Tidak lama lagi pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal menimang cahayamata pertama mereka di Perth, Australia.
Bagi menyambut kelahiran bayi pertama mereka itu, Zahirah memilih untuk berada dekat dengan ibunya sepanjang detik kelahiran bayi sulungnya itu.
Zahirah yang dijangka bersalin Disember ini. Walaupun sudah mengetahui jantina anak, pasangan ini memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu kerana ingin memberi kejutan kepada peminatnya.
Terbaru, Zahirah berkongsi pelbagai soalan menarik dari peminatnya mengenai diri dan ibunya.
Lebih manis, Zahirah dan ibunya, Maslinda Yusoff kelihatan begitu akrab dalam sesi soal jawab itu.
Ikuti perkongsiannya.
Gelaran bila dapat anak nanti
Ads
Gelagat anak beranak ini kelihatan akrab sekali ketika menjawab soalan-soalan peminat. Menerusi video itu, untuk panggilan anak, Zahirah inginkan gelaran ‘mummy’ , manakala ibunya pula gelaran ‘omma’.
Mudanya mak Zahirah, 46 tahun. Dah macam adik beradik dah!
Ads
Malah ketika bersalinkan Zahirah, ibunya baru berusia 21 tahun. Malah Zahirah dan ibunya mengakui dengan jarak umur itu menjadikan mereka bagaikan rakan baik.
Ads
Aiman Hakim Ridza menantu pilihan mama!
Perasaan saya sangat gembira, dia harap dia memilih lelaki yang baik. Dan ibunya mengharapkan yang terbaik buat anak.
Untuk makluman, pasangan itu berkahwin pada 20 Februari lalu di Petaling Jaya. Pada 2019, pasangan itu pernah mengikat tali pertunangan dalam majlis ringkas yang diadakan di Perth, Australia yang disaksikan keluarga Zahirah.
Sumber: Zahirah.aiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Balik beraya kalau nampak rumah tak berkemas boleh jadi stress dibuatnya. Apa lagi kalau almari baju atau rak buku anak-anak timbul kulat.
Kesan bintik-bintik kulat sering berlaku pada perabot dan almari di rumah kita. Kadang-kala geram juga bila kesan kulat ni mula timbul pada buku-buku yang terdapat dalam almari.
Kulat ini sebenarnya timbul daripada air yang terdapat dalam udara di rumah kita. Sebab itulah adakalanya rumah kita sentiasa berbau lembap dan kurang segar.
Perkongsian saudara kita, Bijen Mohd, mengenai masalah kulat ini menarik untuk kita baca. Paling menarik perkongsian dan petua yang digunakannya untuk serap semua air amatlah mudah. Guna bahan simple saja. Jom cuba!
Ehem! Kali ni kita cerita pasal dehumidifier DIY. Waktu mengemas rumah, korang mesti pernah hadapi situasi almari yang ditumbuhi kulat berupa habuk-habuk halus di permukaannya. Lainlah kalau rumah korang standard rumah orang kaya pakai perabot jati, cengal, meranti saja. Heh!
Kulat ni memang biasa sangat tumbuh lagi-lagi kalau musim hujan. Ditambah pula kalau korang sidai baju guna ampaian dalam rumah. Memang seronoklah kulat ni membiak dengan jayanya di permukaan almari korang.
Selalunya pembiakan kulat ni terjadi pada permukaan almari jenis murah. Senang cerita almari yang dibuat dari habuk kayu. Sebab apa? Sebab almari jenis ni mempunyai kadar serapan kelembapan yang tinggi.
Bila kayu lembap ditambah dengan pengudaraan yang kurang memuaskan dan hawa lembap bilik yang tinggi, makhluk bernama kulat ni aktiflah buat kerja.
Cara termudah untuk mencegahnya adalah dengan menggunakan dehumifier. Contohnya mesti korang pernah dengar ‘Thirsty Hippo’ kan?
