Resepi Kuey Teow Theng yang sangat mudah. Jom cuba hasil perkongsian puan
BAHAN-BAHAN
Kuey Teow
Ayam
Cili flakes
Daun Bawang
Daun sup
Bawang putih
Siew Pak choy
Fish ball
Fishcake
Lada sulah
3 sekawan
kiub pati ayam
Bwg merah
Bwg putih
Halia
air scukupnya
Cara- Cara
1.Tumis bwg putih, bwg merah dan halia yg dikiisar Serta 3 sekawan. Setelah naik bau masuhkan air Didihkan, masukkan kiub ayam kemudian masukkan isi ayam, bila isi ayam dah masak keluarkan isi ayam separuh , bila dh sejuk carik-carikkan ayam tersebut.
2.Masukkan fishball dan fishcake rebus sekejap dan toskan. Hiris nipis.
3. Kuah tadi tambah perencah sup, lada , garam , daun sup. Masak seperti masak sup biasa.
Cara buat minyak bawang putih
1. Cincang 1 labu bawang putih.
2. Panaskan 1 senduk minyak, bila minyak. Dah panas masukkan bawang putih yang di cincang , goreng sehingga bawang kekuningan.
Cara buat kicap sambal kicap
1. Blend cili padi dan bawang putih gaul dalam kicap manis , perah limau kasturi. Ltk sedikit gula jika suka pedas Manis.
Celur sekejap sawi sehingga layu dan toskan.
Celur keoy teow dan toskan.
Selamat mencuba
Demi Gegar Vaganza” ‘ Abang Asmara’ Sanggup Belajar Gelek. Rupanya Ini Penyebabnya Buat Netizen Kagum.
Kini ‘demam’ gegar vanganza telah bermula yang menyaksikan otai-otai dunia seni memperdengarkan vokal masing-masing.
Begitu juga dengan penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, sGegar Vaganza musim kelapan (GV8) demi anak bongsunya, Alayna Selma, 4, yang tidak pernah tahu dia seorang penyanyi. Fazley yang terkenal dengan ‘Trademark’ Abang Asmara .
Terbaru dalam posting terbaru di Instagramnya, beliau nekad untuk mempelajari tarian untuk memantapkan lagi persembahannya.
Mengakui persaingan sengit dan kencaman beliau positif dan akan memberikan persembahan buat terbaik untuk keluarga dan para peminatnya.
Buat semua yang begitu banyak memberi saya semangat dan sokongan di dalam @gegarvaganzaofficial terima kasih banyak tak terhingga! Dari abang2 dan kakak polis, ke makcik2 penyapu lantai, juga abang2 pencuci tandas hingga ke geng2 industri F&B, malahan dimana2 saya berada rata2 memberi saya semangat dan sokongan.
Tak saya nafikan, saya berasa sangat kerdil di atas pentas hebat yang menampilkan rata2 peserta yang sememangnya pemenang pelbagai anugerah pertandingan nyanyian dan muzik. Saya? Saya hanya juara pertandingan masakan #masterchef , yang kebetulan pernah menjadi penyanyi rakaman BUKAN pemenang pertandingan vokal.
Belajar menari
Namun, janji saya pada anak2 dan penyokong, saya akan tetap berusaha untuk membuat lebih baik setiap minggu selagi diberi peluang untuk bertahan.
Minggu ini ramai juga yang DM saya bertanya saya tak marah ke “di sidai” lama di atas pentas sedangkan saya memang ketara 3 markah terendah. Jujur saya nyatakan, saya tak rasa apapun, hanya bersyukur bekali2 kerana masih di berikan peluang untuk ke minggu seterusnya.
Saya sedang cuba belajar menari ni, sebab ramai yang minta saya bergelek atas pentas. Kelas vokal saya tetap pergi untuk mengasah semula nyanyian saya yang dah hampir 10 tahun tak menyanyi di atas pentas ‘live’.
Terima kasih semua yang menyokong dan mendoakan saya ya?
Caranya itu membuatkan peminat kagum usahanya itu. Rata-rata mendoakan agar beliau memberikan persembahan menarik di GV 8.
Sumber: fazleyyaakob
“Resipi Abang Berniaga 15 tahun.” Lelaki Ini Kongsi Resipi Tepung Pisang Goreng Jadi Rangup, Warganet Beri Pujian Tak Lokek Ilmu Masakan.
Pisang goreng menjadi kudapan kesukaan ramai sejak lama. Nak buat pisang goreng, paling utama adalah tepungnya. Kalau tepung bancuhan tu sedap, maka sedaplah pisang goreng tu.
Menerusi facebook Yayar B. Awang Noh, lelaki ini berkongsi rahsia membuat bancuhan tepung membuat pisang goreng jadi rangup sampai ke petang.
Beliau yang merupakan peniaga tidak lokek ilmu masakannya daripada abangnya yang berniaga hampir 15 tahun.
Ikuti resepi pisang goreng rangup ini.
Resipi pisang goreng rangup
Salam semua..musim pkp nie payah nk mkn pisang goreng kan… Dengan ini saya izinkan berkongsi resipi tepung pisang goreng yg rangup… Doakan sy sekeluarga dimurahkan rezeki..
Ini resipi abg sy niaga hampir 15tahun
Tepung beras 3 paket(1.5kg)
Tepung gandum 500g
Garam secubit
Gula sesenduk kecil
Kapur sebesar ibu jari
Telor.sebijik
Dan serbuk kunyit satu sudu
Bancuh jgn terlalu cair.. pekat sedang2 ngam..
