Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat. Namun apabila mendapat serangan penyakit ia pasti menjejaskan gaya hidup.
Salah satunya penyakit kencing manis. Kesan kencing manis ini adalah secara menyeluruh, bukan sahaja dari aspek bagaimana badan menjalankan fungsi dan peranannya, tetapi ia juga memberi impak kepada emosi, fizikal dan gaya kehidupan seseorang pesakit.
Nak tahu bagaimana, kencing manis menyerang, ikuti lanjut penjelasan seorang doktor ini, Dr Rashdan Mohamed.
IKUTI PERKONGSIANYA.
Nikmat yg sering terlepas pandang
Tahukah anda?
Ada satu organ dalam badan, tersorok di sebalik hati & hempedu, seakan daun bentuknya, introvert & tidak dikenali ramai (berbanding hati, jantung, peparu, buah pinggang)..
Namun, seperti organ kurniaan Allah yang lain, besar fungsinya…
Ya, organ tersebut dikenali PANKREAS (Pancreas)
Kalenjar pankreas penting dalam kawal-atur gula dalam badan, merembes insulin & glukagon
Tahukah anda juga?
Pesakit T1DM (kencing manis jenis 1), dikalangan kanak-kanak berlaku disebabkan “serangan antibodi” badan sendiri ke atas kalenjar pankreas menyebabkan kerosakkan kalenjar ini sehingga tiada lagi rembesan insulin, menyebabkan kencing manis dan kebergantungan kepada suntikan insulin seumur hidup. Tanpa insulin, pelbagai komplikasi boleh berlaku seperti kerosakkan buah pinggang, mata, saraf, jantung, salur darah dan juga komplikasi akut DKA (Diabetic ketoacidosis) yang boleh meragut nyawa! (Gambar 1)
Dan, juga ada pesakit seawal usia bawah 6 bulan boleh dapat Neonatal Diabetes akibat masalah genetik (monogenic) pada kalenjar ini,
Dan “menariknya” tentang kalenjar pankreas ini (saya memang begitu tertarik tentang kalenjar ini)
Di kalenjar yang sama, pada sel yang sama (Beta cell), akibat masalah genetik yg berbeza, boleh menyebabkan kekurangan gula, hipoglisemia (hypoglycaemia) akibat rembesan insulin keterlaluan banyak (hyperinsulinemia)! (Gambar 2, pinjaman dari ibu pesakit saya)
Kurang insulin jadi diabetes!
Terlebih insulin jadi hipoglisemia!
Itulah masalah anak-anak pesakit saya T1DM, Neonatal diabetes vs Hypoglycaemic hyperinsulinemia (HHI)
(For medical officers, read on Kir6.2/SUR1 gene mutation, gain vs loss of function mutation, some call activating vs deactivating mutation)
Untuk yang nomal seperti kita,
Rembesan insulin dari kalenjar pankreas ini bersifat automatik, kita makan, gula naik, insulin dirembeskan dan kawal-atur gula. Tak perlu fikir, automatik, 10 kali makan, 10 kalilah insulin dirembeskan dan ada juga insulin yang dirembeskan secara mendatar 24 jam
Namun, bagi sesetengah orang dewasa dgn kencing manis,
Kebanyakkan kencing manis jenis 2 (type 2 diabetes mellitus, T2DM), berpunca dari obesiti, menyebabkan kerintangan insulin (insulin resistance = insulin ada, tetapi tidak boleh berfungsi dengan baik akibat obesiti)
Lama-kelamaan, pesakit T2DM pun perlu suntikan insulin kerana kalenjar pankreas tidak lagi mampu merembeskan insulin original darinya
JAGA KESIHATAN
Jaga makan, exercise, patuh arahan doktor, InSyaAllah kencing manis terkawal dan elak komplikasi lain
Tidak jaga makan, tidak exercise, tidak ikut arahan doktor, Nauzubillahiminzalik komplikasi menyusul tiba – buah pinggang (dialysis), mata rosak, saraf, salur darah (kena potong kaki), otak (stroke), serangan jantung dan sebagainya
Jom, kita cakna / ambil berat kesihatan kita!
Gambar 3, risau! Selain COVID-19 yang tak nampak, pembunuh senyap (kencing manis & obesiti, hipertensi, kolesterol tinggi) ini juga perlu kita perangi
Sesungguhnya pankreas itu nikmat, yg sering terlepas pandang oleh kita….
Untuk rekod,
Saya tidak jual apa jua produk kesihatan ya!
Kredit: Rashdan Mohamed