Mudahnya Tanam Sayur Kaedah Hidropnik Guna Bekas Air Mineral. Lelaki Ni Kongsikan Tip Elak Serangga Perosak!

Share

Kita biasa dengan tanaman hidroponik kan terutama bagi mereka yang gemar bercucuk tanam tapi tak punya tanah yang luas.

Jimat wang, masa dan tenaga dengan kaedah ini. Tapi bagaimana caranya? Meh admin kongsikan kaedah yang diusahakan oleh saudara Hafizuddin Wahab

‎. Cukup mudah hanya dengan menggunakan bekas botol mineral yang bersaiz 1.5 liter. Yang penting sayur yang diperoleh nanti segar dan bebas bahan kimia.

Menerusi page Berkebun Di Rumah dia berkongsi kaedah hidropnik dalam menanam sayur di rumah. Sesuai bagi anda yang memiliki ruang yang terhad. Selamat mencuba!


Di sini sy share cara sy buat hidroponik menggunakan botol air mineral 1.5 liter.

Utk media tanaman tu sy gunakan sabut kelapa ye sebab sabut kelapa dia dpt menyerap air dgn baik.

Sy mengamalkan semburan racun organik iaitu neem oil + sunlight pencuci pinggan + cuka kayu…alhamdulillah bebas drp serangga spt belalang & siput babi. Kekerapan semburan adalah seminggu skali atau 2 kali seminggu.

Semoga bermanfaat sama² kita bercucuk tanam di rumah yaaa. Makan sayur yg sihat dari rumah 🙂

Bahan-bahan

Botol air mineral

Kain Flanel

Spray Tin warna Hitam

Biji benih

Cara membuat: 

  1. Botol mineral 1.5 liter belah kpd 2 bahagian. Pastikan bahagian bwh utk takungan baja tidak terlalu rendah ye. Buat lubang sekeliling bahagian atas spt gambar di atas utk akarnya keluar.

2. Ini bahagian utk takung air baja. Sy cat hitam utk mengelak pertumbuhan lumut.

3. Buat lubang pada penutup botol. Masukkan sumbu. Sy guna kain flanel sbg sumbu.

4. Cara nak buat lubang pada takung air baja. Pastikan buat lubang sekeiling botol sama paras dgn penutup botol spt gambar di atas.

5. Dah siap

Tengok banyak akarnya keluar.