Menariknya perkongsian ini yang menyediakan resepi membuat agar-agar menggunakan gula melaka. Sesuai sekali untuk hidangan bersama keluarga dan enak dimakan sejuk-sejuk.
Ikuti perkongsian puan Aishah Mohd via Masak Apa Hari Ni.
Agar -agar santan gula melaka
20 gm agar-agar
1 litre air
400 ml santan
200gm gula merah
50gm gula pasir
Daun pandan
Telur sebiji
Cara:
1.Masak agar2 bersama 500ml air sampai hancur..masukkan daun pandan juga bagi wangi..
2.guna periuk lain masak air gula merah dan gula putih bersama 500ml air masukkan daun pandan bg wangi..masak sampai sebati.
3. Bila dah hancur gula.. tapis air gula yg kita masak tadi dalam periuk yng kita rebus agar-agar yg dah hancur tu..kacau bagi betul2 mendidih..
4. Dalam bekas lain masukkan santan ngan telur campur sikit esen vanila..kacau sebati..
5. Bila adunan agar-agar tadi dah mendidih ..sambil kacau sambil tuang perlahan adunan santan dan telur tadi..tuang perlahan tapi tinggi..hehehhe tangan satu lagi jangan stop kacau..sampai la habis adunan santan tadi..biar didih sat tutup api ..dan sedia utk di tuang ke dalam bekas.
Selamat mencuba!