Mudahnya Solat Dhuha Jemput Rezeki Melimpah Ruah. Suami Isteri Kena Buat Untuk Kebahagiaan Keluarga.

Share

Salah satu ibadah yang mengundang rezeki adalah ibadah solat Dhuha. Amalan solat ini seeloknya dilakukan secara konsisten setiap hari pada waktu pagi.

Bagi yang pernah melakukan solat ini, tentu akan mengakui rezeki itu akan datang tanpa diduga. Sama ada dinaikkan pangkat, dipermudahkan urusan dan rezeki perniagaan makin bertambah. Dua rakaat pun sudah memadai daripada tidak langsung melalukan solat ni. Cubalah buat dan anda akan rasa nikmat ‘rezeki’ itu.

Perkongsian puan Nor Faizalina Wati Rahman  dilaman facebooknya mengenai rahsia Dhuha ini

SOLAT DHUHA

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

?Cara Mengerjakan Solat Dhuha?

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakkat sehinggalah 12 rakaat (2 Rakaat 1 salam), tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ

Ushallii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.
Ertinya: ”Sahaja aku Solat dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”

1. Membaca Surah Al-Fatihah
2. Membaca Surah – Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

i/ Ayat al-Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;
ii/ As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;
iii/ Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).

?Bacaan Semasa Sujud Akhir?

Wahab Li Ya Wahhab Ilman Wa Hikmatan War Zurqni Ya Razzaq Kulli Musahala
(Kurniakanlah kepadaku ilmu dan hikmah Wahai Tuhan Yang Maha Pemberi dan kurniakanlah rezeki
padaku Ya Tuhan Yang Memberi Rezeki Dengan Senang.

?Doa Selepas Solat Dhuha ?

اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ،
وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ،
وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ،
وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ،
وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ.
اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ
وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ
بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ
آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya ALLAH,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh..

~Aamiinn Ya Rabbal Alamin