Mudah je Nak Buat Kuetiau Rupanya. Guna 3 Bahan, Elok Kejadiannya. Bersih, Suci & Halal!

Share

Nak cuba belajar buat kuetiau sendiri? Jangan bimbang, resipi ini cukup mudah. Hanya guna tiga bahan je, dan cara buat pun simple. Sesuai untuk ibu-ibu yang baru nak cuba.

Jom kita cuba buat dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh puan Hanita Isman ini.

Salam Jumaat semua.. Jom buat kwayteow(kuetiau) di dapur sendiri.. dijamin bersih.. suci dan halal. Nak bagi family makan pun senang hati kan? Nak resipi tak? Ke semua orang dah tahu? Cer komen sikit sape yang nak tu..

Atas permintaan ramai saya share resepi di post asal:

OK ni ya resipinya.. Mudah je..

Bahan-bahan:
500gm tepung beras
250gm tepung ubi
1.5L air

Cara membuat:

  • Bancuh semua bahan dan tapis.
  • Lepas tu, kukus dalam dulang macam kukus laksam tu 3 minit.
  • Angkat dan tunggu sejuk sikit baru keluarkn dari dulang.
  • Sapu minyak sebelum dilapis ya.

Selamat mencuba 🙂


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster