Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan jika dicicah dengan sambal hitam. Lebih menyeronokkan minum petang bersama keluarga mahupun teman
Buat ibu-ibu yang teringin nak mencuba tauhu begedil lengkap isinya dengan lauk kegemaran lepas tu cicah pula dengan sambal kicap, bolehlah mencuba resipi ini.
Resipi ini dikongsikan oleh Wany Lifa menerusi page Masak Apa Hari Ni
TAUHU BERGEDIL MERDEKA
Selamat Hari Merdeka 62 ??
Ads
Buat sendiri isi kasi mampat mampat baru mantop masuk mulut penuh ?
Resipi
▶️ Tauhu kering bulat
▶️ Kentang
▶️ Daging burger ramly
▶️ Bawang putih
▶️ Bawang besar
▶️ Daun sup & Daun bawang
▶️ Bawang goreng
▶️ Kiub ayam maggi
▶️ Serbuk cukup rasa maggi
▶️ Cili padi
▶️ Kicap
▶️ Telur
▶️ Tepung jagung
Ads
Cara membuat:
➡️ Rebus kentang sampai empuk / lembut.
➡️ Letak minyak masak sikit just untuk tumis bawang putih & bawang besar then masukkan daging burger ramly. Daging burger akan keluarkan minyak so tak payah tumis letak banyak minyak. Next , masuk kan kiub ayam & serbuk cukup rasa maggi.
Ads
➡️ Campurkan kentang rebus yang dilenyek & daging burger yang da siap tumis & daun sup & daun bawang & bawang goreng. Sumbatkan isi kentang dalam tauhu.
➡️ Pukul telur campur tepung jagung. Sebelum nak goreng celup tauhu bergedil dalam tepung then goreng.
➡️ Sambal kicap : Cili padi , kicap , gula & bawang putih diblender sekali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tandas dan bilik mandi juga memerlukan penjagaan rapi kerana ini juga merupakan salah penanda aras tahap penjagaan kebersihan penghuninya.
Sebenarnya proses pembersihan tandas ataupun bilik mandi tidak perlu dilakukan secara besar-besaran kerana kita boleh melakukannya hampir setiap hari.
Sewajarnya kita memperuntukkan lima minit awal sebelum mandi untuk mencuci bilik mandi.
Selain bilik mandi, mangkuk tandas juga perlu dijaga. Nak mudah, semburkan sedikit pewangi semula jadi seperti lemon atau limau kasturi di dalam mangkuk tandas, tempat duduk tandas dan penutupnya pasti dapat mengurangkan bauan tidak menyenangkan.
Selain itu, ibu-ibu juga boleh menggunakan softener dobi. Tuangkan secawan softener pakaian di tangki tandas.
Softener akan tenggelam ke bawah dan kekal di dalam tangki. Setiap kali flush, aroma softener akan mengeluarkan bau wangi, dan seluruh bilik mandi akan bau wangi.
Memberi fokus pada penjagaan gigi, kita, umumnya sejak dari kecil sudah diajar untuk kita biasakan memberus gigi. Sekurang-kurangnya sekali pada waktu selepas bangun tidur dan sekali lagi sebelum tidur.
Tujuannya satu. Untuk penjagaan gigi dan mulut agar kekal bersih dan sihat dan sekali gus dapat pastikan mulut berbau segar.
Inilah juga yang kita ajarkan pada anak-anak kita.Pun begitu, ada sesetengahnya walau kerap memberus gigi namun mulut tetap berbau.
Nak tahu punca dan sebabnya, ikuti perkongsian doktor Muhammad Khairul Izwan memberi pencerahan. Jom baca.
Tahukah anda, purata rakyat Malaysia memberus gigi adalah kurang daripada 1 minit setiap hari?
Malah ada sebahagian daripada kita yang hanya memberus gigi dalam masa di bawah 10 saat!
Dan yang paling ramai sekali adalah tidak memberus permukaan lidah yang mana lidah merupakan antara penyumbang terbesar kepada masalah bau mulut.
Penting untuk anda ketahui bahawa jika anda memberus gigi dalam tempoh masa yang terlalu singkat, tidak semua permukaan gigi anda dapat dibersihkan terutama di bahagian yang agak tersorok terutamanya di celah-celah gigi serta pada bahagian gigi geraham yang paling belakang.
Kerana itulah masih ada yang mengalami kerosakan gigi walaupun mereka memberus gigi setiap hari.
Memberus gigi perlu anda lakukan dengan menggunakan ubat gigi berfluorida sekurang-kurangnya 2 kali sehari selama 2-4 minit setiap sesi.
