
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginkan hubungan bahagia dan kekal hingga ke jannah. Tetapi macam mana nak mula dan apa ‘tali’ yang boleh simpulkan hubungan untuk membentuk jadi keluarga bahagia?
Mari sama-sama gali dan betulkan apa yang silap dan kongsilah rahsia ini dengan pasangan, in shaa Allah bahagia itu milik anda.
Melalui 21 petua ini, anda dan pasangan boleh membentuk diri sendiri untuk mengikat kasih sayang dalam rumah tangga sebagai suami isteri. Moga bahagia itu milik anda!
1. Sembahyang jemaah bersama-sama.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.
3. Berbual dengan pasangan anda setiap hari.
4. Mandi bersama sekali-sekala.
5. Jadi penawar hati buat pasangan anda.
6. Isteri tidur di atas lengan suami.
7. Mesra dengan suami.
8. Sentiasa ungkapkan kata cinta..I LOVE YOU
9. Apabila berjalan di luar, genggam jari isteri. Dan isteri paut lengan suami.
10. Apabila berselisih faham, kenangkan saat-saat indah anda berdua.
11. Berhias untuk pasangan masing-masing.
12. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang.
13. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.
14. Kekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walau masing-masing sudah berusia.
15. Bantu isteri melakukan kerja rumah.
16. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.
17. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
18. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan isteri.
19. Bentuk sifat cemburu yang positif.
20. Jadilah suami yang pemaaf.
21. Tegur kesilapan pasangan dengan hikmah dan kasih sayang.
Kieda Crepe Umum Hamil, Lama Menanti Nak Dapat Zuriat Ketiga!

Tahniah diucapkan buat pempengaruh dan usahawan berjaya, Kieda yang mengesahkan dirinya kini hamil anak ketiga selepas hamper lima tahun menunggu.
Menerusi rakaman sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Kieda memberitahu dia sudah melakukan ujian kehamilan dan hasilnya ternyata positif.
“Kieda positif mengandung. Mengandung tetap mengandung. Perjuangan tour dan kedai tetap diteruskan.
“Lima tahun tunggu,” kongsinya menerusi video itu.
Tambah Kieda lagi menerusi kapsyennya, dia juga terasa seakan bermimpi bila impiannya dan suami untuk menambah zuriat mereka akhirnya dimakbulkan Allah.
“Minta doakan yang baik baik. Allahuakhbar macam mimpi,” tulisnya di kapsyen.
Usahawan crepe yang cukup terkenal ini juga sempat membuat kejutan buat suaminya bagi berkongsi khabar gembira itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Kieda dan suami malah mendoakan segala urusan Kieda sepanjang tempoh mengandung dan bersalin nanti dipermudahkan oleh Allah.
@kiedacrepepenang Kalau laa abah ada …. 😭 Minta doakan yang baik baik. Allahuakhbar macam mimpi…… @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse ♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾
Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Guru Ini Nasihat Umur 40an Dah Kena Pilih Hidup Tenang, Ramai Kawan Mula Hidap Pelbagai Penyakit

