Sememangnya, limau kasturi, sejenis buah jenis sitrus yang masam, tetapi ia mempunyai manfaat khasiat untuk kesihatan.
Lazimnya jus limau kasturi digunakan untuk masakan dan minuman. Rasa enaknya membuatkan ia digemari ramai.
Selain itu, campuran limau kasturi dengan asam boi juga menjadi kegemaran ramai. Nak tahu, ikuti perkongsian ini.
Cara buat asam boi dengan limau kasturi.
Banyak sangat kat kampung. Maka terjadi lah limau kasturi asam boi. Sedap rupanya. Bila nak minum campur dengan ais..
Resipi dan cara penyediaan:
Masuk dalam bekas, campur garam halus..ramas-ramas manja saja. Sampai kulit limau licin dan lembut. Dalam 30 minit. Lepas tu basuh bersih-bersih.
Kemudian masak air gula . Guna gula perang dan gula biasa. Agak-agak airnya. Jangan cair sangat. Potong hujung limau..buat bentuk x.
Lepas tu buh dalam bekas. Buh asam boi. Tunggu
air gula dah suam. Baru tuang dalam bekas yang dah ada limau. Guna balang kaca ye. Tunggu sejuk baru tutup. Letak kat luar atau dalam peti ais.Selamat mencuba!
Sumber: Juridah Jamal