Apabila bergelar ibu bapa tentu pelbagai keperluan perlu disediakan untuk memastikan anak dapat membesar dalam persekitaran yang sempurna dan ceria. Ia termasuk memenuhi permintaan anak yang mahu melakukan pelbagai aktiviti.
Malah ada ibu bapa sanggup menghabiskan sejumlah peruntukkan pembelanjaan untuk membeli permainan buat anak. Namun, ada ibu bapa yang kreatif akan membuat sendiri barang permainan secara DIY. Begitulah yang dilakukan oleh puan DiaNa Said
melalui perkongsian cara membuat giant bubble telah menarik perhatian ramai. Walaupun perkongsian ini sudah sekian lama, namun ia bagus untuk dipelajari kerana sungguh menjimatkan. Bolehlah dijadikan aktiviti buat anak-anak hujung minggu!HOMEMADE GIANT BUBBLE
Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main
BAHAN-BAHAN
(AIR SABUN)
1)1.5 Liter Air
2)4 Sudu Tepung Ubi Kayu
3)250ml Pencuci Pinggan mangkuk
(BUBBLE WAND)
CARA-CARA
1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita
2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat.
3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih.
4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.
Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.
Dah boleh main
Selamat mencuba!