Pelakon bertubuh kecil yang cukup berbakat ini baru sahaja menimang cahaya mata kedua baru-baru ini. Dikurniakan anak perempuan, Nad Zainal atau mesra disapa Nanad serta suami menamakan anak mereka Budi Kalsom.
Nanad rajin berkongsi kisah keluarga dan aktiviti seni menerusi laman instagramnya. Termasuklah juga gambar dan video gelagat anak sulungnya Yem sebelum ini. Namun, jarang sekali pelakon wanita terbaik ini berkongsikan wajah ibu bapanya menerusi media sosial.
Untuk pengetahuan peminat Nanad, dia merupakan anak tunggal dalam keluarga.
Terbaru, Nanad memuat naik sekeping gambar anaknya Yem yang nampak cerita dan gembira di samping atuk dan neneknya yang memangku si kecil Budi Kalsom.
Ads
Menerusi gambar tersebut, Nanad berseloroh meminta ayahnya bertabah kerana tangan Yem menutupi wajahnya.
Ads
“Mohon Tok Pa Bertabah.”
Ads
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Rata-rata memuji wajah ibu Nanad yang nampak mudah. Bahkan ramai yang mengatakan wajah Nanad saling tidak tumpah seperti wajah ibunya.
Patutlah Nanad cantik, dia mewarisi kecantikan itu daripada ibunya. Dengan kulit crah serta senyuman manis sebiji muka Nanad. Itu antara pujian yang diberikan oleh warga maya kepada ibu Nanad.
thechellaaaa Mama u muka sebiji muka nanad.. Nanad mmg copy muka mama la
Ruang dapur boleh dianggap sebagai ‘jantung’ kehidupan untuk sesebuah kediaman. Ramai yang mengatakan begitu terutamanya bagi mereka yang gemar memasak. Memandangkan di ruang inilah akan terciptanya hidangan enak dan dimasak dengan penuh kasih sayang untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta. Malah setiap hari kita sering memulakan kehidupan dengan mengisi perut yang kosong dengan menjengah ke ruang dapur sebelum pergi ke tempat kerja dan sebagainya.
Lantaran itu, sewajarnya ruang ini harus terlihat sentiasa bersih dan rapi agar dapat memberi keselesaan kepada seluruh ahli keluarga berada lebih lama di ruang ini. Namun jika tidak diberi tumpuan pada aspek kebersihan, ia seakan mustahil. Tambahan pula, apabila memasak akan boleh menyebabkan berminyak malah berjelaga pada dinding, lantai mahu pun syiling.
Pun begitu, wanita ini yang dikenali sebagai Siti Hawa Mohd Zainudin di dalam fbnya ada berkongsi cara untuk hindari masalah tersebut. Menurutnya walaupun telah menggunakan ruang dapur tersebut hampir 6 tahun lamanya, namun dinding dan syilingnya kekal putih bersih!
Nak tahu apa yang dia lakukan jom semak satu persatu.
Tip saya nak bagi dinding dan syiling tak hitam jelaga dalam masa yang sama masih kekal cantik catnya :
1. Time memasak saya suka standby span basah sambil masak sambil lap tabletop dan kain basah untuk lap lantai gitu.
2. Time memasak saya suka buka pintu dapur dan tingkap agar bau bauan dapat keluar terus
3. Time memasak saya suka pasang kipas kat dapur agar dapur tak berwap panas.
5. Rutin harian selepas memasak, kena rajin mengemas dan lap dapur di semua bahagian yang digunakan time memasak sebab kalau dibiarkan, kesan kotoran akan melekat terus.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi membesarkan dan mendidik anak-anak hingga berjaya.
Bila mana anak sudah berjaya, sudah sampai masa mereka membalas segala penat lelah orang tuanya.
Tidak minta dibalas kerana kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa tidak ternilai harganya, namun sebagai anak tetap ada rasa ingin melakukannya.
Demikian bagi penyanyi muda bernama Najwa Latif ini. Popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Binti Abdul Latif berjaya memenuhi hajat ibunya yang ingin ke Venice dan menaiki gondola.
Menerusi video yang dimuatnaik dilaman instagramnya, Najwa mengakui lima tahun yang llau dia mengetahui hasrat ibunya dan kini dia berjaya merealisasikannya.
“A few years back (3-5), mama pernah cakap dia teringin nak pergi Venice and naik gondola lepastu nyanyi. If you want to know, personally, I don’t have any life plans now. I just follow the flow(walaupun banyak mengeluh) but I always try to enjoy it.
“However, I do have two life goals. One of it is to bring mama ke Venice and tengok dia nyanyi atas gondola. Yang satu lagi kita cerita bila dah unlock kay?,” ujarnya.
Perkongsian video yang berdurasi satu minit itu nyata cukup menyentuh hati pengikutnya. Rata-rata menganggap Najwa anak yang menjadi kebanggaan ibu bapa.
Rasa sebak menyelubungi penyanyi berkenaan sehingga mengalirkan air mata apabila ibunya mendendangkan lagu Tunggu Sekejap ketika berada di gondola berkenaan.
Akuinya, sebagai anak, dia berasa gembira dapat melakukan perkara tersebut dan membahagiakan ibunya.
“Kita tahu orang tua kita semakin berusia, jadi luangkanlah masa bersama mereka sebanyak mana yang boleh walaupun cuma mampu dekat rumah atau video call.
“Buat sebanyak mana yang kamu boleh lakukan untuk mereka kerana mereka layak untuk dapatkan yang terbaik dari kamu.
“Restu mereka membuatkan hidup kamu dipermudahkan walaupun kamu berada dalam keadaan yang susah dimana kamu sendiri tidak mampu untuk mengawalnya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Najwa turut berkongsi momen indah sepanjang percutiannya bersama ahli keluarga yang lain.
Belanja Tak Perlu Bawa Duit, Hanya Tap, Check & Go, Mudah Sangat Bila Guna Kad Debit!
Seiring peredaran dan kemajuan teknologi, kehidupan kita kini dilihat semakin maju dan canggih. Umpamanya lihat sahaja untuk melakukan proses pembelian barangan atau pembayaran perkhidmatan, tanpa ada duit tunai di tangan sekali pun kita masih boleh lunaskan bayaran tersebut bila adanya kad debit bersama kita.
Senang cakap, adanya kemudahan menggunakan kad untuk transaksi di zaman ini adalah cukup selamat dan semudah ABC untuk dipraktikkan!
Apa Kelebihan Kad Debit Ni?
Kad Debit ini bukan sekadar kad biasa-biasa malah mempunyai faedah besar yang dapat dimanfaatkan oleh pengguna. Ianya menjadikan transaksi boleh dilakukan dengan cepat, selamat dan mudah. Rugi pula sekiranya ada antara kita yang tidak menggunakan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak bank.
Transaksi Dengan Kad Debit
Tanpa perlu lagi kita ke mesin ATM beratur panjang untuk mengeluarkan wang, hal ini memang cukup melecehkan. Lagi-lagi jika kita tiba-tiba ingin membeli namun tiada pula wang tunai di tangan, menjadi masalah besar pula terpaksa mencari mesin ATM.
Namun masalah ini tidak akan berlaku jika menggunakan kad debit, ini kerana kad debit tersebut dapat akses terus ke akaun bank dan pembayaran boleh dilakukan serta merta.
2. Pembayaran Lebih Cepat
Pembayaran lebih cepat di sini bermaksud masa untuk menunggu proses pembayaran di kaunter lebih pendek dan pengalaman pembelian yang lebih lancar. Dalam erti kata lain, bila kita bawa kad debit ketika membayar di kaunter kita tidak lagi perlu bersusah-payah untuk mengira wang yang perlu dibayar kepada juruwang. ‘Tap’ sahaja kad dan selesai urusan pembayaran, mudah bukan?
3. Pin Keselamatan
Bukan itu sahaja, dengan penggunaan kad debit ini ianya lebih selamat untuk di bawa ke mana-mana. Ini kerana setiap transaksi yang melebihi RM250 ke atas memerlukan PIN, sekali gus dapat membantu mengurangkan kerugian anda sekiranya kad debit hilang atau dicuri.
4. Kurang Risiko
Bila ke mana-mana tidak lagi perlu risau kehilangan wang yang berkepuk-kepuk di dalam dompet. Bawa sahaja sekeping kad debit, jiwa pun tenang. Nak berbelanja gunakan sahaja kad tersebut, dan secara automatik penggunaan wang akan ditolak terus daripada akaun simpanan yang ada. Jadi nampak bergaya bukan?
Bahkan kita juga boleh terus semak sendiri sama ada wang tersebut telah ditolak ataupun belum daripada akaun kita. Memang tidak akan ada unsur penipuan berlaku!
5. Belanja Dengan Apa Yang Kita Ada
Diakui juga dengan menggunakan kad debit, secara tidak langsung kita juga lebih disiplin dalam berbelanja mengikut sumber kewangan yang kita ada memandangkan penggunaan kad debit ditolak terus dari akaun bank yang kita ada. Jadi tidak akan berlaku berbelanja melebihi kemampuan.
6. Kos Lebih Rendah
Memang Terbaik! Guna kad debit tiada lagi caj denda, bayaran lewat dan sebagainya terjadi lagi dalam sejarah akaun kita sebelum ini seperti mana sebelum ini ketika kita membuat pembayaran lewat untuk sebarang bil. Ini kerana dengan kad debit apa yang kita belanjakan itulah kos yang ditolak daripada akaun.
7. Tanpa Had Minima
Anda pasti senang hati kerana kad debit ini boleh digunakan tanpa had perbelanjaan minimum, dari semahal-mahal harga hinggalah ke semurah-murah harga semuanya boleh menggunakan kad debit. Memang cukup mudah untuk berbelanja! Bukan itu sahaja malah kita juga mesti menyemak setiap transaksi yang telah dilakukan. Ini penting bagi memastikan jumlah bil yang dibayar bertepatan dengan perbelanjaan yang digunakan. Sekali gus kita dapat pastikan peniaga tidak memasukkan sebarang caj yang tidak dibenarkan apabila membayar menggunakan kad debit/kredit.
Jom Guna Kad Debit
Jika ingin disenaraikan memang terlalu banyak kebaikan menggunakan kad debit, jadi selepas ini bolehlah disyorkan kepada sesiapa yang masih belum ada kad debit untuk memilikinya. Untuk maklumat lanjut, klik saja pautan di bawah ini.