
Sesuai buat anda yang yang baru berjinak-jinak nak tanam sayur, boleh cuba sayur pak choy ini. Ia antara yang mudah ditanam dan cepat dapat tuai hasilnya. Yang penting boleh guna apa jua bekas termasuk besen.
Jom cuba tanam sendiri ikut cara yang dikongsikan oleh Liyana Mohd Poad ni.
Cara tanam pakchoy.
**********************
Sediakan tanah 6 in 1 dan sekam mentah @cocopeat sbg media semaian.Masukkn ke dlm besen.
Tanam benih pakchoy lbih kurang 0.5cm.Letak di tmpat teduh selama 3 hari.Spray shj pagi dan ptg dlm tempoh semaian ni.Klau nk siram just siram² manja.Jgn trlebih air.Slps kluar daun, beri cahaya 8-12.Ini sangat sangat penting.
Benih yg tumbuh dgn baik tidak kurus dan tinggi sebaliknya gemuk dan rendah.
Slps dua minggu pindahkn anak pakchoy ke tmpat lain utk ditanam.Sediakn media tanaman 6 in 1,sekam mentah,cocopeat dan pasir.
Pindahkn satu satu.Beri full sunlight.Slps seminggu baru baja.Saya guna tinja kambing dan baja kopi shj utk pakchoy.
Slps 3 minggu ditanam,pakchoy sudah blh dituai.Jika pakchoy berusia lbih drpd 2 bulan, sayur yg dipetik sudah tua dan btgnya mnjadi keras serta tidak rangup.
Selamat mncuba!
Keliru Isi Borang Online Pendaftaran Anak Nak Masuk Tahun Satu Sesi 2022/23 Pada Bahagian Imunisasi, Ni Panduan Mudahnya!

Buat ibu ayah yang mana ada anak-anak yang bakal bersekolah darjah satu pada tahun hadapan (2022) diingatkan perlu untuk membuat pendaftaran secara online yang telah pun di buka pada 1 Mac yang lalu.
Pastinya, ada sebahagian antara kita masih belum mengisi dan tercari-cari fakta dan info tentang itu. Bahkan tidak dinafikan ada juga ibu ayah yang agak keliru bila mengisi borang online pada bahagian rekod imunisasi anak.
Bagi memudahkan ibu ayah agar tidak keliru dengan nama-nama suntikan yang telah diterima oleh anak, di sini dikongsikan beberapa tip mudah dan bolehlah dijadikan panduan.
CARA ISI MAKLUMAT IMUNISASI UNTUK PENDAFTARAN TAHUN 1 ONLINE
Mak ayah kena alert sebab nama suntikani tu berbeza dekat borang online dengan apa yang ada dalam buku.
Mungkin ada yang keliru pasal suntikan DTaP – sebab ia sebenarnya terdiri daripada 3 suntikan serentak iaitu
– Difteria
– Tetanus
– Pertussis
(Dalam borang diceraikan satu-satu)
Pastikan nama suntikan dan tarikhnya betul. Jadi semua sekali ada 10 jenis suntikan.
1. BCG
2. Hepatitis B
3. Difteria (dalam buku tulis DTaP)
4. Pertussis (dalam buku tulis DTaP)
5. Tetanus (dalam buku tulis DTaP)
6. Haemophilis Influenza (Hib)
7. Polio (IPV)
8. Measles
9. Mumps
10. Rubella
Info Tambahan:
Difteria, pertussis, tetanus, heamophilus influenza, polio disuntik pada hari yang sama.
– Dalam buku ditulis DTaP/DT (kotak kuning),
Hib (kotak pink) & IPV (kotak biru).
– Ada 4 dos. Kena ada 4 tarikh, dos 1 (2bulan), dos 2 (3bulan), dos 3 (5bulan) dan dos tambahan (18bulan).
Measles, mumps, rubella dalam buku ditulis MMR (kotak oren).
– Disuntik semasa umur baby 12 bulan.
ARTIKEL MENARIK : Anak Letih Balik Sekolah Dr Ni Pesan Buatkan Jus Ni Sebagai Cara Nak Bagi Kembali Cergas. Kena Buat!