Sumber: Yayar B. Awang Noh
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Tak Sempat Jumpa Mak, Tahu-Tahu Balik Rumah Kosong.” Ibu Ditahan Akibat Dadah, Budak 12 Tahun Sendirian Di Rumah Usang.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tatkala anak-anak lain seusianya cukup kasih sayang dan ada tempat tinggal yang sempurna, dia pula tak ubah seperti gelandangan.
Dalam usia baru 12 tahun, dia terpaksa tinggal sendirian dalam rumah usang tanpa kehadiran ibu dan ayah di sisi. Biarpun masih punya ibu dan ayah juga saudara mara, namun dia tidak mahu menyusahkan hidup sesiapa dengan masalahnya.
Begitupun, sepanjang tinggal di rumah sendiri, bapa saudaranya kerap membantu dengan menghantar makanan setiap hari.
“Saya tak nak menyusahkan orang, mereka pun bukan orang senang. Tipulah kalau saya tak sedih…tak takut duduk seorang-seorang, tapi nak buat macam mana, reda sajalah,” kata Mohd Firdaus Abdullah.
Adakalanya dia terpaksa tebalkan muka menumpang tidur di rumah kawan dan membantu penduduk kampung melakukan kerja rumah bagi mendapatkan upah.
Kehidupan itu terpaksa dilalui Mohd Firdaus sejak dua minggu lalu selepas tinggal seorang diri di rumah sewanya di Jalan Intan, Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi.
Dia yang sudah tidak lagi bersekolah sejak Oktober tahun lalu, tinggal sendirian selepas ibunya ditahan dalam satu operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), awal bulan ini.
Ketika ditemui, dia berkata, ibu dan ayahnya telah lama berpisah dan selepas berkahwin baharu, ayah tirinya juga meninggalkan mereka kira-kira lima tahun lalu.
“Saya anak tunggal, jadi selama ni memang duduk berdua saja dengan mak, tapi dua minggu lalu ada kawan beritahu yang mak dah kena tangkap sebab dadah.
“Saya tak sempat pun jumpa mak, tahu-tahu balik rumah dah kosong, tak ada orang pun,” katanya.
Menurutnya, kerana takut tinggal sendiri, dia menumpang tidur di rumah kawan baik yang juga rakan sekelasnya dahulu, dikenali sebagai Syafik.
“Keluarga Syafik baik, kebetulan mak dia dan mak saya kawan, bila mereka kena balik kampung, saya pun balik la semula ke rumah,” katanya.
Apa yang menyedihkan, rumah bersambung tiga pintu jenis papan yang turut didiami dua penyewa lain itu telah terputus bekalan elektrik dan air sejak dua tahun lalu.
Mohd Firdaus berkata, sepanjang tempoh itu, rumahnya hanya diterangi cahaya lilin dan mereka terpaksa mandi di tandas stesen minyak berdekatan.
“Memang macam ni lah kehidupan kami, lepas berhenti sekolah, saya tolong sapu daun kering dan bakar sampah di rumah orang, dapatlah upah RM3 ke RM5, mak pula kerja cuci-cuci, orang kampung pun banyak tolong, ada yang bagi duit belanja untuk kami makan,” katanya.
Bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jati ini juga menyatakan keinginannya untuk kembali ke sekolah.
“Memang saya nak ke sekolah, boleh jumpa balik kawan-kawan, dulu saya terpaksa berhenti sebab banyak sangat masalah,” katanya.
Ibu Mohd Firdaus berusia 42 tahun difahamkan kini berada di Penjara Tapah manakala kali terakhir dia mendapat perkhabaran ayah kandungnya berada di Negeri Sembilan.
Kisah kanak-kanak ini tular di media sosial menerusi perkongsian Presiden Persatuan Budak Bas Stand Ipoh, Amiruddin Mohd Daud di Facebook.
Amiruddin, 58, yang lebih dikenali sebagai Tok Anjang berkata, dia menerima panggilan daripada bapa saudara kanak-kanak itu yang meminta bantuan penjagaan sementara.
Menurutnya, tindakan itu kerana bimbang dengan keselamatan diri Mohd Firdaus selepas rumah berkenaan dipecah masuk penjenayah beberapa hari lalu.
“Mujurlah yang hilang hanya dapur dan tong gas, tetapi keadaan rumah dan kanak-kanak ini sangat tidak terurus.
“Kebetulan persatuan kami ada rumah wakaf yang digunakan sebagai rumah transit, jadi untuk sementara kami tempatkan dia di situ, adalah juga orang tengok-tengokkan makan minum dan pakaiannya.
“Rumah yang kami beri nama Rumah Bigbro itu baru enam bulan beroperasi khusus untuk ahli persatuan, orang bermusafir atau yang yang kurang mampu jadikan penempatan sementara,” katanya.
Beliau berkata, keadaan Mohd Firdaus telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak dan mereka mengesyorkan agar kanak-kanak itu ditempatkan di mana-mana asrama rumah perlindungan.
“Semua maklumat telah diambil JKM dan kita tunggulah nanti apa tindakan seterusnya.
“Kita nak dia duduk di tempat yang selamat yang membolehkan kebajikannya terbela termasuklah keperluan pendidikan,” katanya.
Terbaru, adik Mohd Firdaus bakal tinggal di rumah anak yatim atas bantuan Tok Anjang. Berita itu dikongsikan oleh beliau menerusi laman facebooknya.
Sumber: SinarHarian & Tok Anjang