Apabila usia semakin meningkat, tenaga tidak lagi seperti waktu muda. Ketika ini penyakit mula ‘datang’. Lebih menakutkan ada yang mendapat penyakit tiga serangkai.
Usia 40an dikatakan adalah waktu badan mula mudah dijangkiti penyakit. Ketika ini kita harus menjadi kesihatan. Begitu juga dengan kerja. Pada usia ini kita perlu hidup secara tenang.
Sebagaimana perkongsian guru ini yang dikenali di facebook sebagai Cikgu Zahran yang menjelaskan bahawa pada usia 40an dia memilih untuk hidup tenang.
Katanya lagi, kawannya kehilangan adik ipar setelah komited dengan kerja. Katanya asbab kematiannya itu boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Sungguh pun kisah ini sudah dikongsinya sekian lama, namun ia mempunyai banyak pengajaran buat kita semua. Perkongsiannya itu telah mendapat lebih 11K.
Moga kisah ini menjadi ikhtibar buat kita semua. Ajal maut di tangan Allah. Namun sebagai hambanya kita harus berusaha untuk memastikan kehidupan kita lebih tenang. Tak salah untuk kita berusaha untuk hidup lebih tenang. Selebihnya kita berserah kepada Allah.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
TENANG IS GOOD.
Adik ipar kawan aku meninggal dunia Khamis lepas. Seorang guru wanita yang komited. Berusia awal 40an. Meninggalkan 5 orang anak yang masih kecil akibat tekanan darah tinggi. Salur darah ke otak pecah. Sewaktu menunggu untuk dimandikan, darah membuak buak tanpa henti dari hidung. Punca kematian hanyalah asbab. Saat ini dia tidak lagi payah memikirkan hal hal dunia.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ramai kawan kawan aku dikalangan guru menghidap pelbagai penyakit. Paling banyak darah tinggi. Aku pun tidak terkecuali. Puncanya disebabkan stress dan juga gaya hidup. Ada yang rebah ketika perhimpunan. Pernah aku lihat video seorang guru tumbang semasa membuat persembahan dihadapan murid.
Masuk usia 40an, aku memilih untuk tenang. Tidak seperti awal awal mengajar dahulu. Aku antara fighter. Ada sahaja benda yang boleh ditentang aku akan bangkit. Lawan tetap lawan. Kini aku sedar, terlalu banyak kita berjuang lama lama kita akan bersendirian. Rakan rakan yang menyokong akan meninggalkan kita. Mereka terpaksa memilih untuk menjaga periuk nasi sendiri. Tiada gunanya kita berjuang bermati matian kerana kita sahaja yang akan mati.
Lantas usia yang berbaki ini kita harus tenang tenang sahaja. Menjalankan amanah dengan hati terbuka. Tak perlu marah marah atau menentang lagi. Tidak ada apa yang perlu dibuktikan. Hidup ini hanya sekali. Lakukan tanggungjawab dengan hati terbuka, riang dan gembira. Tak perlu persoalkan apa apa.
Jika ada masyarakat atau orang diluar sana yang mengutuk atau mempertikaikan kerja buat kita. Senyum sahaja. Tak perlu balas semula. Kita anggap mereka sayangkan kita. Ambil berat tentang kita. Sebab itu mereka sentiasa mahu tahu tentang kita. Kerana kita dipilih Allah untuk menjadi mualim, mursyid dan murabbi. Tanggungjawab kita besar untuk melahirkan ummah yang cemerlang dunia akhirat.
Walaupun nampak remeh dan mudah.
Aku lihat guru guru banyak yang suka melenting. Pantang dicuit sedikit. Terutama di medsos ini. Lalu kita dipandang sebagai manja dan asyik merungut. Itu tidak molek kepada ketenangan jiwa kita. Banyak lagi yang kita harus fikirkan. Biarkan kicau kicau itu berlalu dibawa angin. Hidup kita tenang. Esok lusa hilang begitu sahaja.
Cikgu… Kalau hari ini kita terbaring diranjang hospital, yang berada disisi kita cuma keluarga. Rakan sejawat hanya ziarah sekali sekala. Rakan rakan medsos ini belum tentu hadir merawat duka. Yang datang membawa buah oren dan epal disaat kita tidak mampu lagi untuk menelan. Kalau lama sangat terbaring, yang menyusul hanya Medical Board dan bersara pilihan. Walaupun sebelum ini kau mampu dapat APC setiap tahun. Segalanya akan dilupakan dan tinggal kenangan.
Untuk kita terus berjuang memandaikan bangsa memerlukan tubuh badan yang sihat. Ia memerlukan minda yang tenang dan sihat. Lakukan segalanya dengan hati yang gembira. Usah pilih untuk bersengketa. Pedulikan sahaja kata kata nista atau cakap cakap belakang. Hanya kita sahaja yang faham tentang diri kita.
Pilihlah untuk senyum dan tenang. Because tenang is good.
P/s: Muka bekeng ni…senyum habis pun nampak bekeng juga..Tenung gambar aku selama 30 saat akan membuatkan hangpa tenang dan mengigau malam.Cubalah….
Sumber: Cikgu Zahran
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Ibarat Nyawa ‘Diganti’ Nyawa, Anak Lahir Selepas Beberapa Jam Suami Dijemput Ilahi!