Disarankan untuk memberus gigi pada waktu pagi dan pada waktu malam SEBELUM tidur. Amalkan juga berkumur-kumur dengan air kosong setiap kali selepas makan terutama ketika anda di tempat kerja/makan di luar.
Anda juga perlu memberus gigi pada setiap permukaan gigi termasuk gigi yang paling belakang. Jangan berus gigi pada permukaan luar sahaja dan biarkan bahagian dalam tanpa diberus!
Gunakan berus gigi yang lembut dan elakkan penggunaan berus gigi yang keras untuk mencegah terjadinya hakisan gigi.
Jangan lupa untuk turut sama memberus permukaan lidah anda.
Kisah kejayaannya di dalam bidang hartanah sebelum ini pernah tular di media sosial. Jutawan hartanah Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin, pernah mendapat perhatian kisahnya yang bangkit daripada keluarga miskin tegar berubah kepada seorang jutawan hartanah yang disegani.
Biarpun bergelar jutawan, anak kelahiran Kampung Tok Raja, Besut itu tidak pernah mendongak ke langit, sebaliknya bersikap tunduk ke bumi.
Malah, dia lebih selesa memilih kehidupan serba sederhana dan sentiasa istiqomah dalam setiap apa yang dilakukannya. Namun kadang kala, tetap ada cabarannya dalam hidup.
Terbaru menerusi facebook miliknya, meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak mempertikaiannya kehidupannya sehingga ada tidak sedap didengar mendakwa dia hanya berpura-pura seorang hartawan.
Tidak mahu ia berpanjangan, Azlan terpaksa mendedahkan nilai aset yang dimiliki. Bukan niat untuk mendabik dada tetapi berharap ia menjadi iktibar kepada pihak berkenaan.
Dia meluahkan rasa syukur dengan anugerah yang dimilikinya dan berharap sentiasa memburu tawadhuk dengan caranya tersendiri.
MAAFKAN SAYA TERPAKSA TUNJUK SEKALI SEKALA.
Jujurnya,saya malu dan tak mahu bercerita tentang aset aset hartanah yang saya miliki dengan izinNya.
Tetapi apabila ada segelintir suara suara sumbang yang seakan menuduh saya hanya berpura pura menonjolkan diri bak hartawan,maka saya terpaksa sekali sekala tampilkan sedikit aset hartanah yang Allah swt anugerahkan sementara kepada saya.
Mungkin kerana gaya hidup saya simple dan ala kadar sangat,rumah pun tak mewah macam dewan badminton,pakai macam penoreh getah,maka saya seakan dilihat tak munasabah untuk diangap hartawan.
Tapi sabar dulu kawan,jangan cepat menduga cetak atau dalam air di lautan kalau kita bukan ahli untuk menyelam.
Hanya ikan yang tahu dunia air.
Saya tak minat bercerita pasal harta.
Saya hanya ada sedikit sahaja aset untuk jana kehidupan berkeluarga.
Tak banyak pun!
Sepanjang sepuluh tahun saya di bidang hartanah,ada lah lebih 100 juta nilainya jika dihitung sekarang.
Rm100 juta nilai tu bukan besar,biasa biasa saja.
Saya anggap itu pencapaian yang sangat serta masih kecil,kerana saya sasarkan untuk memiliki aset lebih rm1 bilion menjelang sepuluh tahun ke depan…InsyaAllah
Malu saya nak mengaku berharta,saya suka menyendiri dengan cara sendiri.
Lagipun,lebih ramai di luar sana yang kaya raya.Setakat saya ada cikit cikit,apalah sangat.
Apepun,saya syukur dengan apa yang Allah kurniakan seadanya ini.
Di bawah ini,hanya sebahagian geran geran tanah yang saya ‘terpaksa’ kongsikan untuk ‘menjawab’ tuduhan tuduhan jahat oleh segelintir mereka yang jelas mencemburui kejayaan kerdil saya!
Saya tak mahu terkesan dengan suara suara sumbang,nanti saya akan jadi sombong dan lupa diri sedangkan kita hanya hamba saja.
Kalau saya hidup untuk menunjuk sehingga sombong,saya mungkin akan tanya kembali seperti berikut :
“Berapa ratus juta kau ada aset untuk sembang dengan aku???”
Saya akan soal lagi “Setakat kau hanya ada toyota atau mercedes dan rumah banglo guna pinjaman bank,tak payah sembang lah! Tunjuk geran geran tanah kau ada berapa ratus keping!”
Tapi nauzubillah..
Innalillah,jika saya jadi sombong begitu,saya dah ikut sifat IBLIS!
Justeru,izinkan saya terus memburu tawadhuk dengan cara saya walaupun saya pasti belum tawadhuk!