Biasa kita beli mayonis di kedai tetapi kalau nak lebih jimat, ibu-ibu sebenarnya boleh mencuba buat sendiri di rumah. Memang jauh lebih jimat. Perkongsian resipi oleh Puan Ida Alina Salleh menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) menghasilkan resipi Mayonis Parsley dan Sos Bawang Putih Arab ini cukup menarik.

Mayonis Parsley dan Sos Bawang Putih Arab (toum) home-made.
Mudahnya Nak Buat Mayonis Parsley & Sos Bawang Putih Arab Ala Homemade. Pakai Blender Pun Boleh. Ringkas Tapi Sedap!
Resepi ada diberikan dalam caption gambar.

Saya tak berapa suka beli mayonis dari kedai. Kalau buat sendiri boleh buat macam-macam perisa dan tak perlu risau kandungan gula.

IKLAN

Sos bawang putih ala Arab saya buat sekali agar tak terbuang putih telur sebab kuningnya saya guna untuk Mayo.

IKLAN

Kalau simpan dalam fridge, dua-dua sos ni InshaAllah tahan seminggu. Biasanya bagi kami, tak sempat habis seminggu dah khatam.
Mudahnya Nak Buat Mayonis Parsley & Sos Bawang Putih Arab Ala Homemade. Pakai Blender Pun Boleh. Ringkas Tapi Sedap!Sos-sos sedap untuk sapu dalam wrap, atau dicicah sayuran dari air fryer dan macam-macam lagi.

IKLAN

Saya guna emulsion / stick blender. Kalau tak ada, guna blender biasapun boleh, InshaAllah.
Mudahnya Nak Buat Mayonis Parsley & Sos Bawang Putih Arab Ala Homemade. Pakai Blender Pun Boleh. Ringkas Tapi Sedap!
Mayonis Parsley
1 biji kuning telur
1 ulas bawang putih
1 Sudu besar jus lemon segar
Sedikit garam dan madu (secukup rasa)
Minyak sayuran 200ml
1/2 genggam parsley di racik.
Cara membuat:

  • Mula-mula blend kuning telur dengan bawang putih, jus lemon, garam dan madu.
  • Bila dah bersatu semuanya, alirkan minyak sedikit demi sedikit sambil teruskan memblend.
  • Jika terlalu cair, tambah sedikit lagi minyak hingga dapat konsistensi yang diingini.
  • Akhir sekali, masukkan parsley dan teruskan blend hingga halus. Siap untuk digunakan

Mudahnya Nak Buat Mayonis Parsley & Sos Bawang Putih Arab Ala Homemade. Pakai Blender Pun Boleh. Ringkas Tapi Sedap!Sos Bawang Putih (Toum)
7 ulas bawang putih
1 putih telur
2/3 cawan minyak sayur
1 camca besar jus lemon
Garam sedikit.

  • Blend dahulu putih telur dengan bawang putih yang telah dikupas dan dihiris.
  • Bila bawang putih sudah halus, sambil terus memblend, masukkan minyak dengan aliran tetap perlahan-lahan. Adunan akan memekat.
  • Teruskan aliran minyak hingga adunan agak kental. Sos toum ni lebih kental dari mayonis.
  • Akhir sekali, masukkan garam dan jus lemon. Blend hingga sebati.
  • Sedap dihidang dalam wrap, dengan kebab, dicicah ayam goreng dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI