Makanan sampingan seperti telur masin memang menjadi kegilaan sesetengah orang. Makan sepotong telur masin ini sudah cukup buat sajian makan tengahari jadi lebih sedap dan bermakna.

Kalau diikutkan kos separuh telur masin di kedai dalam anggaran RM1 hingga RM1.50. Boleh tahan juga harganya. Nak jimat, ibu-ibu bolehlah cuba membuatnya sendiri di rumah. Tak susah pun.

Mudahnya Buat Telur Masin Sendiri,  Boleh Guna Telur Ayam Saja!

Saudari Are Peace yang berkongsi di facebook miliknya boleh kita jadikan panduan untuk hasilkan telur masin sendiri. Jom cuba.

Bahan-bahan:
30 biji telur ayam
1 kg garam kasar
Air secukup nya (agak-agak telur tenggelam)

Caranya:

Ads

1. Basuh telur ayam bersih.

Mudahnya Buat Telur Masin Sendiri,  Boleh Guna Telur Ayam Saja!

2. Masukkan garam kasar dan air ke dalam periuk.

3. Masak atas api sehingga garam larut.

Ads

4. Tutup apinya, biarkan sejuk kemudian barulah dimasukkan telur.

Mudahnya Buat Telur Masin Sendiri,  Boleh Guna Telur Ayam Saja!

5. Rendam di tempat yang gelap selama 14 hari.

6. Cukup 14 hari, boleh tukar air rendaman dengan air biasa. Boleh di simpan dalam peti sejuk.

Ads

7. Bila hendak makan, rebus macam biasa.

 

  • Ektra Tip
    Petua nak bagi telur kuning tu jadi warna oren, masa peram, pastikan simpan di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Saya simpan dalam kabinet dapur…hehehe…

Selamat mencuba.

Sumber: Are Peace

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI