Mudahnya Bawa Ayah Yang OKU Kerjakan Umrah. 10 Tip Anak Ni Kongsikan, Jadikan Panduan!

Share

Awal-awal lagi ada baiknya kita tanamkan hasrat agar dapat menunaikan umrah bersama ahli keluarga pada tahun ini. Pasti ianya akan menjadi kenangan dan pengalaman terindah dalam hidup kita sekeluarga.

Andai setiap ahli keluarga yang ingin dibawa sihat tubuh badan tentu dirasakan lagi mudah urusannya sepanjang berada di sana, bukan? Pun begitu, bagaimana pula jika ingin membawa ibu ayah atau ahli keluarga yang OKU dan terpaksa berkerusi roda? Tidak dapat dibayangkan bagaimana pula cabarannya.

Hal ini telah dikongsikan oleh Tuan Haji Abdul Jalil apabila berpeluang membuat umrah bersama ayahnya yang juga merupakan OKU ke tanah suci. Ayuh kita baca pengalaman bermakna ini untuk dijadikan panduan sebelum bergelar tetamu Allah bersama ditemani insan-insan teristimewa.


TIPS UMRAH BERSAMA ORANG OKU(Abah saya sendiri)

*Percaya pada qada & qadar bahawa Allah telah memilih kita sebagai tetamu Allah.Maju saja untuk jadi tetamu-Nya(sebab gerak hati dah ada,saya pun sama seperti ini keadaan awalnya)

1)Rujuk agensi tersebut berkenaan pakej umrah dan hotel yang disediakan(pilih pakej yang ada bilik OKU).

2)Bawa kerusi roda sendiri(walaupun memang banyak kerusi roda yang disediakan di mekah dan madinah).

3)Kat lapangan terbang Malaysia-orang OKU & keluarga diberi keutamaan dan ada kerusi roda kecil khas kapal terbang untuk bawa ahli keluarga OKU untuk duduk dalam kapal terbang & boleh request kat pramugara atau pramugari.

4)Tiba Lapangan terbang Jeddah & Madinah(Ahli Keluarga OKU diturunkan dari kapal dan menaiki satu kerusi roda khas kapal terbang dan ditempatkan di kerusi roda masing-masing. Kemudian ada satu kren khas akan bawa turun orang-orang berkerusi roda mahupun orang tua yang tiada tenaga di lapangan tersebut.

5)Bila sampai lapangan terbang Jeddah atau Madinah,kebiasaannya,pengangkutan bagi para tetamu Allah(orang yang akan membuat umrah dahulu atau ziarah dahulu) dengan menaiki bas.Oleh sebab itu,perancangan awal diperlukan untuk kita menempah teksi dari agensi di Malaysia(sediakan duit lebih).

6)Naik teksi hingga tiba di hotel(kalau dari lapangan terbang jeddah) serta perjalanan dari Mekah ke Madinah,kos agak tinggi(tapi inilah namanya perjalanan hamba menjadi tetamu tuhan) dan begitulah sebaliknya dari Madinah ke Mekah.

7)Keadaan Hotel,diawal tadi saya terangkan, ambillah pakej yang terbaik dan selesa yang menyediakan bilik & tandas OKU sama ada di Mekah dan Madinah(tak kisah hotel apa,rujuk dengan agensi)

8)Situasi Di Mekah dan Madinah,memang mudah untuk dapat laluan OKU,bagi saya di Madinah,layanannya lebih baik kerana pengalaman di Raudah(senang saja abah saya dan saya masuk siap diiringi lagi,alhamdulillah)

9)Kebaikannya dan hakikat dari pengalaman ini,setiap orang yang berkerusi roda(macam abah saya yang tiada kekuatan untuk berjalan) mampu laksanakan umrah wajib dan umrah kedua(bermiqat di tan’im dengan naik teksi dan niat pun dalam teksi) dengan jayanya.Kontranya adalah ziarah tempat-tempat di Mekah dan Madinah yang menggunakan bas memang tak dapat diikuti oleh abah saya(tak mengapa,yang penting,ibadatnya).

10)Kesimpulannya,kalau berkemampuan,memang saya galakkan anda pergi walaupun keadaan anda berkerusi roda atau lumpuh.

Tambahan: Sediakan bajet lebih kurang 1000 riyal atau lebih(untuk tambang pengangkutan saja tapi mesti ada bakinya tu) & ubat-ubatan jangan lupa bawa(kalau itu satu keperluan) & bawa spray air(untuk senang berwudhuk).Akhir sekali,perlukan teman sama ada anak atau isteri atau saudara mara yang boleh membantu orang OKU tersebut dalam segala urusan seperti urus diri,menolak kerusi roda dan lain-lain(orang yang membantu kena kuat raga serta jiwanya)

Pengalaman saya yang tak boleh dilupakan,setibanya di Jeddah(sebab ambil pakej umrah Mekah ke Madinah),para jemaah,memang perlu naik bas untuk ke hotel,hakikatnya agak bingung untuk bawa abah saya naik tangga bas yang tinggi(1st time),nak jadikan kisahnya,mampu pula angkat abah saya(dalam gambar tu) naik bas.Akhirnya,sama-sama bertiga orang(abah,ibu dan saya) berfikir untuk mudahkan perjalanan kami. Alhamdulillah,penyelesaian adalah tips2 tadi serta perjalanannya mudah dari awal sampai akhir.Hal ini,begitu cekal bonda saya kata “Boleh je”.Maka semuanya boleh sampailah seusai umrah kami bertiga sekerluarga.

Hakikatnya,banyak pengalaman yang indah di Haramain.

“Semoga Aisamuddin Yusoff dan Sekerluarga dipermudahkan untuk menunaikan haji pada masa yang terdekat ini.Amin..”

Sekian saja, yang merindui Haramain.

sumber : Umrah SH Travel-Haji Abdul Jalil