Mudahnya Buat Resepi Tauhu Bergedil Laku Keras Ni. Siap Dengan Sambal Kicap Power!

Share

Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan jika  dicicah dengan sambal hitam. Lebih menyeronokkan minum petang bersama keluarga mahupun teman

Buat ibu-ibu yang teringin nak mencuba tauhu begedil lengkap isinya dengan lauk kegemaran lepas tu cicah pula dengan sambal kicap, bolehlah mencuba resipi ini.

Resipi ini dikongsikan oleh Wany Lifa

 menerusi page Masak Apa Hari Ni


TAUHU BERGEDIL MERDEKA

Selamat Hari Merdeka 62 ??

Buat sendiri isi kasi mampat mampat baru mantop masuk mulut penuh ?

Resipi

▶️ Tauhu kering bulat
▶️ Kentang
▶️ Daging burger ramly
▶️ Bawang putih
▶️ Bawang besar
▶️ Daun sup & Daun bawang
▶️ Bawang goreng
▶️ Kiub ayam maggi
▶️ Serbuk cukup rasa maggi
▶️ Cili padi
▶️ Kicap
▶️ Telur
▶️ Tepung jagung

Cara membuat:

➡️ Rebus kentang sampai empuk / lembut.
➡️ Letak minyak masak sikit just untuk tumis bawang putih & bawang besar then masukkan daging burger ramly. Daging burger akan keluarkan minyak so tak payah tumis letak banyak minyak. Next , masuk kan kiub ayam & serbuk cukup rasa maggi.


➡️ Campurkan kentang rebus yang dilenyek & daging burger yang da siap tumis & daun sup & daun bawang & bawang goreng. Sumbatkan isi kentang dalam tauhu.


➡️ Pukul telur campur tepung jagung. Sebelum nak goreng celup tauhu bergedil dalam tepung then goreng.


➡️ Sambal kicap : Cili padi , kicap , gula & bawang putih diblender sekali.