Mudahnya Nak Tukar Duit Raya. Tak Perlu Beratur Panjang Di Kaunter Lagi. Hanya Guna Mesin ATM Sahaja. Lelaki Ini Kongsikan Caranya!

Share

Tukar duit raya antara satu kemestian setiap kali menjelang Syawal. Kalau boleh nak dapat duit kertas yang baru untuk diberikan kepada anak-anak yang datang beraya di rumah. Namun, adakalanya leceh terpaksa beratur panjang dan ada yang tidak sempat berbuat demikian kerana duit sudah habis.

Rupa-rupanya selain beratur di kaunter, anda juga boleh tukar duit di ATM machine sahaja. Nak tahu caranya jom baca di sini!

Mudahnya tukar duit raya di Maybank sekarang. Hanya di ATM Machine.  Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya share cara tukar duit raya baru. 

1. Pergi ke Maybank yang besar sket ( selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.

2. Pilih ATM yang ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu ( seperti gambar ).

3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.

4. Maximum amount per transaction ialah RM 300. So jika anda nak 60 keping note RM 10 yg baru, kena buat dua kali.

5. OK mudahkan. Sarung angpow boleh minta kat brother yang jaga kaunter depan tu. Mula2 dia kata dah habis.

Biasalah. Lepas tu apa lagi….cakaplah, Saya faham dah dekat nak raya ni memang sarung angpau banyak dah habis…..tapi bang, Saya ni nak gunakan sarung angpau tu untuk………. ( haa..sambung sendiri la…takkan itu pun nak ajar, nampak sangat tak datang training letew ) ?

Kredit: FB Mohd Shukur