Apabila bergelar ibu yang menguruskan rumahtangga termasuk menyediakan makan minum anak-anak, tentunya masa itu amat berharga.
Ia termasuk soal makanan. Jika mahu memasak makanan, tentunya mencari resipi yang mudah dan cepat di masak. Paling penting, hidangan digemari seisi keluarga.
Resipi viral yang boleh dijadikan hidangan sekeluarga, iaitu Pizza Roti Telur tentunya membuatkan anak-anak suka.
Nak tahu cara membuatnya, ikuti perkongsian ini.
_______________________
Pizza Roti Telur ( dapat 8 paper cup)
yang ada Air Fryer tu boleh cuba.. terima kasih pada idea asal Puan Zalekha Zabidi. Resepi ikut selera anak..
1. 2 biji telur
2. 3 keping roti (potong cube)
3. 2 btg sosej
4. 2 sb butter (cairkan)
5. 2 sb sos spahetti
6. 5 sb susu cair
7. 1 sb mayonis
8. 2 keping cheddar cis (sekeping potong 4). Nak tambah cis mozarella pun sodap
9. sedikit oregano (hiasan atas cis). Campur semua bahan 1-7.. masukkan dlm papercup..letak cis.. tabur sedikit oregano.. bakar suhu 160 selama 10minit..
selamat menjamu selera.
Sumber: noriza Zainal Abidin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club