Mudahnya Buat Cili Jeruk.  Tak Perlu Tunggu Lama, Beberapa Jam Hasilnya Dah Rangup & Sedap!

Share

Bagi keluarga anda yang suka makan cili jeruk, bolehlah mencuba cara penyediaan cili jeruk yang cukup mudah ini. Apa yang lebih menarik, anda tidak perlu tunggu lama untuk menikmatinya.

Menurut Naeamah Balqis, hanya selepas beberapa jam penyediaan cili jeruk ini sudah boleh dinikmati dan rasanya sangat rangup.

Nak tahu sendiri rasanya, kenalah dicuba untuk membuatnya.

Buat lagi cili jeruk hari ni… nak makan dengan mee… Cara buat cili jeruk ranggup ni ada kat bawah. Lepas ni buat sendiri je tau.

Cara Buat :

1.Cili hijau – cuci bersih-bersih

  1. Kemudian potong nipis-nipis macam ni..

3.Sambil tu didihkan air, kalau tak nak didih amik air panas. Rendam cili dalam tu…

4.Lepas potong masuk dalam macam ni.. nak kuarkan bijik..alirkan bawah air paip sambil ketuk-ketuk… goyang-goyangkan dia… Insyaallah biji-biji cili akan keluar

  1. Lepas goyang-goyang… biji-biji cili tanggal semua..macam ni.. tinggal la yang degil-degil keras kepala jerk.
  2. Masukkan dalam air mendidih tadi, terus tutup api. Biar duk dalam tu dalam 4..5 minit. terus toskan.
  3. Toskan lepas angkat

8.Masukkan cuka, garam dan gula. Agak-agak sebab takleh nak bagitau banyak mana sebab kuantiti cili kita tak sama.. kalau lebih kurang macam kat atas tu.. garam letak 1 sudu… gula 2 sudu.. cuka..

selepas beberapa jam… ranggup ni..

Sumber : Naeamah Balqis

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club