
Biasanya bila teringin makan tauhu telur kita akan membelinya di pasar. Tapi sebenarnya ramai tak tahu untuk menyediakannya sendiri adalah cukup mudah.
Jika mahu lebih sihat bahan yang segar dan organik seperti resipi yang dikongsi oleh Chef Sue M Arukin. Jadi, keluarga dapat menikmati hidangan yang dijamin mutu serta kebersihannya. Selamat mencuba!
TAUHU TELUR
Bahan-bahan:
500 ml air soya segar (tanpa gula)
6 biji telur organik
5 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
Cara Membuat:
1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, satukan air soya bersama tepung jagung dan garam. Kacau rata di atas api sederhana hingga suam (jangan sampai mendidih). Sejukkan sebentar.
3. Satukan telur yang sudah dipukul tadi bersama campuran soya. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas lalu kukus selama 20 minit atau hingga tauhu mengeras. Sejukkan.
4. Potong mengikut cita rasa dan goreng hingga keperang-perangan. Hidangkan!
Pembahagian Harta Ikut Faraid. Ada Sebabnya Isteri Dapat Sikit!

Memahami pembahagian harta faraid hakikatnya cukup sempurna dan ‘cantik’ serba serbinya.
Setiap orang ada hak dan bahagian-bahagiannya yang dibahagikan mengikut jalan kira-kiranya yang tersendiri.
Memahami secara ringkas cara kiraan tersebut dan mengapa agihan untuk isteri dilihat sedikit bahagiannya, mungkin menimbulkan tanda tanya tentang hal itu.
Memahami dengan lebih jelas, ayuh kita lihat perkongsian Puan Umi Yusof ini.
En. Razak bukan nama sebenar baru meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang isteri, dua orang anak perempuan dan seorang adik lelaki kandung.
Harta bersih beliau selepas tolak hutang adalah bernilai RM300,000.
Pembahagian harta mengikut faraid adalah seperti dalam jadual di bawah.
Isteri 3/24=rm37,500
Anak perempuan 1 8/24=rm100,000
Anak perempuan 2 8/24=rm100,000
Adik lelaki kandung 5/24=rm62,500
Kenapa isteri mendapat bahagian yang paling kecil? Ini kerana bahagian faraid isteri “bersih” hanya untuk dirinya sahaja. Beliau tidak perlu menanggung anak-anaknya dari segi nafkah.
Siapa pula yang perlu menanggung anak-anak Encik Razak. Jawapannya adalah adik lelaki Encik Razak kerana faraid datang dengan tanggungjawab.
Namun apa yang berlaku sekarang, mereka datang mengambil bahagian faraid namun tanggungjawab menjaga anak-anak yatim ini dilepaskan kepada ibu anak-anak yatim tersebut.
Cadangan yang boleh di ambil untuk perancangan harta semasa hidup adalah:
1. Hibahkan harta sekiranya ingin memberi bahagian yang lebih kepada anak perempuan atau pun isteri.
2. Membuat Dokumen Perlantikan Wasi bagi memudahkan pengurusan tadbir pusaka.
3. Menyertai Program Khairat Pusaka dengan Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB).
Manfaat yang di terima adalah:
🗄Penyediaan dan penyimpanan wasiat pentadbiran
📃Penyediaan dan penyimpanan dokumen wasiat 1/3 percuma
👨💼Sesi pembacaan khutbah pusaka dan khidmat rundingcara (selepas kematian)
🏛WSB bantu waris untuk tuntutan harta pusaka dengan dapatkan surat kuasa daripada Pejabat Pusaka Kecil/ Mahkamah Tinggi.
📢Fee serendah RM50/bulan (T&C)
PUAN UMI YUSOF, Guru Agih Harta
sumber : Umi Khlsom-wasiat,hibah,faraid
Alergi Debu Penyebab Anak Susah Bernafas & Badan Naik Bintik-Bintik. Tya Kongsi Cerita Jadikan Panduan!

