Mudahkan Urusan Isteri, Allah Akan Mudahkan Urusanmu. Deep Perkongsian Ni, Moga Terinspirasi!

Share

Mungkin masih ada suami yang tak menyedari dan beranggap isteri itu hanya sekadar peneman hidup semata-mata. Sedangkan hadirnya wanita bergelar isteri di sisi suami begitu besar maknanya. Mana ada orang yang boleh terima baik buruk suami kalau bukan isterinya, malah mana ada orang yang sanggup bertarung nyawa kerana ingin melahirkan zuriat hanya kerana rasa cintanya kepada suaminya. Oleh itu, santuni dan bahagiakanlah isteri selayaknya.

Di sini turut dikongsikan sedikit pesanan buat lelaki bergelar suami agar menyantuni dan membahagiakan isteri sebaiknya sebagaimana pesanan سيتي نور ايلي di akaun fbnya. Menurutnya, Bahagiakanlah Isteri. Allah Akan Lancarkan Rezeki Bagimu. Mudahkanlah isteri. Allah akan mudahkan urusanmu. Didiklah isteri. Allah akan jamin syurga untukmu.

Isteri Saham Akhirat

Berapa ramai orang membebankan isteri. Berapa ramai yang menyusahkan isteri. Berapa ramai tidak mendidik isteri. Maka sukarlah jalan hidupmu sepertimana sukarnya isterimu meniti hidup ini sedang dia sebagai isteri tetap senyum, redha dan kuat. Walhal fitrahnya bukan begitu.

Isteri saham akhirat. Beruntung bagi yang menyedari.

Jaga Isteri…Memang Susah. Memang Penat. Memang Rasa Rimas. Suka Membebel. Suka Marah-Marah. Suka Merajuk.

Tapi,

Ketahuilah ..Mulut yang bising itulah yang banyak menenangkan kamu. Mulut yang bising itulah memeriahkan rumah kamu. Mulut yang bising itulah yang banyak menyedarkan kamu .

Dan,

Individu yang kuat merajuk itulah mendidik rasa sabar kamu. Wanita yang bising itulah yang banyak membelai kamu. Wanita yang bising itu jugalah yang banyak memeluk kamu.

Dan ,

Wanita yang bising itulah banyak bersama kamu. Tanpa mengira susah atau senangnya kamu. Tanpa mengira bertapa dia terluka dengan cara layananmu.

Dan nasihatku ..

‘Hargailah isteri seperti seorang ibu ‘

Kerana, kamu akan mengerti ..Bertapa berharganya mulut bising itu ..Ketika kamu kehilangannya .

Dan ketahuilah. Kamu pasti akan merindui bebelannya.

Hargailah isteri anda mulianya seorang isteri di sisi Allah… dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…

Dan

Jika nama ‘dia’ yang tertulis di luh mahfudz untuk kamu, maka Allah akan tanamkan rasa cinta pada keduanya. Tak perlu takut. Kuatkan hati dan terus berdoa.”

Harga seorang isteri ; hargailah mereka…….

Ramai yang lupa pesan rasulullah:

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya (isterinya). Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluargaku (isteriku).”

Sumber : سيتي نور ايلي

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club