





Masak Bubur Nasi Memang Senang, Tapi Nak Dapatkan Kanji Putih Berkilat Ada Caranya!

Jangan ingat masak bubur nasi terlalu mudah, sekadar direbus dengan kuantiti air yang banyak sudah memadai untuk mendapatkan kanji yang enak dan berkhasiat.
Hakikatnya, ada cara dan tip tertentu untuk menyediakan bubur nasi yang sempurna. Hal ini didetailkan oleh Saudara Roslan Mamak Haji, dan bolehlah dicuba untuk anda sajikan bubur nasi kepada ahli keluarga seperti seorang profesional. Jom semak perkongsiannya.
Selepas kita pulih dari sakit, tubuh kita akan berada dalam keadaan lemah, kurang selera makan dan makanan yang kita ambil perlu sesuai dengan selera, mudah dihadam oleh sistem tubuh badan kita untuk mudah mendapatkan tenaga.
Bubur nasi adalah pilihan yang terbaik. Bubur Nasi mudah untuk dimasak, tetapi menghasilkan “Congee” atau “kanji Nasi” yang betul yang berkilat putih dan licin seperti sutera dan sangat harum bukan mudah untuk sediakan. Ia perlukan kemahiran dan teknik masak yang betul.
Peniaga yang menjual bubur nasi ramai dari kita tidak kisah dengan menghasilkan kualiti … janji ia bubur nasi sudah memadai. Kadang ada yang gunakan Nasi ditambah air jadikan bubur.
Kaum Tiong Hua sangat ambil berat tentang masakan bubur nasi atau congee ini ..Congee terkenal dikalangan masyarakat tiong Hua ialah ” Hong Kong Congee” , dengan sebab itu bukan semua restoren mereka sajikan bubur nasi ini. Cuma yang mahir saja jual bubur nasi ini.
Bagaimana cara buat bubur nasi yang paling terbaik?
Cara menyediakan bubur nasi atau Hong Kong Congee:
1. Ambil beras yang diperlukan. Lumurkan sedikit minyak masak dan garam selama 1 jam. Ini kita lakukan untuk memecahkan kulit luar beras. Basuh beras sehingga air basuhan jernih – ini untuk memutihkan hasil bubur kita.
2. Beras telah basuh, toskan airnya dengan penapis. Didihkan air. Air biasanya 4X dari kuantiti beras yang digunakan. Kepekatan bubur boleh diubahsuai mengikut selera anda dangan masukkan air didih ke dalam bubur. Masukkan 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia yang dibuang kulit dan diketuk dalam air yabg anda ingin mendidihkan.
3. Bawang putih untuk haruman kanji dan halia sebagai bahan perubatan untuk buang angin yang digunakan secara tradisional.
Bila air mula mendidih, masukan beras yang telah toskan. Rajin-rajinlah kacau bubur untuk menghancurkan semua butiran nasi…
4.Biasanya mamak haji masukkan serbuk stok ayam dan sedikit garam dan sedikit gula, serbuk lada putih secukup rasa diakhir masakan. kalau anda ingin masukkan isi daging ayam atau daging perlu masak asing dan masukkan dalam akhir masakan bubur. Kalau tidak warna bubur anda.
5. Isi ayam yang dipotong dadu adalah sangat sesuai untuk bubur nasi, kerana warna dan kelembutan yang sesuai ubtuk memudahkan penghadaman. Potong daging ayam bahagian dada kiub yang kecil, masukkan sedikit garam (kicap cair), serbuk lada, gula, sedikit perahan jus limau nipis…dan jangan lupa masukkan minyak masak. Gaul rata dan peram selama 30 minit. Selepas itu goreng (tak perlu masukkan minyak lagi) daging ayam itu dalam kuali. Tak perlu risau daging ayam tak akan melekat pada kuali anda…tujuan kita masukkan minyak masak untuk ini.
6. Masukkan daging ayam telah goreng dalam bubur…daging ayam tidak akan hancur dalam bubur dan rasanya akan lebih enak.
7. Bubur yang mamak haji masak biasanya 500gm beras dengan 6 liter air…7 ulas bawang putih, 2 inci halia dan 5 sudu besar stok serbuk ayam knorr. Isi ayam dalam 250gm.
Ini untuk peniaga nak tambah pendapatan…Hasil yang dapat dari 500gm beras…30 cawan bubur standard…bayangkan untungnya..hahaha. Tapi kena masak sekurang-kurangnya 2 jam…baru hasilnya sangat baik.
sumber : Roslan Mamak Haji
Tak Guna Ikan Pun Boleh Sedap! Wanita Ini Kongsi Resipi Mee Belacan Original Sarawak

