda yang sama.
8. Ada orang, dia tak buat apa-apa pun sepanjang hari, just duduk tengok tv, main game atau lepak-lepak dengan member.
9. Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya.
10. Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ketengah malam. Bahkan sampai kepagi. Tersengih sorang-sorang, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.
11. Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa-apa. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.
Ads
*Begitulah rutin harian setiap orang. Masing-masing memainkan watak masing-masing tanpa disuruh siapa-siapa. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. “Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat.” Begitu lah seterusnya*
Bila “ajal menjemput” secara mengejut.
Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang
Ada orang mati ketika dia khusyuk main game
Ada orang mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi
Ada orang yang mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.
Ads
-Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita?
-Sad endingkah, atau happy ending?
-Ternyata, semuanya sudah tercermin ketika kita masih hidup
Dengan apakah hayat kita digunakan
ALLAH SWT telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil berdasarkan ilmu disisiNya
Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yang mensia-siakannya selama ini. Tup-tup bila mati, menyesal tidak henti
Dari itu: MANFAATKAN LAH MASA YANG MASIH ADA. JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN
“Alif…this is for you.” Inilah ayat pertama yang ditulis oleh penyanyi Datuk Nora Ariffin di akaun instagramnya baru-baru ini. Luahan hati seorang ibu yang berasa cukup bangga dengan pencapaian anak namun dalam masa yang sama hiba yang dirasakan saat menerima skrol mewakili Allahyarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan di majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 yang berlangsung pada petang Selasa.
Mama tolong ambikkan ye..Alhamdulillah…congrats.
Keluarga kecil saya tumpang bangga & gembira dgn pencapaian anaknda Alif Johan, sempat habiskan Diploma sblm kembali kerahmatullah. Moga Alif tenang disana.
Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UITM FITA & sahabat2 yang memberi sokongan pada Alif selama hayat dia. Thank you UITM, Moga legacy arwah dapat diteruskan. Al- fatihah.
Berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Universiti Teknologi Mara, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, memberitahu, ketika hayatnya, Allahyarham banyak membantunya mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah membantu menghasilkan video untuknya.
Kata pelantun lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ lagi, arwah Alif menjadi antara individu yang banyak menaikkan semangatnya selepas pemergian Allahyarham suami, Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.
“Setiap hari Alif pasti akan menghantar WhatsApp bertanya sama ada saya okay atau tidak. Memang pemergiannya satu kehilangan besar buat keluarga kami,” ujarnya.
Bagaimanapun, Nora berkata, dia reda dengan pemergian anak keduanya itu dan menganggap Allah lebih menyayanginya: “Selepas kematian Johan, kami reda dengan pemergian Alif kerana macam mana kami sayang padanya, Allah lebih menyayanginya,” jelasnya.
Untuk makluman, arwah Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah. Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya.
Berasal dari keluarga yang mana rata-ratanya berkhidmat sebagai doktor sedikit sebanyak mendorong personaliti ini untuk memilih bidang yang sama. Dari sehari ke sehari beliau meletakkan sasaran untuk menjadi seorang pakar bedah terkemuka di negara ini.
Angan-angan sahaja tanpa disulami dengan usaha gigih pasti akan tinggal impian semata-mata. Namun itu tidak berlaku kepada Tan Sri Dr Yahya Awang, lelaki yang cukup berkarisma dan penuh motivasi.
Walaupun sibuk dengan urusan kerja masing-masing, tetapi ada waktunya Tan Sri Yahya sekeluarga akan pergi bercuti bersama.
Berpeluang menemu bual ikon dalam dunia pembedahan jantung cukup bermakna buat penulis. Biarpun tampak sedikit tegas, namun dia cukup bersahaja, soft spoken dan punya aura tersendiri. Setiap persoalan diajukan dibalas dengan jawapan yang cukup ringkas namun padat dan bermakna.
“Saya lahir dalam keluarga yang boleh dikatakan semua doktor. Termasuklah ayah, adik, abang dan pak cik saya. Jadi, apabila masuk universiti, secara tak langsung minat dalam bidang tersebut mula bercambah. Malah, cita-cita untuk menjadi pakar bedah jantung mula tersemat dijiwa kerana waktu itu sukar nak dapat pakar jantung di negara ini.
“Selepas berkhidmat selama 12 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), saya kemudiannya bersara tetapi menyambung khidmat di Damansara Specialist. Ketika itulah, terdetik idea untuk mengumpul pakar jantung di satu tempat. Saya memujuk rakan-rakan supaya berkongsi dan berkhidmat di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).