Cumanya penggunaan ‘Thirsty Hippo’ tidaklah begitu praktikal di tempat-tempat yang sempit dan dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu bila air dah penuh, terpaksa buang dan beli baru pula.
Sebagai alternatif, kita gunakan gel silika. Pek gel silika ni korang biasa jumpa dalam kotak kasut, botol vitamin, beg baru beli dan sebagainya. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, nescaya saya dah kumpul pek gel silika ni dari kecil untuk buat
koleksi.
Tapi tak apa, masa depan masih boleh diubah. Korang boleh dapatkan gel silika timbang kilo di Lazada. Saya beli sekilogram di sana dengan harga RM65. Saya beli yang jenis berwarna biru kerana ia akan berubah warna menjadi merah jambu bila kandungan air
yang berjaya ditariknya tinggi. Jadi mudahlah saya nak tahu bila masanya untuk panaskan semula gel silika ini.
Namun oleh kerana hati saya tidak sabar-sabar menunggu pengeposan dari pihak Lazada, saya telah pergi menyerbu kedai menjual barangan kucing di sini. Haha!
3 Barang Yang Diperlukan
Di kedai ini anda boleh mendapatkan kristal silika dengan harga yang lebih murah. 1.8 kg pada harga RM18. Hehe! Tanya orang kedai, nak kristal berak kucing. Kah!
Kristal ini sebenarnya adalah alternatif kepada pasir tempat kucing berak tu. Ianya dibuat dari gel silika dan berfungsi memerangkap air dari najis kucing. Jadi najis yang dilemparkan oleh kucing nanti akan jadi ‘odorless’ sebab dah kering dengan
cepat.
Saya beli sepeket dan cari bekas ‘tupperware’ plastik.
1. Masukkan kristal tadi ke dalam bekas plastik sebanyak mana yang diperlukan dan tebuklah lubang menggunakan pin di penutupnya. Kristal yang dah siap dipek. Bekas dadih boleh, bekas kek coklat moist boleh, bekas lada sulah pun boleh.
2. Jangan lupa tebuk lubang di penutupnya untuk kesan optima. Gunakan saja pin. Bila dah siap tu, korang letaklah bekas tadi di tempat yang sering dijangkiti kulat.
3. Nak lebih kreatif, korang cari stokin yang dah tak pakai, korang sumbat kristal tu masuk dalam tu dan jerut. Stokin tu korang lemparlah dalam ‘storage box’ ke, dalam kasut ke, dalam beg ‘luggage’ yang dah lama tak pakai ke suka hati koranglah.
4. Cara lain, boleh juga ‘packing’ dalam plastik yang di-‘seal’. Tapi jangan lupa tebuk pula. Kalau tak, dia nak sedut air macam mana kan?
Sebagai langkah pencegahan, saya gunakan spray ni untuk lap permukaan kayu lepas dah bersihkan semua kulat tu.
Lepas tu tengoklah kadar kerajinan korang. Setahun sekali ke, setahun dua kali ke, kumpulkan balik semua kristal tadi dan panaskan di atas kuali atau di dalam ‘microwave oven’ untuk menyahkan air yang berjaya diperangkapnya. Boleh dikitar semula
bhai. Jimat belanja!
Okeylah! Korang layan dulu gambar-gambar cara nak buat dehumidifier DIY ni. Moga-moga, korang dah tak dihantui lagi oleh kulat
yang menyeksakan hidup ni. Haha!
Tidak dinafikan merokok dikaitkan masalah paru-paru, namun masih ramai yang tidak mampu berhenti dan ketagih dengan rokok.
Malah penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah sekarang ini memang amat membimbangkan.
Ikuti pendedahan oleh Dr Hana Hadzrami mengenai kesan rokok vape kepada remaja.
Saya pernah dapat pesakit muda, baru 18 tahun yang datang ke hospital tiba-tiba dada ketat tak boleh bernafas. Tak lama lepas tu dia pengsan jantung berhenti.
