
Kreativiti juga diperlukan dalam menyediakan biskut agar lebih mudah disediakan dan nampak sempurna di atas meja hidangan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh puan Norliala Nazira tentang bagaimana trik yang dilakukan untuk hasilkan bentuk biskut Nutella Pod ini. Hanya dengan menggunakan bahagian belakang picagari yang bentuk bulat apabila di tekan pada adunan biskut yang telah dibulat-bulatkan menghasilkan bentuk yang begitu sempurna. Memang terbaiklah idea ni!.
Nak tahu bagaimana, jom semak.
“Bahan senang je tapi memang menghasilkan biskut yang sedap.”-Norlailanazira Mohd Agos
Nutella Pod
250g buttercup
200g gula kastor
Esen vanilla
Satukan bahan diatas. Saya guna spatula/senduk kayu je. Dah sebati masukkan
1 biji kuning telur.
Gaul lagi kemudian masukkan
350g tepung gandum
1sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
Sebatikan semua dan akhir sekali masukkan
50g serbuk almond
Sebatikan dan boleh bentukkan.
Bakar 25 minit suhu 160 bergantung pada oven masing-masing.
Dah sejuk, paipkan nutella dalam pod tu dan sedia untuk dimakan!
sumber : Norlailanazira Mohd Agos via MAHN
Anak Di Serang Kutu Rambut, Ibu Boleh Usahakan 3 Cara Tradisional Ini, Antaranya Guna Bawang Merah Je!

Kutu menjadi sebahagian masalah anak perempuan yang sukar dibendung. Tidak tahu di mana puncanya, secara tiba-tiba anak dihinggapi makhluk yang satu ini dan menggaru kepala setiap masa.
Rungsing pula dibuatnya bila anak mengalami masalah ini. Lebih-lebih lagi ia mudah berjangkit biarpun ketika mereka berada di sekolah.
Jika tidak dibendung, habislah satu rumah pula yang akan diserang kutu-kutu ini.
Selain mencuba rawatan dan ubat kutu khas yang dibekalkan oleh doktor, ada baiknya anda cuba beberapa petua tradisional ini. Ia sangat membantu!
1. Bawang Merah
Bahan:
5 biji bawang merah
Caranya:
1. Basuh bersih bawang merah.
2. Kisar bawang merah ini hingga halus.
3. Kemudian ratakan bawang kisar pada seluruh kepala. Kenakan pada kulit kepala dan kawasan sekitarnya.
4. Bungkus kepada dengan tuala bersih dan biarkan selama satu jam.
5. Bilas dengan air bersih.
6. Pakai syampu dan cuci rambut seperti biasa.
* Bau bawang yang kuat disertakan dengan gas-gasnya buat kutu tidak dapat bertahan lama dan akan keluar dengan sendirinya.
2. Bawang Merah & Minyak Kelapa
Bahan:
5 biji bawang merah
3 sudu makan minyak kelapa
Caranya:
1. Kisar bawang merah hingga halus.
2. Campurkan dengan minyak kelapa dan gaul sebati.
3. Sapu dan lumurkan pada kepala anak hingga rata.
4. Ambil tuala bersih dan tutupkan kepala. Biarkan selama satu jam atau lebih.
5. Kemudian basuh kepala dengan bersih.
6. Cuci dengan syampu biasa.
3. Cuka & Lemon
Bahan:
1 biji lemon
Sedikit cuka
Caranya:
1. Hiris lemon nipis-nipis.
2. Gaulkan lemon bersama cuka.
3. Lumurkan bahan ini kepada kulit kepala anak dan seluruh kawasan kepala.
4. Tutup kepala dan biarkan seketika selama 1 jam.
5. Bilas bersih dan cuci semula dengan syampu.
“Isteri Tegas, Saya Simple Itulah Warna Warni Rumah Tangga Kami”-Ezad Lazim

Pasangan yang cukup sempoi, senada dan seiring baik dalam hal kerjaya mahupun rumah tangga. Ezad Lazim dan Zeana Ramli, pasangan sama sepadan kini cukup bahagia ditambah dengan kehadiran sepasang anak comel sebagai penyeri rumah tangga.
“Alhamdulillah, sehingga kini saya masih lagi aktif dalam dunia seni. Peluang dan rezeki tidak berbelah bahagia berkat kehadiran anak dan isteri. walaupun industri kini nampak ‘slow’ ditambah kehadiran anak muda memberi satu persaingan yang sihat ditambah dengan adanya medium media sosial merancakkan lagi industri.
“Ini juga satu bonus untuk mereka dan walaupun ia medium baru untuk artis lama seperti saya, namun tidak menjadi hal. Cara mungkin berbeza dengan dahulu tapi kita kena ikut peredaran zaman dan saya harus seiring. Pun begitu saya bersyukur kerana biar ada bakat baru namun saya masih diterima oleh peminat, ini pun dan cukup terbaik untuk orang lama seperti saya.
“Walaupun sibuk dengan urusan kerja, saya beruntung kerana isteri banyak menguruskan hal keran dia menjadi pengurus peribadi. Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya begitu juga saya. saya beruntung kerana adanya dia. Memang ada kala saya kasihan melihat dia kepenatan urus saya dan rumah tangga, tetapi dia tidak mengeluh.
Sebagai suami saya bantu mana yang patut. Yang pastinya dia banyak buat tetapi saya cuba bantu mana yang boleh.

