Buat mereka yang suka makan taugeh buat masak sayur atau ulam memang kena tahu cara tanam sayur ni.
Menariknya cara ini, selepas 4 hari dah bomeh tuai buat masak. Apa lagi jom lihat cara ni. Newbie pun boleh buat!
Ikuti perkongsian ini.
Tanam taugeh sendiri. Bersih, boleh buat ulam tanpa ragu-ragu. Hari ke 4 dah boleh tuai.
Ini cara paling senang:
Bahan yang di perlukan.
Kacang hijau 2/3 genggam
Tapis sayur
2 helai Tuala kecik utk semaian taugeh
Plastik hitam
Baldi utk letak tapis supaya air tdk bertakung..
(Buang air yg bertakung dlm baldi selepas tos)
Cara-caranya:
Kacang hijau ikut suka berapa banyak. Kacang perlu Direndam semalaman dlm 8 jam..
Tabur kacang atas tuala kecik. Ikut step pd gambar. Tutup kacang dgn kain atau tuala yg lagi satu sbg pemberat Letak tapis atas baldi.
Siram sehari 4 kali utk dpt taugeh yg gemuk cukup air. Waktu siram..Tak perlu angkat pemberat kain pn tkpe. Hanya siram diatas kain penutup..pastikn air tdk bertakung. Supaya taugeh tdk membusuk.
Boleh juga semai 2/3 tingkat ..jika nak banyak taugeh..hanya semai di lapisan atas kain pemberat dan tutup lagi dgn kain.. step yg sama.
*Boleh juga semai guna periuk kukus jika ada. Step yg sama
Wow! Gemuk-gemuk taugeh. Buat ulam sedap ni, cicah budu atau cencaluk.
Selamat mencuba!
Sumber: Velvet Rossa