Rupa-rupanya dia ada spontaneous pneumothorax yang terlalu kembang sehingga menjadi tension pneumothorax. Selepas CPR dan ditebuk dada untuk masuk tiub (chest tube) barulah jantungnya boleh mengepam darah semula.
Ingatkan baru balik menyelam ke apa. Rupanya baru mencuba rokok elektronik (e-cigarette) jenis vape sejak 7-8 bulan lepas.
Dia bukan satu-satunya pesakit yang paru-paru bocor. Ada beberapa lagi. Semua muda belaka.
Rokok elektronik ni walau tanpa nikotin, vapor atau wapnya boleh mengikis lapisan perlindungan paru-paru. Jadi sel paru-paru tak mampu melawan kuman, mudah rosak dan menipis. Akhirnya lapisan paru-paru boleh bocor. Itu baru tanpa nikotin. Kalau campur nikotin atau ganja lebih teruk lagi.
Pesakit sebegini perlukan pembedahan besar untuk membuang lapisan paru-paru yang rosak. Jika tiada pakar bedah thorasik, maka dia perlu menggunakan tiub paru-paru (chest tube) selama hampir seminggu.
Rokok elektronik hanya kurang sedikit bahayanya berbanding rokok. Namun tak bermakna ia selamat. Jika pesakit saya nak berhenti merokok, saya takkan nasihatkan dia mencuba rokok elektronik. Ia ibarat keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
Lagipun kalau guna vape bernikotin, sama saja dengan rokok. Pi mai pi mai tang tu jugak.
Nak berhenti rokok, berhenti je. Toksah konar sana konar sini guna rokok elektronik. Hasilnya tak boleh berhenti vape atau kembali ke rokok semula. Mudharatnya sama, penyakitnya sama, dosa pun sama. Ada cara lain lebih sihat dan berkesan untuk berhenti.
Hana Hadzrami
Bersedia nak terima pesakit kanak-kanak pula dengan paru-paru rosak akibat vape.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya bersidang video sahaja dengan pasangan suami isteri itu, kali ini mereka telah bersua muka dan gambar tersebut dimuat naik ke akaun rasmi Perdana Menteri.
Pavithra yang cukup anggun dan manis dalam persalinan sut Punjabi hijau. Manakala suaminya, Sugu ringkas memilih pakaian serba hitam. Pasangan ini antara tetamu yang hadir dilihat begitu bersemangat ketika membaca rukun negara yang dibaca oleh Perdana Menteri di sambutan 50 tahun Rukun Negara di Putrajaya.
Di dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri turut menyapa pasangan ini. Menerusi perkongsian melalui Bernama, Pavithra mengakui sangat gugup dan hanya mampu menjawab “ah, ah yes…” sahaja ketika ditanya ada makanankah yang boleh dimakan ketika itu.
‘Pavithra, tak masak ke?’ tanya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pasangan YouTuber sensasi, Sugu Pavithra, namun sapaan yang begitu mudah kelihatan amat sukar sekali untuk dibalas kerana terlalu gugup.
S Pavithra yang pertama kali bertemu dengan Perdana Menteri, berkata beliau berasa amat gementar sehingga kehilangan kata-kata.
“Tadi beliau juga tanya saya tak makan ke? Saya terlalu gementar sehingga saya hanya kata ah, ah ya..”
“Perkataan saya tersekat sikit,” kata suri rumah berusia 28 tahun itu kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya hari ini.
Menetap di Sungai Siput, Perak, Sugu Pavithra sebelum ini pernah menarik perhatian Perdana Menteri yang turut menghadiahkan mereka tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.
Pasangan suami isteri itu berkata, Rukun Negara adalah dasar yang mengeratkan perpaduan negara.
Mereka yang terkenal dengan video masakan dan kepetahan bertutur dalam bahasa kebangsaan itu turut berazam untuk menanam semangat Rukun Negara kepada anak-anak yang masih kecil.
“Anak-anak juga belajar ini di sekolah namun di rumah saya cuba menerapkan prinsip itu supaya lebih kuat dalam diri mereka,” kata Pavitra.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.