Ibu mana yang tidak bimbang dengan kesihatan anaknya bila kerap kali mengalami beberapa gejala seperti susah bernafas, bersin dan badan berbintik-bintik tanpa mengira waktu.
Disebabkan kerisauan itu juga telah membuatkan Tya Ariffin akhirnya memutuskan untuk membawa anak lelakinya, Arif Jiwa mendapatkan rawatan dengan melakukan ujian alergi kulit di sebuah pusat perubatan di ibukota baru-baru ini.
Berkongsi info berkenaan keadaan anaknya, Tya memaklumkan anak lelakinya itu kerap mengalami masalah susah bernafas, bersin dan badannya pula berbintik-bintik merah.
“Pergi ke klinik, ingatkan batuk atau selsema. Minumlah ubat. Pergi ke TNT juga, sekejap hilang dan datang lagi.
“Kerana tak puas lagi, jadi datanglah ke doktor untuk buat ujian alergi,” kongsi Tya di dalam video yang dikongsikan di Instagramnya.
Tambah Tya lagi, “Jadi buat test alergi pada susu ke, cheese ke, kacang ke, coklat, sampai haiwan peliharaan pun ditest, tu yang kenapa belakang Arif ada titik titik,” terangnya.
Hasil daripada ujian yang dilakukan dengan kos sekitar RM700 hingga RM1,000 itu, dapatlah diketahui bahawa Arif sebenarnya alergi pada debu.
“Ingakan sebelum ini sebab tak boleh minum susu, makan kacang atau keju. Buat juga ujian haiwan peliharaan.
“Tapi hasilnya, Arif memang alergi debu,” jelas Tya.
Lantaran itu Tya berpesan kepada semua agar menjaga kebersihan kediaman termasuk menukar sarung bantal, karpet dan langsir.
“Kena selalu lihat kebersihan carpet, bantal, langsir. Selain itu kena tukar 5-7 hari sekali. Bantal setiap hari dijemur atau dicuci. Elakkan tempat berkarpet.
“Jadi ibu-ibu pastikan kenali punca sebenar, dah kasian Arif selama ini kena menahan makan coklat, keju dan sebagainya. Ternyata debu je,” jelas Tya lagi.
Sumber : Ig @tyaarifinnw
ARTIKEL MENARIK : “Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
MK K-Clique & Isteri Adakan Majlis Akikah Bayi Sulung, Belum Sedia Kongsi Wajah Aya Rayana

MK K-Clique dan isteri adakan majlis akikah bayi sulung, belum sedia kongsi wajah Aya Rayana. Isteri kepada penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar selamat melahirkan seorang bayi perempuan 3 Ogos yang lalu.
MK K-Clique & Isteri Adakan Majlis Akikah Bayi Sulung, Belum Sedia Kongsi Wajah Aya Rahana
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, menganggap kelahiran bayi sulungnya itu sebagai pemberian terindah dalam hidupnya dan isteri. Sebulan selepas kelahiran bayinya itu, MK berkongsi pula nama anaknya. Aya Rayana, nama yang menjadi pilihan pasangan ini.
Terbaharu, MK dan isterinya telah mengadakan majlis akikah untuk anak sulungnya itu. Video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok Zalleysahar85 menarik perhatian ramai. Video itu juga memaparkan sekitar majlis akikah berlangsung.
Watch on TikTok
Majlis aqiqah itu diadakan di kampung MK. Warna merah jambu menjadi tema untuk majlis tersebut. Menerusi hantaran itu juga dapat dilihat pelamin kecil yang disediakan khas untuk majlis tersebut.
Bagaimana pun pasangan ini belum bersedia berkongsi wajah puteri kesayangan mereka. Buktinya wajah bayi mereka ‘dilindungi’ dengan sticker.
Jelas terbayang kegembiraan pada ajah MK dan juga isterinya, Hajaar. Perkongsian video tersebut meraih perhatian ramai warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk info, MK dan Hajar mendirikan rumahtangga pada 16 Jun tahun lalu. Pasangan ini menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 3 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan.
Sumber: TikTok Zalleysahar85
Baca artikel lain juga: MK K-Clique Timang Cahaya Mata Sulung, Isteri Selamat Bersalin Bayi Perempuan
Nama Cantik, Makna Pun Elok. MK K-Clique Kongsi Nama Anak!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my