Mudah Tanam Dan Senang Jaga Bendi Ni, Hasilnya Pun Sekejap Je. Lelaki Ini Kongsikan Tip!

Share

Buat mereka yang suka makan bendi sebagai ulam, memang patut tanam bendi. Sebenarnya cara nak tanam bukannya susah, senang aje. Malah hasilnya pun sekejap je.

Nak tahu cara mudah tanam bendi, ikuti cara lelaki ini. Lebih menarik hasil tanaman bendinya subur walaupun tanam di tepi halaman rumah. Hari-hari boleh makan bendi buat ulam.

Tanam bendi di tanah sekangkang kera tapi bendi tetap subur berbuah! Jom ikuti


ikut tip dikongsi oleh Theamrie Arm

Tanah sekangkangkera, bendi tapi tak berhenti. Ni baru sebelah kiri rumah. Sebelah kanan rmh byk lg.
Memandangkan ramai tnya mcm mn nk tanam bendi,ni sy bg sedikit tips yg sangat senang.

Tips tanam bendi:

1.Ambl 2 biji benih bendi yang dibeli di kedai RM2 (beli dlm packet kedai eco je) atau shopee. 
2. Masukkan dlm tanah sambil selawat..siram setiap hari ..dlm beberapa hari akan keluar tunas.
3. Maintain je siram smp besar sikit baru buh baja sedikit keliling pokok dlm beberapa minggu akan keluar bunga bendi n lps tu boleh la lihat hasil..mudah n sng.


Tempoh semai sehingga berbuah lebih kurang 7minggu.

Masa semai jangan letak baja sampai pokok besar. Saya semai 1mei.. pertengahan bulan 6 dah keluar hasil. Pokok yg mudah hidup tak perlu tanam dalam polibag.
Siram hari-hari.

BAJA

Baja yang digunakan. Bila poko bendi dah tinggi 1kaki ..letak 4,5 biji je baja. Jangan letak dekat. Sebulan sekali.

SEMBURAN HALAU SERANGGA

Spray halau belalang Hijau kecik bawah daun dan ulat makan daun.

Tak rugi tanam, hasilnya berbuah lebat tanpa henti. Hari-hari boleh masak sayur bendi dan buat kari atau rebus buat ulam. Selamat bercucuk tanam.

Sumber: Theamrie Arm

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club