Wanita mana yang tak nak kulit wajah yang cantik, mulus tanpa sebarang cela kan. Namun, adakalanya penggunaan sesebuah produk boleh menjadi penyebab kepada berlakunya masalah kulit.
Selain jerawat, jeragat adalah satu masalah yang memeningkan kepala kaum wanita. Lagi lagi masalah satu ini cukup ditutupi kecuali dengan foundation atau concealer yang tebal. tapi takkan setiap masa nak pakai foundation kan. Justeru, kena ada alternatif bagi menghilangkan masalah jeragat ini.
Perkongsian dari saudari Fyza Shah menerusi laman facebooknya mungkin boleh membantu mengatasi masalah ini. Malah, bahan yang digunakan cukup mudah, murah dan terdapat di dapur anda sahaja.
Selamat mencuba!
Mau tak risau bila jeragat,bintik hitam mula bertampung atas muka. Bintik hitam tak bahaya tapi buat diri kita jadi kurang menarik. Jangankan diri sendiri mula rimas pandang muka sendiri kat cermin bila dah jadi begini, nak bertentang mata dengan orang ramai pun mula tak yakin.
Bintik hitam atau jeragat ni biasanya terjadi bila kita terlalu lama atau kerap sangat biarkan kulit dimamah pancaran matahari. Lagi dibiar, lagi banyak yang naik. Itu lagi buat kita geramkan.
Kali ni kak Fyza cuma guna dua bahan mudah dari dapur, #lemon dan #kentang.
Kentang ni punya sejenis enzim unik , #catecholase untuk rangsang kulit jadi sihat dengan cara mengurangkan perubahan warna kulit kita dari menjadi gelap.
Vitamin A, B, C & E dalam kentang akan melambatkan penuaan pada wajah, so bintik-bintik penuaan dan pigmentasi juga dapat dielakkan.
Kentang ni bahan berkanji yang sifatnya mencerah kulit, melawan proses cepat tua dari usia, menambah kilauan kulit lebih cantik natural. Hebat ciptaan Tuhan kan.
Lemon pula sifatnya asalnya memang cerahkan kulit secara berganda, antioksida yang bagus. Vitamin C dalam lemon memang tinggi, menghenti penghasilan melanin, menutup pori, melawan kuman jerawat , jerawat juga lebih cepat kering dan pudarkan parut-parut degil jerawat.
Bila dua jenis bahan alami hebat ini digabungkan, dan keduanya bersifat mencerah dengan selamat tanpa rasa pedih teruk dan menggelupas, bintik hitam, jeragat, parut jerawat akan lebih mudah menghilang.
Yang penting kena guna konsisten setiap hari, dan wajib tahu cara jaga kulit sendiri selepas itu. Baru kulit dirawat, dilindungi, dikekalkan akhirnya capailah misi kulit sihat.
Bahan-bahan
1 biji ubi kentang
1 biji lemon
Cara membuat:
Potong dadu atau kecil-kecil kentang. Buang kulit. Kau tak buang, makin kelabu muka. Akak tak ajar tau bab tu.
Rebus sekejap ja. Tak mahu rebus pun boleh, tapi kau mampu ke nak lenyek ubi fresh keras -keras tu. Akak kalah, baik rebus kasi empuk sikit.
Tuangkan jus lemon,tak perlu campur air. Kita nak 100% zat dari bahan alami ni.
Pes kentang dan lemon siap untuk dipakai. Nyah segala bintik hitam, kusam, parut jerawat, jeragat.
Bantu kawan atau mak kita yang ada masalah jeragat, bintik hitam ini. Terus #Set_See_First Fyza Shah untuk tips kecantikan, resepi masakan dan sharing bermanfaat dari saya.