Selain durian, rambutan dan manggis, cempedak juga antara buah yang menjadi kegemaran ramai. Setiap kali tiba musim buah ini, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membeli. Bagi yang memiliki dusun pasti ini menyeronokkan. Boleh menambahkan pendapatan sampingan hasil jualan buah ini.
Bagi anda yang gemarkan buah cempedak, tetapi mungkin ada yang tak tahu cara pilih cempedak yang betul.
Ini antara tips yang dapat membantu kita memilih cempedak yang elok dan banyak isinya.
5 CARA PILIH CEMPEDAK YANG BAGUS, MANIS & BANYAK ISI
1. TENGOK ‘MATA’/ DURI KULIT
Antara pesan paling popular yang mak-mak kita pesan ialah kena perhati pada kulitnya. Kena pilih yang ‘mata’nya tumpul-tumpul, besar-besar dan jarang-jarang. Barulah isi dalam tu banyak.
Jangan pilih yang ‘mata’nya tajam-tajam dan rapat-rapat, itu bermaksud jerami dia yang banyak.
2. TEKAN KULIT RASA ISI DALAM
Selain tengok pada ‘mata’ kulit tadi, kita juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya.
Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Jadi pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
3. WARNA KEKUNINGAN, TANGKAI COKLAT
Kita boleh tengok pada warna kulitnya. Cempedak yang dah masak dan matang ni warna kuningnya nampak lebih dominan.
Kalau cempedak yang dijual masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, jangan pilih yang tu sebab di dalamnya masih muda.
Boleh tengok warna tangkainya jugak. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya dah masak.
4. BAU AROMA MENYENGAT
Macam durian, cempedak ni memang wangi. Yang masih separuh matang pun biasanya dah mula berbau wangi.
Tapi bezanya, cempedak yang dah betul-betul masak ni aromanya lagi menyengat dan wangi.
Jadi pilihlah yang betul-betul harum dan wangi. Barulah manis dan boleh makan terus. Goreng pun sodap!
5. YANG BERAT LEBIH SELAMAT
Antara kesilapan yang mungkin kita buat masa beli cempedak ni ialah nak beli yang kecil atau ringan sebab nak jimat. Takut mahal bila ditimbang nanti.
Jangan sebab nak murah, anda pilih cempedak yang kecil atau lebih ringan. Untuk selamat pilih buah yang berat kerana ini menunjukkan ia banyak isi.
KULIT CEMPEDAK PUN BOLEH MAKAN
Selain isi ulas buah cempedak, bahagian empulur dan kulit buah cempedak pun boleh dimakan.
Jadi janganlah terus buang je kalau dapat yang sikit isi buahnya.
Kulit buah cempedak boleh dibuat masak lemak, jeruk atau Mandai. Mandai ni sedap kalau digoreng bersama cili dan bawang.
Orang kata memang sedap kulitnya ni… Rasanya lemak-lemak manis je. Yang tak pernah cuba, bolehlah cuba.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster
Sumber: Sirap Limau