
Semua wanita punya masalah yang satu ni. Apa lagi kalau bukan melipat pakaian yang sudah siap dibasuh.
Menggunung tingginya gara-gara mengumpul pakaian terlalu lama. Pun begitu, cara paling efisyen lagi tersusun kemas adalah dengan menggantungkan kesemua baju. Tak perlu nak lipat!
Jom cuba tip yang dikongsikan ini dengan menggunakan batang penyapu. Bukan sahaja baju kemas tersusun malah dapat menjimatkan ruang.
Nok guna batang paip takut lentur…ni ada idea batang penyapu….
Sesiku pun ada banyak lebih masa buat rak di kedai..pallete katil g tak guna pun masih elok lagi..kiro jadi lah ni….
Simpan sini dulu mudoh nok tiru
Sumber : Ila Kay
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club (https://t.me/keluargagaderclub)
Lipatan Cadar Nak Nampak Kemas & Seragam Dalam Almari, Wanita Ni Kongsi Tip & Stepnya. Boleh Follow!

Sebagai seorang isteri tugas kita di rumah memang pelbagai dan sudah menjadi lumrah orang perempuan sukakan kecantikan dan kebersihan. Kalau boleh bab mengemas dan melipat pakaian pun nak juga nampak cantik dan kemas. Barulah sedap mata memandang tiap kali pintu almari dibuka.
Menyusun pakaian di dalam almari mungkin ada yang merasakan begitu mudah untuk dilakukan, tapi untuk pastikan setiap lipatan seragam dan tersusun rapi itu ada cabarannya dan perlukan skil yang tersendiri. Apatah lagi jika melipat cadar yang mempunyai ukuran yang lebih besar berbanding pakaian lain.
Umumnya cadar ada pelbagai saiz seperti single, quen mahu pun king yang sudah tentu sahaja sangat besar dan akan menimbulkan rasa kepayahan untuk dilipat kemas. Oleh itu, bagi memastikan setiap lipatan cadar adalah seragam di dalam almari bolehlah jadikan teknik yang dikongsikan oleh Puan Muhaszlina Sanip ini sebagai panduan.
Menurut perkongsian kisah daripadanya, cara yang dipraktikkan ini turut diminta oleh ibunya untuk diajarkan kepada bibik ibunya itu. Bahkan Puan Muhaszlina ada menyatakan sebenarnya dalam melipat cadar ini apa-apa cara pun boleh, tiada yang betul mahu pun salah. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Namun pada sesiapa yang ingin tahu dan mengikuti cara yang dikongsikan ini, dipersilakan. Begini Langkah-langkahnya :
Step 1 : Temukan bucu ke bucu
Mula-mula, temukan bucu ke bucu.
Step 2 : Kemaskan
kemaskan bucu lagi satu juga.
Step 3 : Jadikan segi empat
Sampai jadi segiempat camni.
Step 4 : Masukkan lipatan ke bahagian dalam
Ambil bahagian berkedut dan bahagian bergetah tu dan masukkan ke bahagian dalam cadar. Kemaskan.
Step 5 : Lipatkan bahagian bawah
Lipat bahagian bawah tu. Kalau cadar single boleh skip part ni. Kalau cadar Queen, kecilkan lipatan bahagian bawah tu.
Step 6 : Lipatkan bahagian atas
Lipatkan bahagian atas pula. Sampai jadi camni. Kemaskan.
ARTIKEL MENARIK :Pembuka Pintu Rezeki, Buat Ni Rezeki Makin Berlipat Ganda. Rugi Tak Buat Kalau Dah Tahu!
ARTIKEL MENARIK LAGI :Sidai Kain Yang Berlambak, Sekejap Je Ibu Ni Siapkan. Begini Triknya!
Step 7 : Lipat lagi & letakkan sarung bantal
Lipat lagi..dan susun sarung bantal ke bahagian dalam lipatan cadar.
Step 8 : Siap!
Ini contoh susunan dalam almari. Cadar akak ni ada banyak size. Ada size Queen dan Super Single. Apa yang penting, size lebar lipatan cadar tu kena sama besar supaya bila kita susun dalam almari, cadar kita elok jer dan tak tumbang.
Sumber : Muhaszlina Sanip
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bila Besar Anak Akan Berterima Kasih Pada Ibu Ayah Jika Buat Begini Masa Mereka Kecil. Rugi Kalau Kita Lepas Peluang Tu!