ARTIKEL MENARIK LAGI :Ajar Anak Mengaji Agar Mereka Seronok, Ada Cara & Tipnya. Buat Ni Pasti Menjadi!
Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM Online
KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.
Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri.
Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.
Layari laman web https://public.moe.gov.my/
Sumber : Semakan Online
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Terlalu Banyak Air Mata Keperitan & Kepayahan.” Fazley Yaakob Dedah Isteri Pernah Keguguran 13 Kali Sebelum Dikurnia 4 Anak

Melihatkan cara Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob melayani isteri kesayangannya dengan penuh kasih sayang, jelas menunjukkan sisi penyayang dan prihatin seorang suami.
Semalam ulang tahun perkahwinan ke 13 Selebriti Datuk Fazley Yaakub dan isterinya, Datin Azrene Ahmad. Dalam satu perkongsian, ayah kepada empat cahaya mata ini memuat naik luahan yang cukup istimewa buat isteri kesayangannya.
Dalam perkongsian tersebut, Datuk Fazley memuat naik video sewaktu awal pernikahan mereka.
Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke-13
Buat adik sayang @azrene_ahmad , selamat ulang tahun perkahwinan kita, dimana 7 November 13 tahun yang lalu kita telahpun disatukan. Terlalu banyak titisan air mata keperitan dan kepayahan yang menitis di antara kita serta seluruh keluarga kita.
Insan yang seharusnya mendoakan kekuatan kita, hanya menjadi punca kedukaan kita. Doa insan itu agar kita putus segera, agar kita tak punya cahayamata dan agar Adik dibenci ibu mertua sendiri @rsd.umi , namun Allah Maha Kuasa, 13 tahun kita bertahan.
Walaupun penuh dengan pelbagai cobaan fizikal dan mistik, namun kita tetap utuh bak pesan arwah Bapak “Perkukuhkan agamamu, kuatkan kasih sayang kalian sepanjang hayat!” Agar segala gangguan tidak akan mampu memecah belahkan kalian sekeluarga. Kita masih bersama dan dikurniakan 4 orang cahaya mata walaupun sehingga 13 kali adik keguguran. Hanya Allah yang Maha mengetahui mengapa ianya berlaku.
Walau cubaan demi cubaan untuk menganggu gugat hubungan adik dengan ibu @rsd.umi , namun kasih sayang ibu pada adik, dan adik terhadap ibu mertua adik tetap utuh dan teguh. Doa abang, agar kita kekal tabah sehingga ke akhir hayat. Ya benar, dia tetap mencuba pelbagai cara untuk memisahkan kita, namun yakin lah ALLAH MAHA BERKUASA LAGI ADIL DAN SAKSAMA. Selamat Ulangtahun ke -13 Adik sayang.
Buat mereka yang berdiri teguh di belakang kami, bagi memastikan pernikahan tetap berlangsung, bersabung nyawa, meredah cacian dan hilang punca rezeki dan kehidupan, terima kasih tak terhingga buat kalian semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua selama ini.
Ingatlah, benteng dan kekuatan kita ada pada kesungguhan kasih sayang kita sesama keluarga dan tunggak masjid yang kita bina ini adalah keimanan serta solat kita. Love you Adik Sayang! ❤️❤️❤️
Sumber: IG fazleyyaakob
Anak Lemah Matematik, Kukuhkan Dulu Hafalan Sifirnya! Ikut Cara Cikgu Matematik Ni Buat!

Subjek Matematik umum ketahui sering menjadi antara mata pelajaran yang kurang dapat dikuasai oleh anak-anak kita.
Apatah lagi jika Sifir tidak dihafal dengan baik, akan bertambah sukar untuk skor dalam subjek tersebut.
Jadi apa kata kita bantu anak-anak kita dengan lakukan apa yang dipraktikkan oleh guru Matematik ini. Jom semak.
TIP BERKESAN HAFAL SIFIR
Sebenarnya ada banyak cara dan tip dalam aktiviti penghafalan sifir. Cumanya kali ini aku nak kongsikan langkah-langkah yang aku praktikkan untuk anak murid di sekolah.
Ianya berkesan!
1. Sendiri-sendiri.
Tetapkan masa. Baca sifir secara kuat berpandukan buku tulis dan sifir yang ada. Ulang dalam 5-6 kali.
