Jika ada para ibu bercadang membuat kek, sudah tentu memilih resepi yang mudah penyediaannya dan confirm menjadi serta sedap.

Antara resepi kek yang popular dan mudah buat adalah resepi kek gula hangus. Ada juga yang panggil kek ini sebagai kek sarang lebah atau kek sarang semut.

Apa kata cuba buat kek ini. Memang sedap makan panas-panas. Anak pun boleh bawa bekal ke sekolah.

Mudahnya Nak Buat  Kek Gula Hangus Sukatan Cawan. Mesti Cuba!

Bahan Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan :

Bahan Gula Hangus :

  • 1 1/4 cawan gula putih
  • 1 cawan air panas mendidih

Panaskan periuk / kuali guna api perlahan dan masukkan gula dahulu.Ratakan gula ke seluruh bahagian periuk.Bila dah start mencair jangan kacau gula.

Dah cair dan menjadi perang,tutup api sekejap,masukkan air panas.Hati-hati untuk elakkan terkena badan anda.Buka api dan sebatikan barulah masukkan butter.Sebatikan dan tutup api.Sejukkan.

Bahan Kek Gula Hangus :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 125 gram butter
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 5 biji telur gred B ( 4 jika Gred A )
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu teh essen vanila

Cara Penyediaan Resepi Kek Gula Hangus :

#1: Dalam bekas,kacau telur bersama susu pekat manis dan essen vanilla.Guna whisk sahaja.Tak perlu kembang cukuplah sehingga telur kuning pecah dan sebati  sahaja.Tambahkan buttercup yang telah dicairkan menggunkan kaedah double boil.Pastikan dah sejuk ya. Kacau manja biar sebati sahaja.

Ads

#2: Ayak dulu tepung bersama soda bikarbonat dalam bekas lain supaya elok bercampur semuanya.Barulah dimasukkan ke dalam bekas di langkah 1 sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-perlahan.

Barulah ditambah dengan air gula perang yang telah pun betul-betul sejuk ya.Kacau hingga adunan sebati.

Ads

#3: Alaskan loyang 7×7 inci dengan parchment  paper  gris dinding loyang dengan marjerin atau butter dan masukkan adunan yang ditapis. Barulah perap selama 3 jam.

#4: Nak bakarnya mesti kena faham oven sendiri. Kami gunakan suhu 145’C untuk 40 minit pertama dan 10 minit lagi pada suhu 155’C . Oven kami kuat sikit. Jadi kalau oven biasa, dalam 160 ‘C – 170’C dengan masa yang sama. Ingat gunakan api bawah sahaja ya.

Ads

Tips : Boleh cucuk dengan lidi untuk tengok kek dah masak ke belum pada minit ke 50.Kalau tak melekat tepung,masak la tu.

Sejukkan dan keluarkan kek gula hangus barulah dipotong melintang untuk serlahkan sarangnya. Mula-mula anda belah ua kek dan tengok alur sarang, barulah dipotong melintang melawang alur dan Insyaallah keluar lah sarangnya.

Selamat mencuba!

Sumber: FB Resepi Kek  & Puding

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI