Untuk menjadi ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak sahaja tetapi banyak perkara yang perlu dilakukan agar anak-anak membesar dengan sikap cakna yang baik dalam diri.
Namun, dalam tempoh membesarkan anak ni, ada cabaranya salah satunya karenah anak-anak yang boleh mengundang kemarahan ibu bapa.
Dengan tekanan persekitaran, hidup, masalah kewangan dan kerja, ada segelintir ibu bapa tidak dapat mengawal kemarahan. Anak pula yang menjadi mangsa, walaupun hanya kesalahannya kecil sahaja.
Menurut Puan Farhana, melalui perkongsiannya, ada ibu bapa bersikap baran dan mudah mengamuk, tapi akhirnya menyesal dengan perbuatannya.
Siapa yang tak sayang anak-anak, tapi kadang kala, hilang sabar dibuatnya.
Nak tahu cara hadapi situasi ni, baca panduan ni.
Ikuti perkongsian kaunselor sekolah ni, Puan Farhan di laman facebooknya.
Anda jenis ibu bapa yang baran, mudah hilang sabar, mudah mengamuk?
Kemudian anda rasa dah menyesal?
Baca panduan di bawah ini:
Di bawah ini ada beberapa perkara yang anda boleh buat
MAAF
1.Minta maaf dengan anak anak.
Minta maaf sungguh sungguh dan akuilah kesilapan yang anda pernah buat pada anak anak.
Apa sahaja yang anda pernah buat, pernah termarah ke terpukul ke.
Peluklah anak sungguh sungguh sambil anda ucapkan kata maaf
TERANGKAN
2.Terangkan keadaan anda pada anak.
Buat anak anak faham kenapa anda mudah sangat marah atau mengamuk.
Beritahu juga pada anak kondisi diri anda yang mungkin buat anda jadi begitu. Mungkin anda letih atau stress.
Jangan terkejut tau, bila anda tengah marah tiba tiba anak bawa air untuk tenangkan diri anda.
BANTUAN
3. Minta bantuan anak
Minta bantuan anda untuk bantu anda handle emosi anda.
Ada orang bila dia tengah marah, dia tak boleh tengok anak anak ada di depan mata.
So, mintalah anak untuk segera menyelamatkan diri bila anda marah.
Atau, mungkin juga anda boleh suruh anak anak untuk ingatkan diri anda jangan marah marah.
Saya percaya bila anak anak ingatkan anda, mesti anda mudah ‘sedar’
Paling mudah suruh anak peluk anda bila mana anda hilang kawalan. Ibu bapa mana yang tidak lemah dengan pelukan anak kan
DOA
4.Minta anak anak doakan anda, supaya anda dapat meningkatkan kesabaran dalam mendidik mereka.
Minta juga anak anak doakan anda agar anda dapat melihat sisi kebaikan pada diri anak anak.
Semoga yang bergelar ibu bapa muhasabah diri.