Oh ya, mungkin ada yang akan bertanya, cara mana yang lebih berkesan.
1 x 2 =2
atau
2
4
6
8
Bagi aku mana-mana cara pun tak ada masalah. Mana-mana pun boleh. Tapi aku lebih suka yang hafal jawapan terus. Ia mengecilkan skop nombor bagi sesuatu sifir.
2. Tulis
Selepas beberapa minit, sifir ni mesti ditulis semula. Ia sebagai aktiviti pengukuhan. Terjemahkan apa yang sudah dihafal tadi. Masa ni lah nak tunjuk power dengan kawan-kawan.
Boleh gunakan cara segi tiga atau baris ke bawah terus. Kalau aku, aku buat segi tiga dulu kemudian baru baris ke bawah.
Segi tiga
2 2 2 2 2 2 2 2
4 4 4 4 4 4 4
6 6 6 6 6 6
8 8 8 8 8
101010
1212
14
Baris
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
Kalian boleh tengok contoh pada gambar.
3. Pasangan
Cari pasangan. Seorang baca dan seorang lagi semak kemudian saling bertukar peranan. Bila murid semak, dia akan alert dengan jawapan rakan. Bila dia yang baca, dia akan alert dengan jawapan sendiri. Membantu untuk hafal sebenarnya.
Kemudian, panggil dua-dua ke hadapan. Seorang-seorang baca. Salah, dua-dua kena hukum. Jadi, mereka hafal sifir bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi untuk elak rakan dari dihukum.
4. Latih tubi.
Banyak jenis latih tubi yang ada. Antaranya aku suka buat pertandingan. Rujuk pada gambar, aku panggil seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Lawanlah siapa cepat dan betul.
Budak-budak ni kalau bertanding kalian faham-faham sahajalah. Teruja dia lain macam sampaikan boleh bergaduh. Tak apa. Yang penting semangat tu mesti ada. Membantu bukan?
Oh ya, kalian juga boleh gunakan latihan mentalis yang aku dah buat tu. Berkesan!
5. 1 hari 1 sifir
Jangan banyak sangat sifir dalam satu hari. Paling banyak 1 sifir untuk 1 hari. Lagi bagus 1 sifir 1 minggu. Jangan 1 tahun 1 sifir dah lah. Lambat!
6. Baca di perhimpunan
Budak-budak ni suka show off. Bagi aku tak salah kalau benda ni boleh bantu mereka untuk hafal sifir. Tapi bila dah janji memang tak boleh buat main. Dimarahnya aku balik sebab tak panggil diorang baca sifir di tapak perhimpunan.
Cuma cara aku, aku akan inform mereka pagi tu tanpa pengetahuan orang lain yang dia akan dipanggil. Aku nak dia bersedia dan tak nak isu memalukan di hadapan nanti.
7. Bakar line
Yang ni paling membantu. Masuk sahaja ke Tahun 6, aku bakar line.
“Murid tahun 3 pun dah hafal sifir 8. Tak kan kamu tak boleh. Mesti boleh!”
Tercabar lah beb. Haha.
Satu hari nanti aku nak buat pertandingan sifir antara kelas. Biar mereka teruja!
8. Pesan
Setiap hari aku tinggalkan pesan akan pentingnya sifir.
Sambil mandi tu, kamu baca lah sifir. Sebelum tidur, baca. Dalam kereta pun boleh baca. Dengan harapan supaya mereka baca sifir dimana pun mereka berada.
9. Rotan
Ini sebagai catalyst dan ianya sangat berkesan. Kalian letak sahaja rotan di sisi. Pasti membantu!
Bila salah jawapan tu, hayunkan sedikit rotan tu. Haha.
Zaman kita dulu-dulu puas dah kena rotan dan marah ni. Hasilnya, sampai sekarang sifir dalam ingatan. Bukan sifir sahaja, tetapi momen disebat juga pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Ini antara langkah-langkah yang aku guna. Semoga ianya membantu.
Bagi aku, murid yang dah hafal sifir, dia akan bergerak laju dalam menyelesaikan satu-satu soalan matematik.
Bila nak mula?
Mulakanlah dari darjah 1.
Sumber : Mohamad Hakim
Cikgu Matematik