Mudahnya Nak Instighfar Lebih 70 Kali Dalam Sehari Seperti Rasulullah SAW, Ikuti Saranan Ustaz Ini.

Share

Tahukah anda bahawa Rasulullah SAW beristighfar lebih daripada 70 kali dalam masa sehari.

Amalan yang wajib kita luangkan untuk menjadi seorang muslim yang sempurna dunia dan akhirat.

Moga muhasabah diri buat kita agar hidup lebih berkat.

Sebagaimana peringatan ustaz ini mengenai amalan tasbih yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Ikuti perkongsiannya.

Pagi ni saya nak bagi tips macamana kita semua boleh istighfar cara Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW beristighfar lebih daripada 70 kali dalam masa sehari.

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”.

[Riwayat al-Bukhari (6307)]

Itu level Rasulullah SAW. Seorang yang maksum. Seorang yang tak melakukan dosa. Seorang yang dijamin masuk syurga. Pun masih beristighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT.

Level kita mesti la kena istighfar lebih banyak. Sebab kita tak terlepas dari melakukan dosa. Ada yang kecil, ada yang besar. Ada yang sengaja, ada yang tak sengaja.

Kita pun boleh contohi Rasulullah SAW. Kita mesti memperbanyakkan istighfar. Paling kurang 70 kali dalam sehari.

So, saya nak share tips macamana kita semua boleh beristighfar lebih daripada 70 sehari macam Rasulullah SAW.

-Selesai solat Subuh – 14 kali.

-Selesai solat Zohor – 14 kali.

-Selesai solat Asar – 14 kali.

– Selesai solat Maghrib – 14 kali.

– Selesai solat Isyak – 14 kali

Semuanya berjumlah 70 kali.

Macamana nak bagi lebih daripada 70 kali macam Rasulullah SAW?

Ambil la peluang selain daripada waktu solat tadi untuk tambah sendiri supaya jadi lebih daripada 70 kali.

InsyaAllah kita dah berjaya mengamalkan antara sunnah Rasulullah SAW yang paling mudah.

Salam Jumaat buat semua teman atas talian.

Perbanyakkan istighfar di hari yang mulia lagi berkat. Semoga hidup kita mendapat keredhaan dan juga rahmat.

Sumber: Khairul Anuar Basri