Setiap negeri yang terdapat di negeri Malaysia sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri terutama daripada sudut makanan. Kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional juga melambangkan identiti setiap negeri tersebut.
Negeri Sarawak antara negeri yang kaya dengan budaya dan makanan yang unik tetapi sedap. Jika sebut tentang makanan Sarawak, pastinya terlintas difikiran menu mee kolok. Tetapi kali ini menu istimewa yang akan dikongsikan adalah mee belacan Sarawak.
Melalui perkongsian seorang pengguna profil Facebook Dayang Zulaina, berkongsi resipi asli masyarakat Sarawak. Menarik lagi walaupun resipi kuah yang dikongsikan ini juga tidak perlu menggunakan ikan, namun rasanya tetap pekat dan enak. Menu ini juga sangat sesuai dimakan seisi keluarga.
Mee Belacan Sarawak
Bahan-Bahan:
- 1 bungkus bihun (direndam dan dicelur)
Bahan Kuah:
- Bawang merah 5/6 ulas (kalau nak letak lebih pun boleh. Lagi banyak lagi sedap)
- Bawang putih 4 ulas
- Bawang besar 1 ulas
- Cili kering 10 tangkai (kalau tak nak pedas boleh kurangkan)
- Belacan 1 sudu besar (nak sedap pakai belacan Bintulu)
- Sedikit udang kering (boleh gandakan bahan kalau nak buat banyak)
- 1 liter air/lebih
- Gula apong/gula melaka
- 2 sudu otak udang
- 1 sudu teh tepung jagung
- Sos tiram 2 sudu
- Kicap manis dan kicap masin
- Kiub pati ayam
- 3-4 asam keping (kalau suka masam letak lebih)
Bahan Sampingan:
- Taugeh (celurkan)optional
- Timun (hiris nipis)
- Telur padi belah 2/belah 4
- Sotong kembang (celur dan hiris nipis)
- Limau kasturi belah 2
- Kacang tanah (goreng/sangai dan ditumbuk manja je) atau boleh je beli yang dah siap.
Cara-Cara:
– Kisar halus bahan-bahan yang bertanda. Kemudian tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
– Masukan asam keping, kicap,sos tiram,otak udang,gula apong/gula melaka, kiub pati ayam dan air.
– So kat sini kenalah rasa masin, manis, pedas dia. Ngam dengan tekak cun dah tu.
– Akhir sekali masukan tepung jagung. Masak hingga kuah pekat.
– Angkat kuah, hidangkan bersama mihun dan bahan-bahan sampingan seperti dalam gambar.
Sambal Cili
– Cili kering ikut suka nak banyak mana.
– Belacan bakar sikit. Blend dan tumis sehingga masak dan pecah minyak tau.Tambah sikit serbuk secukup rasa Maggie.
Tips: Masa menumis boleh letak dahulu hula apong/gula Melak/gula pasir supaya bahan tumis lagi cantik dan wangi.
Sumber: Dayang Zulaina
Resipi Donat Untuk Newbie! Hanya Guna Sukatan Cawan Aje. Confirm Gebu Gebas & Sedap!

Kuih donat adalah antara menu hidangan yang sering menjadi pilihan anak-anak. Malah buat minum petang memang disukai ramai.
Selain beli dikedai, kuih donat ini sebenarnya membuatnya amat mudah. Sebagaimana resipi ini menggunakan bahan penyediaan secara sukatan. Sesuai sangat untuk yang baru nak cuba buat donat. Jom newbie cuba resipi ni. Memang jadi siap gebu gebas lagi!
___________________________________
Perapan Yis:
1 1/2 cawan air suam- isikan dalam gelas besar @mangkuk, nanti yis berbuih takut melimpah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis Mauripan@saf
1@2 biji kuning telur gred A@B yang dibuang pusat, kacau-kacau dahulu (ni rahsia lembut gebu)
Bahan-bahan lain:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
2 sd makan shortening
2 sd makan marjerin @ (kalau tak ada shortening boleh letak 3 sd makan marjerin, cairkan dan biar sejuk)
2@3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sd teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada
Cara buat perapan yis
Satukan air suam dan gula, kacau hingga gula larut. Masukkan yis dan kacau-kacau sekejap, biarkan 15 minit atau hingga berbuih. Bila yis dah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati siap.
Satukan semua bahan lain
Gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Tuangkan perapan yis yang dah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat. Kalau dah rasa ok tak perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung. Doh mesti lembut melekit-melekit sedikit.
Terus uli dengan cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin. Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas-ramas, sekali sekala picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit.
Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Doh dah tak melekat-melekat pada tangan.
Tutup bekas doh dengan tudungnya atau kain lembap atau plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.
Apabila doh dah cantik kembang, tekan-tekan atau tumbuk perlahan untuk buang angin dan bentukkan dengan bentuk disukai. Samada bentuk donat biasa, bentuk hati atau bentuk bunga. Sentiasa lumurkan tepung pada tangan supaya doh tak melekat pada tangan.
Dah siap bentuk rehatkan lebih kurang 30 minit, bergantung suhu ruang. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar apabila hendak digoreng. Jangan sampai doh terover kembang tau, nanti donat mengecut lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.
Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan, balikkan sekali sekala sahaja hingga masak kedua-dua bahagian untuk dapatkan ring putih pada tepi donat.Jangan kerap balik-balikkan donat nanti hilang ring Putin tu.
Api pulak jangan kuat sangat nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dalam tak masak sepenuhnya. Ingat tu. Angkat donat dan toskan minyak, boleh lapik bekas dengan tisu dapur. Apabila donat dah suam bolehlah salutkan dengan gula, susu tepung+gula atau coklat.
GULA SALUT DONAT:
1/2 cawan Snow Powder @Dusting Powder
Sedikit gula castor
Satukan kedua-dua gula dan kacau rata. Letak donat dalam bekas besar bertutup rapat. Goncang perlahan-lahan hingga gula tersalut cantik.
Kredit: Zurina Kifli