Mudah Je Nak Buat Resipi Pepes Ayam Ni, Sedap Pula Tu. Buat Sendiri Di Rumah Lagi Jimat!

Share

Pernah tak makan Pepes Ayam? Sedap kan layan waktu masih  panas-panas.

Menu ini sesuai jika nak dijamu sebagai sajian minum petang atau sajian makan malam terutama jika anda tak suka menu berat.

Kalau beli, harganya boleh tahan. Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri guna resipi  yang dikongsikan Nur Izzati Zulkifli ini. Tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!

Alhamdulillah..pertama kali cube buat pepes ayam..teringin sgt2..menjadi..cukup sume rase..cume cara lipat tu jew..hahahahaa..

Resepi pepes ayam

Bahan-bahan

Isi ayam(blend kering smp lumat)

Telur 2 biji

Bawang merah 5 biji*

Bawang putih 6 ulas*

Halia 1 inci*

Kunyit hidup 1 inci*

Jintan manis 2 sdb*

Jintan putih 2 sdb*

Ketumbar 2sdb*

Serai 3 batang*

Cili boh 1 senduk

Daun pisang

Garam

Gula

Serbuk perasa

Santan kotak setengah kotak kecik

Isi ayam tu lps blend kering ketepikn bersama telur 2 biji

Kisar semua bahan yang bertanda *

Cara membuat:

1) Panaskn sedikit minyak..masukkn bahan blend(kecuali isi ayam blend dan telur) dgn cili boh 1 senduk..masak sehingga pecah minyak..minyak jgn bnyk yew..agak2 jew..lepastu masukkn santan setengah kotak..

 

2) Perasakan dgn garam,gula n serbuk perasa

3) Dh masak ketepikn kt dlm bekas sehingga sedikit sejuk

4) Bila dh sejuk campurkn dgn isi ayam blend dgn telur 2 biji

5) Gaul sehingga rata

6) Potong daun pisang(layorkn sekejap)

7) Letakkn 1 sudu bahan2 td kt atas daun pisang dan stapler atau cucuk lidi

8) Kukus kan selama 20 min

9) Siap kukus dh boleh bakar sekejap

Siap…


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

“Percutian Singkat Tapi Bermakna, Peluk Cium Anak Sendiri.” 2 Biji Kek Jadi Perhatian, Ibu Dr Amalina Syukur Kejutan Menjadi!

BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara