Apabila bergelar ibu yang menguruskan rumahtangga termasuk menyediakan makan minum anak-anak, tentunya masa itu amat berharga.
Ia termasuk soal makanan. Jika mahu memasak makanan, tentunya mencari resipi yang mudah dan cepat di masak. Paling penting, hidangan digemari seisi keluarga.
Resipi viral yang boleh dijadikan hidangan sekeluarga, iaitu Pizza Roti Telur tentunya membuatkan anak-anak suka.
Nak tahu cara membuatnya, ikuti perkongsian ini.
Ads
_______________________
Ads
Pizza Roti Telur ( dapat 8 paper cup) yang ada Air Fryer tu boleh cuba.. terima kasih pada idea asal Puan Zalekha Zabidi. Resepi ikut selera anak..
1. 2 biji telur 2. 3 keping roti (potong cube) 3. 2 btg sosej 4. 2 sb butter (cairkan) 5. 2 sb sos spahetti 6. 5 sb susu cair 7. 1 sb mayonis 8. 2 keping cheddar cis (sekeping potong 4). Nak tambah cis mozarella pun sodap 9. sedikit oregano (hiasan atas cis). Campur semua bahan 1-7.. masukkan dlm papercup..letak cis.. tabur sedikit oregano.. bakar suhu 160 selama 10minit..
Sejak kenaikkan kes jangkitan Covid-19, banyak gerai makan di menjalankan operasi. Tentu ada yang rindu untuk menjamah makanan kegemaran. Termasuk kuih ketayap.
Memang susah sangat nak jumpa kuih ketayap ni sekarang. Sebenarnya nak buat kuih ini senang je. Cuma kena tahu sukatan dengan betul dan intinya. Jadi bolehlah buat sendiri. Bila teringin buat je di rumah. Buat lebih sikit bagi pada jiran berdekatan.
Ketayap 2 cawan tepung gandum 1 sudu tepung ubi 1 biji telor 2 sudu minyak masak Air Secubit garam Pewarna hijau@air pandan
Cara-caranya: Blend semua bahan-bahan bancuhan agak2 jangan cair sangat jgan pekat sangat..guna kan satu senduk adunkan di kuali..(lenggangkan)..buat sampai habis
Untuk inti kelapa. Kelapa parut separuh Gula merah Gula pasir Secubit garam Sedikit air 1 sudu tepung ubi Sehelai daun pandan Masak gula sampai larut..masukkan kelapa parut..garam tepung ubi..biar kering sikit..siap
Terdapat pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu yang menjadi kegilaan ramai. Apam adalah antara kuih klasik yang digemari oleh seluruh masyarakat Malaysia.
Apam juga mempunyai tekstur yang lembut dan gebu serta rasanya yang tidak terlalu manis juga sangat menjadi kegemaran orang-orang tua serta kanak-kanak.
Tetapi, resipi apam yang dikongsikan oleh nnn kali ini sedikit berbeza dan ekstra lembut. Apam solo atau apam begawan solo ini juga mempunyai inti kelapa manis yang membuatkan ianya lebih sedap.
Jadi, bagi penggemar kuih apam, memang disarankan untuk cuba. Kuih ini juga sangat sesuai untuk anak kecil.
Bagi ibu-ibu yang tak tahu nak masak apa dengan daging yang ada di rumah, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Tahrunnisah Jali ini.
Kak nisa dah cuba DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS hat duk viral sana sini tu..mashaallah tabarakallah mmg merecik bak hang… cuma knisa ada ubah sikit2 untuk sedapkan tekak ni… biasa kalau akak bakar daging utk BBQ mmg mcm ni la..tak perlu banyak bahan..cuma boleh tukar sos ikan tu ke kicap biasa kalau takde..selamat mencuba…
Resepinya Daging Bakar ‘Harimau Menangis’
resepi perapan daging inilah yang mmg saya selalu buat ..mashaallah mmg sedap sangat sesuai utk daging, dan ayam.
Bahan-bahan
2 kilo daging dipotong kecik atau suka hati tak kisah bahagian mana
5 sudu besar sos cili maggi
5 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos black pepper
6 sudu besar sos ikan/ kalau takde ganti ngan kicap biasa
1 1/2 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu gula
1 sudu kecil garam tak perlu banyak
1/2 cawan minyak masak
caranya
Campur kesemua bahan diatas kecuali minyak masak dlm 30 minit.
Kemudian baru tuang minyak masak dan gaul sebati dan perap lagi dlam 2 jam sedia utk dibakar
(#tujuan letak minyak masak utk bagi daging lembut n juicy)
bahan utk sos cili ala thai (hat ni resepi dr resepi viral tu) sos ni tak manis sangat tau ..masam2 manis pedas menyengat.
Bahan Sos
segenggam asam jawa*
1 cawan air suam* – campur keduanya hanya ambil air asam jawanya sahaja
3 sudu sos ikan
1 biji limau nipis
1 keping gula melaka ditumbuk halus
10 biji cili api tumbuk halus nak pedas boleh tambah lagi
8 biji bawang merah kecik dihiris nipis
beras di sangrai (digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
daun ketumbar dipotong halus
garam
caranya
Air asam jawa, sos ikan, gula melaka, cili api tumbuk, bawang merah, beras tumbuk dan daun ketumbar dicampur bersama dalam satu bekas.
Tambah sedikit air masak jika adunan nampak terlalu pekat.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.