“Daripada situ tertubuhlah pusat pakar jantung swasta ini yang diharap dapat membantu lebih ramai pesakit terutama bagi mereka yang mempunyai masalah jantung. Alhamdulillah setakat ini saya berpuas hati bahkan berasa cukup gembira dan bersyukur kerana ini adalah satu legasi yang dapat ditinggalkan untuk negara ini selain IJN,” ujar Tan Sri Yahya yang merupakan pengasas bersama 5 lagi rakannya untuk menubuhkan pusat berkenaan.
Akui empunya diri, bukan mudah untuk menjadi pakar bedah memandangkan banyak perngorbanan perlu dilalui termasuklah latihan yang lama, terpaksa dedikasi dan sabar kerana ia bukan sesuatu yang mudah.
“Syukur kerana saya berjaya mengharungi semua cabaran tersebut. Bahkan, mentor saya juga merupakan seorang pakar jantung di hospital di London dan dialah yang mengajar saya untuk menjadi doktor bedah jantung.
“Kebanyakan doktor muda tak nak pilih bidang ini kerana terpaksa mereka terpaksa berkorban lebih termasuklah latihan yang terlalu lama dan lebih intensif membuatkan mereka memilih untuk berkhidmat di bahagian lain,” ulas Tan Sri Yahya sambil mengakui tidak ramai yang memilih bidang ini kerana di Malaysia pada masa itu tiada pakar. Malah dia serta kawan saya dan juga rakan kongsi sekarang iaitu Datuk Rozali antara yang terawal bergelar pakar jantung di Malaysia.
Tan Sri Yahya juga meletakkan sasaran untuk menjadikan CVSKL sebuah pusat jantung yang baik di Asia. Baginya tiada yang mustahil untuk mencapai sasaran tersebut memandangkan mereka memiliki ramai pakar jantung di situ.
“Saya percaya ia boleh dicapai kerana banyak pakar di dalam bidang masing-masing. Ketika pelancaran pusat ini, saya sudah beritahu pusat ini bukan saja menjadi sebuah CSR hospital yang mana bukan sahaja berkhidmat untuk golongan yang berkemampuan bahkan kami mahu ‘pulang balik’ pengalaman dan ilmu yang ada kepada kerajaan dan rakyat Malaysia semua.
“Ramai pakar di sini yang telah berkhidmat untuk memajukan bidang sakit jantung. Bukan itu sahaja, CVSKL tidak boleh dikategorikan hanya untuk golongan swasta semata-mata,”ujar Tan Sri Yahya lagi.
Diminta menceritakan pengalaman pertama kali menjadi doktor dan menguruskan kes pembedahan jantung, akui bapa kepada 4 anak ini tidak menafikan cukup gabra dan jantung pun ikut sama berdebar.
Walaupun sibuk dengan urusan kerja masing-masing,, tetapi ada waktunya Tan Sri Yahya sekeluarga akan pergi bercuti bersama.
“Saya masih ingat, kes tersebut mengambil masa yang agak lama lebih kurang 4 jam untuk selesaikan kes tersebut. Lepas selesai, saya berkongsi cerita dengan isteri. Malah dia juga mengikut saya ke London ketika saya menjalani latihan di sana. Isteri juga merupakan doktor dan dia menjalani latihan pakar kulit. Bukan sahaja saya dan isteri, bahkan anak kami juga turut terbabit dalam bidang yang sama.
“Kalau diikutkan masa saya banyak dihabiskan di hospital kerana pembedahan jantung bukan mudah tetapi saya akan pastikan saya pulang ke rumah setiap hari. Jadi, isteri yang lebih banyak dengan anak-anak. Dua anak saya berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur manakala dua lagi sedang menjalani latihan di Australia. Saya tidak memaksa jauh sekali menggalakkan mereka memilih bidang yang sama. Minat tersebut datang dari diri mereka tanpa dipaksa baik oleh saya mahupun ibu mereka.
“Bahkan, saya selalu cakap di dalam rumah kita sepatutnya ada doktor, peguam, akauntan tetapi semua nak jadi doktor. Saya pernah cakap dalam keluarga kita ni ‘boring’ kerana waktu makan pun bercakap hal yang sama, balik balik tentang pesakit dan sebagainya.
“Adakalanya cuba juga ‘pusing cerita’ hal lain tetapi pasti akan balik semua tentang hal di hospital. Nak tak nak kenalah dengar dan terima,” seloroh Tan Sri Yahya tentang gelagat mereka sekeluarga apabila berkumpul.