Inilah prihal rahsia Allah berkenaan rezeki, jodoh dan maut, semua itu sudah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam kandungan lagi. Bila tiba masa dan ketikanya, kita terima sebagai qada dan qadar dengan hati yang reda.
Begitulah kisah yang dilaporkan di Harian Metro, siapa sangka dalam sehari Siti Azimah Tajudin, yang juga merupakan isteri dan ibu perlu reda menerima khabar duka suami meninggal dunia selang beberapa jam sebelum melahirkan anaknya yang ke tujuh.
Dilaporkan, Siti Azimah Tajudin, 31, reda ketentuan Ilahi apabila suaminya, Shahrol Amri Sanusi, 31, meninggal dunia jam 8 pagi, 18 Jun lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Namun terselit sedikit pengubat dukanya apabila anak ketujuh Siti Nur Aisyatull Humaira lahir beberapa jam selepas suami disahkan meninggal di rumah mereka di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Lebih pilu, nama anak perempuannya itu adalah pilihan arwah dan ‘hadiah’ terakhir untuk Siti Azimah.

“Saya sebenarnya masih terkejut dengan pemergian suami secara tiba-tiba.
“Sebelum ini suami tidak pernah mengadu sakit dan sekali-sekala memberitahu hanya penat, malah ketika kejadian arwah sempat menunaikan solat Subuh seperti kebiasaan.
“Pada jam 8 pagi, arwah bangun daripada tidur dan seperti sesak nafas sebelum saya segera menghubungi ambulans,” kata ibu kepada tujuh anak ini.
Dia yang berasal dari Kelantan berkata, setibanya ambulans di rumah mereka, pegawai perubatan mengesahkan suami sudah tidak bernyawa jam 8.30 pagi.
“Saya terkejut dan terpinga-pinga dengan kematian suami secara tiba-tiba.
“Selepas menghantar jenazah suami ke Hospital Kajang untuk bedah siasat pada jam 6 petang saya sudah rasa sakit untuk bersalin.
“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 28 Jun ini, tapi takdir Allah saya melahirkan anak beberapa jam selepas kematian suami iaitu 12.09 tengah malam di Hospital Serdang,” katanya.
Siti Azimah mengakui suami tidak menunjukkan sebarang petanda untuk meninggalkannya.
“Saya tak perasan sangat, cuma arwah suami ada kata dua tiga hari sebelum ini saya ada sakit-sakit (nak bersalin).
“Arwah cakaplah mungkin baby kami nak keluar hari Jumaat, tetapi saya tak sangka hari sama dia (suami) yang pergi,” katanya yang juga seorang suri rumah.
Akuinya, pemergian suami dan kelahiran anaknya ibarat Allah menarik satu nyawa dan menggantikan anaknya dengan nyawa baru.
“Mungkin boleh mengubat kelukaan saya, tetapi saya tetap merindui suami yang baik untuk saya dan anak-anak,” katanya.
Katanya, arwah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah mahkamah syariah.
“Jenazah suami dikebumikan pada jam 2 petang, 19 Jun lalu di tanah perkuburan Kampung Sungai Ramal Dalam.
“Saya tidak sempat melihat jenazah suami dan menguruskan pengebumian kerana baru melahirkan anak,” katanya.
Siti Azimah berkata, tujuh anaknya berusia 12, 10, 8, 5, 2, setahun dan enam hari akan dijaga sebaiknya.

“Ada pihak menghubungi saya untuk mengambil anak namun tidak sesekali saya menyerahkan mereka.
“Saya nekad jaga mereka walaupun tiada punca pendapatan, saya akan cuba berniaga secara atas talian demi kelangsungan hidup,” katanya.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Siti Azimah boleh menyalurkan ke akaun CIMB 7065548933 (Siti Azimah Tajudin).
Sumber : H.Metro
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club