Isteri garang suami simple
Tambah pelantun lagu Demi Cinta ini lagi, isterinya banyak ajar anak-anak berdikari manakala dia pula berbeza kerana sejak dahulu jenis yang simple.
“Soal garang memang Zeana lagi garang, tegas dengan anak-anak. Mereka banyak meminta dengan saya kerana ikut apa jua kemahuan anak-anak. Lagipun ini pengalaman sebagai ibu bapa sementelah kami berdua berkahwin dalam usia agak lewat dan membesarkan anak-anak sendiri jadi itu tidak menjadi masalah. Anak-anak jua punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
“Zeana juga jenis yang suka akan kesempurnaan. Kalau tukar tempat letak barang esoknya pasti dia akan menukar kembali. Dia suka ikut stail dia, kalau ada pembantu rumah pasti susah nak bekerjasama. Dia jenis yang mahu sempurna di matanya. Mungkin kerana Zeana sudah berdikari sejak kecil, jadi bila marah saya malas nak bantu takut salah lagi. Tapi kasihan pula kalau biar dia buat sendiri. Namun pada saya inilah asam garam dan warna-warni serta corak dalam rumah tangga kami.
“Dalam hal anak-anak dia yang banyak buat. Kebetulan anak sulung agak pelat jadi untuk bagi dia cepat cakap kami hantar ke sekolah Cina kerana di situ banyak bercakap bahasa Inggeris. Alhamdulillah, nampak perbezaan. Dia berani bercakap dan nampak macam-macam benda baru yang dia belajar.
“Kalau diikutkan saya tak setuju untuk hantar anak ke sekolah awal kerana baru umur 4 tahun. Saya tak suka ‘push’ anak kerana lama kelamaan mereka akan belajar juga cuma beza lambat dengan cepat. Tetapi Zeana yakinkan saya untuk memastikan anak boleh bercakap seperti rakan seusianya.

Mahu anak pilih kerjaya lain
Ditanya mengenai perancangan masa depan sama ada akan terus aktif dalam bidang nyanyian atau mencuba bidang lain, Zeana memberitahu mereka kini sedang mencuba bidang bisnes pakaian.
“Kalau diikutkan sebelum ini pelbagai bisnes kami buat dari tudung, kurta, baju melayu, parfum dan terbaru kami cuba pula baju sekolah. Walaupun sedar ramai artis yang terbabit dalam bisnes tetapi itu tidak menjadi hal. Sementelah adanya peminat itu memudahkan lagi bisnes.
“Baju sekolah jadi pilihan kerana tak ramai artis yang memilih bidang ini dan ini satu idea yang baik. Semua orang tahu baju sekolah satu keperluan cuma tinggal lagi cara bagaimana kita memasarkannya supaya ia diperluaskan dan mendapat tempat di hati peminat.
“Idea hasilkan baju sekolah datang secara spontan waktu memikirkan bagaimana nanti anak kami akan bersekolah. Kebetulan tidak ramai yang buat baju sekolah, kami cuba cari satu sumber pendapatan dan ia boleh jadi satu jenama yang boleh terkenal. Kami pilih jenama BIJAK dan kelebihan kami ada kilang sendiri yang dikongsi dengan keluarga. Dalam masa yang sama kami merancang untuk membuka syarikat dan mencari bakat baru atau artis untuk membuat persembahan.
“Soal kerjaya anak-anak, pada kami kalau boleh biarlah mereka memilih kerjaya lain. Suami juga impikan anak terbabit dalam bidang lain, tetapi kalau mereka nak ke arah bidang seni saya dan suami tak akan halang andai itu minat dan kecenderungan mereka. Yang penting pendidikan kami utamakan.

Sumber: Majalah Keluarga Jan-Mac 2018
Ni Cara Nak Masak Nasi Lebih Peroi & Cantik!

Cara menanak nasi pastinya semua maklum. Namun cara untuk mendapatkan nasi yang peroi dan cantik mungkin ramai yang belum tahu. Lebih-lebih lagi untuk menyediakan menu istimewa dengan menggunakan beras basmathi.
Sebenarnya ada petua nak masak nasi ini. Jadi jom tambah ilmu. Harap lepas ni nasi yang anda masak nampak lebih cantik dan sempurna macam chef.
1. Cuci beras
Beras Basmathi perlu dicuci bersih. Namun semasa mencuci beras jangan diramas-ramas. Cukup sekadar dikaub balik dengan perlahan agar beras tidak patah.
2. Rendam dengan garam
Pastikan beras terendam sepenuhnya dan masukkan 1 camca besar garam dan rendam selama 30 minit. Kemudian tapis.
3. Sukatan air
Sukatan air perlu diambil berat, jika terlebih akan menyebabkan beras yang dimasak menjadi lembik dan jika terkurang sukatan air akan menjadikan beras yang dimasak mentah pula. Oleh itu, pastikan sukatan air adalah tepat.
4. Gunakan garfu
Jika ingin mengaub balik nasi yang dimasak pastikan hanya menggunakan garfu atau sudip berbentuk garfu untuk memastikan nasi tidak patah dan kekal di dalam keadaan panjang.
5. Lakukan dengan perlahan
Pastikan juga proses mengaub balik dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika air di dalam periuk telah kering. Jika dilakukan dengan terlalu kasar, beras akan mudah patah dan tidak cantik keadaannya.
INFO TAMBAHAN
Jika didapati nasi yang ditanak terasa keras atau sedikit mentah, renjiskan sedikit air panas dan tutup periuk dan masak seketika lagi.