Mak-mak ni selalunya masak bukan ikut selera sendiri, tapi lebih kepada suami dan anak-anak. Betul tak? Kalau ikut selera mak, memang tak makan lah orang dalam rumah ni!

Dah kalau ikut selera anak ni, memang takkan lari dari menu ayam. Itu je lah yang mereka nak makan pun! Setuju? Sampai mak pun dah buntu nak masak apa lagi la untuk mereka.

Yang mana buntu nak masak apa tu, jom buat menu mudah dan semestinya lazat resipi khas dari Super Daddy, Khairul Abdullah iaitu Nasi Ayam Hainan! Resipinya cukup mudah, hanya satukan semua bahan di dalam periuk dan biarkan dimasak. Paling menarik, kulit ayam dijadikan tumisan untuk meninggalkan rasa dan nasi yang teksturnya lebih lembut. Rasanya cukup padu. Tak percaya anda wajib cuba!

Aku bila anak-anak cakap nak makan nasi ayam maka bahagia sungguh rasanya. Mudah kerja aku wehh. Nasi ayam jenis masak sekali harung ni memang senang yakmat kalau nak buat. Yang nubis tak berapa reti masak pun pasti berjaya kalau buat menu ni.

Aku dah banyak kali share dah, dan tiap kali share aku derhaka resepi aku sendiri. Tapi sepanjang beberapa tahun dok masak style gini, aku dah dapat dah rasa yang aku nak dan yang budak-budak suka.

So, jomlah aku share resepi PKPB hari ni iaitu Nasi Ayam Hainan Segera dan Sos Thai ala SuperDaddy Khairul Abdullah. Aku dah ringkaskan resepi ni dengan bahan-bahan yang mudah sahaja okeh.

RESIPI NASI AYAM HAINAN

Bahan-bahan yang diperlukan:
3-4 ketul besar ayam, dibersihkan dan letak garam sikit.
1-2 sudu kulit ayam yang telah dipotong kecil.
2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan. Kalau basmathi rendam dulu setengah jam dan toskan.
4 ulas bawang putih dihiris.
1 inci halia dihiris.
1 sudu besar minyak bijan.
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan jika ada.
1 pokok daun ketumbar jika ada.
1 pokok daun bawang jika ada.

IKLAN

Cara-caranya :-

1) Panaskan minyak bijan dan tumis kulit ayam sampai keluar minyak dan hampir garing dan masukkan bawang putih serta halia. Tumis sebentar. Kalau nak masak dalam periuk letrik, tutup api dan transfer bahan tumis tadi ke dalam periuk letrik.

2) Lepas tu, masukkan beras, kacau sebati dan masukkan simpulan daun pandan jika ada. Takde tak apa. Takde siapa nak marah.

3) Masukkan kiub pati ayam yang telah dibancuh, kacau rata dan masukkan air mengikut kadar beras. Kalau 2 pot beras, 3 cawan air. Gitulah. Kalau ada air rebusan ayam lagi bagus, tak perlu guna kiub dah.

4) Kacau rata dan masukkan ayam dan daun bawang serta daun ketumbar kalau ada. Masak seperti biasa. Siap dah nasi. Mudah jer.

5) Untuk sos thai lagilah senang yakmat. Tuang sos thai yang dalam botol tu ke dalam bekas, ikutlah nak banyak mana. Lepas tu perah limau nipis dan tambah sedikit kicap cair dalam 2 sudu kecil. Potong cili padi dan daun ketumbar lalu masukkan dan kacau sebati.

Siap. Senang dan cepat oih.

Paling penting adala rasanya yang lazat. Kami 4 beranak 2 pot beras tu sekali hadap jer okeh.

Cubalah.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club