Saya cakap sepatutnya dalam rumah kena ada peguam, akauntan tetapi semua nak jadi doktor. ‘Boring’ waktu makan pun bercakap hal pesakit- Tan Sri Yahya.
Biarpun tidak menggalakkan mereka memilih bidang yang sama, Tan Sri tetap berbangga dengan pencapaian anak-anaknya.
“Setakat ini belum ada yang memilih menjadi pakar jantung seperti saya, walaupun sekarang ini dua dah jadi pakar dan dua lagi masih dalam latihan untuk menjadi pakar. Saya berharap lepas ini mereka akan berkhdimat di negara kita.
“Walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerja selain sudah memiliki keluarga sendiri, tetapi ada waktunya kami akan pergi bercuti satu keluarga. Itu sudah saya terapkan sejak dahulu lagi. Sekarang ini saya punya masa yang lebih dengan keluarga memandangkan saya punya 7 orang cucu,“ jelas Tan Sri yang gemar berenang dan bermain golf selain melancong.
Biarpun tidak menggalakkan mereka memilih bidang yang sama, Tan Sri tetap berbangga dengan pencapaian anak-anaknya.
Biarpun sudah boleh ‘cuci tangan’ dan berehat dari bidang tersebut, namun Tan Sri Yahya belum puas lagi mencurahkan khidmat bakti kepada mereka yang memerlukan.
“Sewaktu bersara dari IJN, saya ingatkan kerjaya sudah tamat. Namun umur bukan satu halangan kerana kesihatan diri dan mental semua okey. Lagipun kemahiran saya dalam pembedahan masih lancar tanpa masalah. Jadi apa salahnya saya meneruskan usaha saya ke arah membantu mereka yang memerlukan,”ungkap Tan Sri Yahya sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Sept-Oct 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelbagai cara seorang suami menzahirkan rasa kasih, sayang dan penghargaan kepada isteri tercinta. Tidak hanya dengan dilafazkan dibibir malah dibuktikan dengan tindakan dan perlakuan bagi memastikan pasangan berasa bahagia dan gembira.
Ini samalah kisahnya seperti yang dilaporkan Harian Metro, demi menggembirakan isteri yang disayangi, seorang suami iaitu Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman sanggup menjahit 30 pasang baju raya untuk digayakan oleh isterinya sepanjang Syawal nanti.
Sejak Tahun Pertama Berkahwin Jahitkan Baju Isteri
Syed Muhammad Shah Hasif, 29, atau mesra disapa Syed dari Seri Alam, di sini berkata, rutin itu dilakukan sejak tahun pertama mendirikan rumah tangga lagi.
Menurut Syed, isterinya, Fatin Syazwani Ishak, 23 tidak pernah meminta namun dia sendiri yang mahu menjahit baju raya berkenaan.
“Ini tahun ketiga saya menjahit baju raya buat isteri dan saya lakukannya kerana gemar menjahit.
“Malah, saya turut menjahit pakaian untuk dipakai isteri sewaktu majlis pertunangan dan perkahwinan kami, tiga tahun lalu.
“Isteri tidak cerewet, dia terima saja dan mengakui seronok kerana dapat menggayakan baju raya hasil kerja tangan saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Syed berkata, dia membuat persiapan enam bulan lebih awal untuk menghasilkan semua baju berkenaan.
Katanya, kerja menyiapkan baju itu dilakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa dan lazimnya ia siap sebelum Ramadan.
“Enam bulan sebelum hari raya, saya akan membeli kain untuk digunakan bagi menjahit baju.
“Bila ada kelapangan, saya akan menjahit baju berkenaan supaya semua 30 pasang baju siap awal dan dapat digayakan isteri sepanjang Syawal,” katanya yang mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun diberi nama Syed Muhammad Nouie Jaeden El-Alawi.
Syed berkata, dia tidak berasa apa yang dilakukannya itu satu pembaziran, sebaliknya mahu baju itu menjadi kenangan buat isterinya seandainya dia tiada suatu hari nanti.
Menurutnya, dia tidak hanya menjahit baju untuk dipakai isterinya ketika hari raya saja.
“Ini kerana saya ada hasilkan baju untuk dipakai isteri ke majlis kenduri dan lain-lain lagi.
“Ini cara saya menghargai dan memberi kegembiraan buat isteri dan Syawal tetap perlu diraikan walaupun dalam tempoh pandemik Covid-19.
“Saya pernah pakai baju raya sama selama lapan tahun ketika zaman bujang dulu, jadi saya tidak mahu isteri dan anak melalui pengalaman sama,” katanya yang turut menghasilkan baju raya buat anaknya.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.