Dalam mendidik anak-anak, kita sebagai ibu ayah turut berasa bimbang andai apa yang kita lakukan selama ini tidak sempurna untuk membimbang anak-anak menjadi insan yang berguna. Besar harapan kita juga agar setiap pengorbanan yang kita lakukan akan dihargai oleh anak-anak bilamereka besar kelak.
Berkongsi tip untuk jadikan anak-anak akan berterima kasih kepada ibu ayah, Aminat Matt Yusoff ada berkongsi cara yang boleh dipraktikkan oleh yang lain. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Anak akan berterima kasih pada ibu ayah. Jika..
1. Kejut mereka solat subuh, seperti mengejutkan mereka lari dari kebakaran. Inilah yang arwah ayah saya buat dulu. Sebelum azan subuh, ayah akan ketuk pintu bilik sehingga anak-anaknya bangun dan berwuduk . Permulaan memang agak seksa dan payah tapi ibu ayah kena kental. Setelah anak-anak ini menjadi dewasa, mereka tidak akan putus-putus berterima kasih kerana bersabar dalam mendidik mereka.
2. Paksa mereka belajar al-Quran. Ajar sendiri atau cari guru mengaji. Arwah ayah guru agama tapi tetap menyuruh anak-anaknya cari guru ngaji sampingan untuk cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Kat rumah waktu pagi wajib talaqi dengan ayah, malam bersama dengan kawan-kawan sekampung ke kelas ngaji. Sampai sekarang terasa indahnya zaman kecil-kecil dulu. Tiada perkara yang membosankan hidup, penuh dan bermanfaat. Kadang tu peristiwa yang berlaku dalam kelas ngaji buatkan kita belajar sesuatu dan kenangan itu terus subur hingga kini.
Ada kajian yang dilakukan pada tahun 2018 mengatakan bahawa ramai murid tidak menguasai bacaan al-Quran kerana mereka skip kelas mengaji.
3. Ajar mereka tentang ikhtiar hidup. Mula dengan tanam touge, pokok-pokok kecil sehingga kepada kemahiran dan aktiviti yang lebih mencabar. Jangan biarkan mereka hidup dalam dunia khayalan, mengisi masa dengan bermain semata-mata dan menjadikan phone teman sejati. Anak lelaki arwah ayah berikan mereka tanggungjawab dan tanamkan keberanian, anak perempuan arwah ayah akan sediakan kelas-kelas untuk tambah ilmu ketuhanan dan adab. Alhamdulillah syukur..
4. Bantu anak-anak berkomunikasi dengan baik. Banyakkan berinteraksi, bermunaqashah dan lakukan aktiviti bersama-sama. Sekarang, bila mengimbau kenangan lalu, buat saya senyum sendiri. Aktiviti yang saya anggap biasa-biasa dulu tapi hari ini ia memberi inspirasi. Berkelah tepi parit yang di kelilingi sawah padi, arwah ayah bentang tikar dan adik beradik duduk bersantai sambil melihat pepatung berwarna warni. Allahu.. Bila saya lihat gambar pepatung, kenangan tu datang menyapa.
5. Anak-anak akan sangat-sangat berterima kasih kepada ibu ayah yang tidak pernah jemu melakukan solat secara berjemaah, masak berjamaah, makan berjamaah dan kemas berjamaah. Semangat kekeluargaan akan lahir setiap kali ada unsur kebersamaan dalam setiap tindakan.
6. 10 tahun kemudian, kenangan ini makin segar dan subur dalam ingatan anak-anak kerana setiap suatu yang memberi kesan positif dalam hidup akan memberi moment terbaik kepada seseorang.
Selamat berusaha ibu ayah yang hebat. Sinsing lengan, ketatkan kilas..Anak-anak comel sedang menunggu.
Sumber : Aminah Mat Yusoff
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Kelmarin Last Vidcall. Daddy Dah Tidur Selama-Lamanya.” Sempat Belikan Anak Rumah, Pesanan Terakhir Ayah Ni Undang Sebak!

9 september pasti meninggalkan memori duka yang sukar duilupakan buat selama-lamanya oleh keluarga ini. Perginya insan yang tersayang buat selama-lamanya dalam satu kemalangan di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat.
Insiden itu menyebabkan dua orang maut manakala seorang cedera. Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian dikenali sebagai Muhammad Syauqi Azmi dan Ahmad Azhar Abdul Wahab dari Kampung Gesing, Dong, Raub.
Dalam satu perkongsian di laman Twitter, anak kepada salah seorang mangsa maut meluahkan rasa pilu apabila ayahnya pergi buat selama-lamanya.
Ayahnya meninggalkan 8 orang anak dan adik bongsunya baru berusia 1 tahun.
Love you forever & always, daddy❤️ pic.twitter.com/UMq64tc0wC
— Trisyia (@trisyiazhar) September 10, 2020
Pagi sebelum daddy mengadap ilahi. Alhamdulillah diberi peluang utk tengok & cakap dengan daddy for the last time.. rindunya ya Allah pic.twitter.com/sK1w4Cqdb5
— Trisyia (@trisyiazhar) September 10, 2020
Ya Allah, berikaah kami 8 adik beradik kekuatan… 😢😞 pic.twitter.com/Mr19zcDidg
— Trisyia (@trisyiazhar) September 10, 2020
Adik aku paling bongsu baru umur 1tahun 11bulan. Next month birthday dia. Berikan kami kekuatan Ya Allah. 😞😢💔 pic.twitter.com/etHOLZWPpu
— Trisyia (@trisyiazhar) September 10, 2020
Dalam pada itu, ayahnya sempat membeli rumah untuk mereka sekeluarga awal tahun ini. Namun rumah tersebut masih tidak didiami memandangan rumah tersebut masih dalam pengubahsuaian.
Awal tahun ni ddy belikan untuk kami adik beradik rumah sebiji. Dia dah pesan kat kami yang kalau ddy dah tkde, dia nak anak2 dia semua berkumpul dekat sini. Baru seminggu lepas renovation rumah ni siap. Ddy excited sekali sebab dapur jadi luas. pic.twitter.com/Oox8p9TXx8
— Trisyia (@trisyiazhar) September 11, 2020
Kejadian jam 11.30pm, pukul 10.52pm daddy dah suruh aku buat air dia sebab dia dah nak sampai kuantan….. Tp kenapa daddy tak sampai2 lagi😢💔 pic.twitter.com/XJnUIDL2ID
— Trisyia (@trisyiazhar) September 11, 2020
Pasni esya nak buat air daddy utk sape lagi….
— Trisyia (@trisyiazhar) September 11, 2020
Selalu pagi2 esya vidcall daddy nak tunjuk sarah bersiap gi sekolah
— Trisyia (@trisyiazhar) September 11, 2020
Kelmarin last esya vidcall dengan daddy… daddy dah tidur buat selama lamanya pic.twitter.com/TZ364hMDKu
— Trisyia (@trisyiazhar) September 11, 2020
Sumber : Trisyiazhar