Menikmati rasa Dimsum bagi penggemar makanan chinese food memang tidak dapat dinafikan. Tambahan pula rasa isinya yang pelbagai memberi rasa yang tersendiri bagi setiap menu dimsum yang dimakan.

Boleh dimasak sama ada menggunakan kaedah kukus mahu pun digoreng, kedua-duanya menjanjikan keenakan rasa untuk disajikan ketika minum petang mahu pun sarapan.

Pun begitu bukan semua mahir untuk membuat dimsum ini dan untuk memudahkan anda sebenarnya anda boleh sahaja menggunakan kulit dumpling yang ada dijual dipasaran untuk menyediakan dimsum yang enak dengan mudah.

Mudah Sangat Nak Buat Dimsum. Guna Je Dumpling Pastry Ni, Memang Cepat Penyediaanya!

Ini sebagaimana perkongsian daripada Nadzirah Ismail berkenaan cara penyediaan dimsum dengan mengggunakan kulit dumpling yang sedia ada dipasaran cukup ringkas dan cepat disediakan. Info tersebut dikongsi olehnya di group MAHN, nyata menarik minat ramai warganet untuk mengetahuinya. Maklumlah jika ada yang pernah membuat dumpling memang tahulah agak leceh untuk menyediakannya, bukan sahaja perlu membuat bahagian kulit, inti malah sosnya juga.

Untuk yang ingin mencuba membuatnya, di sini dikongsikan infonya untuk memudahkan anda menyediakan dumpling dan seterusnya menyediakan menu dimsum untuk dimakan pada bila-bila masa.

Ads

Mudah Sangat Nak Buat Dimsum. Guna Je Dumpling Pastry Ni, Memang Cepat Penyediaanya!

Inilah dia kulit dumpling yang sedia ada dijual di pasaraya. Biasanya kulit dumpling ini diletakkan di bahagian yang jual tofu,fish ball,fish cake dan seangkatan dengannya.

Selain itu jangan lupa juga untuk membeli sos ini untuk digandingkan dengan dimsum yang dimasak nanti.

Mudah Sangat Nak Buat Dimsum. Guna Je Dumpling Pastry Ni, Memang Cepat Penyediaanya!

Ads

Cara penyediaan isi dumpling

Isi ayam bahagian dada blend bagi halus
Carrot potond dadu
Bawang besar potong dadu
Isi ketam
Daun bawang / daun sup
Kiub pati aym / garam

Mudah Sangat Nak Buat Dimsum. Guna Je Dumpling Pastry Ni, Memang Cepat Penyediaanya!

Gaul mesra dan kemudian bolehlah diletakkan di tengah-tengah kulit dumpling dan bentukkan seperti yang ingini. Menurut Nadzirah amat mudah untuk melekatkan bahagian klim tersebut tanpa menggunakan bahan lain memandangkan ia  melekat sendiri masa dikelim.

Ads

Mudah Sangat Nak Buat Dimsum. Guna Je Dumpling Pastry Ni, Memang Cepat Penyediaanya!

Kemudian bolehlah dikukus hingga masak untuk dinikmati bersama sos tadi. Memang mudah dan cepat bukan? Bahkan lebih menjimatkan. Menurut Nadhirah, dengan bermodalkan tidak sampai RM15 dia dapat makan berulang-ulang.

Jadi buat anda yang gemar makan menu ini, bolehlah mencuba untuk menyediakannya sendiri.

Sumber : Nadzirah Ismail via MAHN  

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI