Dulu setiap kali pergi pasar malam mesti beli dadih. Anak-anak tentu suka makan sejuk-sejuk memang sedap. Tetapi sejak pandemik ini tentu susah untuk jumpa orang yang menjual dadih sebegini.
Bagi yang teringin nak makan dadih apa kata buat sendiri di rumah. Tengok bahan-bahan pun mudah aje. Sebagaimana perkongsian resipi oleh puan Niswah Hasina.
Jom lihat resipi ini.
Anak suka dadih susu kambing dekat pasar malam. Balik kita buat. Rasa lebih kurang ja. Makan sejuk-sejuk sat ja habis
Resepi:
Hanya dua bahan saja!
▪1 liter susu kotak.
▪Agar-agar tali yang rm2+ berat 20g. Ambik 1/3 ja:
(Agar2 tu bahagi 3, ambik 1 bahagian ja)
▪Gula ikut suka tahap kemanisanmu
▪Garam secubit.
▪Air lebih kurang 1 liter.
Cara-cara:
Letak agar-agar dalam periuk, masukkan ayaq (ayaq kosong tapis) bagi tenggelam. (Buka api) Dah larut agar-agar. Masukkan susu & gula garam. Bagi panas smpai naik wap panas. Tak perlu tunggu mendidih. Nanti tak cantik pulak susu tu,
Sejuk kan sikit. Tapis dulu. Isi dalam bekas. Siap!
Saya ada update video dadih yang dah sejuk dalam peti. Boleh goyang-goyang dadih tu. Baru cair dalam mulut.
Keluarga: Tentu anak-anak suka. Kudapan sihat untuk anak-anak tiada bahan pengawet.
Sumber: Niswah Hasina
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club