Mudah Di Mata Orang Belum Tentu Mudah Di Bahu Kita!

Share

Sabar itu mudah diucap namun tidak mudah ditanggung. Syukur itu juga mudah diucap namun tidak mudah juga untuk ditunjukkan.

Selagi hidup di dunia ini kita pasti akan terus diuji bahkan ada juga yang mengatakan bila diuji menjadikan seseorang lebih matang.

Namun ujian mahu pun musibah yang datang bukan senang untuk ditempuh.

Berkongsi tip berkenaan itu, ustazah Asma’ Harun senaraikan 3 tips bagi mendepani musibah sebagai peringatan untuk diri kita semua.

Ini perkongsiannya.

3 TIPS DALAM MENDEPANI MUSIBAH

“Ustazah, memang mudah nak pesan supaya sabar, tapi orang tak tahu apa yang saya rasa dan lalui…”

Kerap kali saya dengar luahan orang sekeliling yang hadapi musibah dalam hidup.

Benar Tuan Puan, mudah di mata orang belum tentu mudah di bahu kita 😢.

Namun, suka atau tidak, murka atau redha, proses kehidupan akan tetap berjalan sehingga akhir waktu.

Allah SWT hiasi roda kehidupan ini dengan jatuh bangun, susah senang, musibah dan nikmat. Semuanya supaya kita kembali mencintai Dia yang Maha Cemburu apabila kita mula leka dengan nikmat dunia sementara, agar kita mendapat nikmat Syurga yang kekal. SubhanAllah.

Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan 3 tips mendepani musibah, sebagai peringatan untuk diri dan sahabat semua.

Semoga selepas ini kita lebih kuat dalam menghadapi apa jua cabaran dengan keimanan yang teguh kepada Allah SWT.

1. Ucapkan اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ

Firman Allah SWT:

اَلَّذِيْنَ اِذَآ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ ۗ قَالُوْٓا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ

Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihi raji‘un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali).
(Surah al-Baqarah 2: 156)

Apabila sesuatu musibah itu terasa amat berat untuk ditanggung, kadang kita hilang pertimbangan sehingga ada yang menyalahkan takdir serta mempersoalkan qada’ dan qadar. Maka ucapkanlah kalimah Tarji’ ini supaya kita sedar bahawa segalanya datang daripada Allah dan akan kembali juga kepada Allah.

2. Bersangka Baik dengan Allah SWT.

Sahabat, lihatlah musibah dengan pandangan hikmah, agar kita nampak keindahan ujian dalam menyedarkan kita akan hakikat abdi (hamba) kepada Ilahi. InsyaAllah hati akan lebih lapang dan tenang. ❤️🌹

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman di dalam sebuah hadis Qudsi:

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي إِنْ ظَنَّ بِي خَيْرًا فَلَهُ وَإِنْ ظَنَّ شَرًّا فَلَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Jika dia bersangka baik maka dia akan mendapat kebaikan dan jika dia bersangka buruk maka dia akan mendapat keburukan.”
(HR Ahmad, hadis sahih)

3. Muhasabah dan Perbaiki Diri.

Boleh jadi sesuatu musibah itu hadir disebabkan dosa maksiat yang kita pernah lakukan sama ada secara terbuka atau tersembunyi. Oleh itu, muhasabah ini sangat baik dalam membantu kita perbaiki diri menjadi lebih baik di masa akan datang, InsyaAllah.

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۚ وَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ خَبِيْرٌ ۢبِمَا تَعْمَلُوْنَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang perhatikan apa yang telah dibuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Hasyr 59: 18)

Semoga terus kuat dalam menghadapi musibah yang mendatang, kerana sebagai Muslim kita wajib yakin ia bukan untuk memberi lelah, tetapi sebagai asbab hidayah. ✊

Sumber : Asma’ binti Harun

Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.

 

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club