Pulut hitam sememangnya mempunyai banyak manfaat yang bagus terutamanya untuk para ibu yang sedang hamil. Ia juga dipercayai dapat mengurangkan risiko diabetes dan kaya dengan nutrisi.
Selain daripada rasanya yang lemak-lemak manis, cara untuk memasaknya juga amatlah mudah kerana hanya perlu ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh ini. Bubur ini juga boleh dimakan panas-panas atau sejuk.
– Rebus pulut hitam bersama air, gula kabung dan daun pandan. Rebus sehingga pulut hitam kembang dan lembut. Masa ni kuah akan jadi pekat sikit. Kalau nak tambah air lagi pun boleh. Ikut selera nak kuah banyak mana.
Ads
– Massukkan santan pekat dan susu cair.
Ads
– Perasakan dengan garam. Garam ni penting nak naikkan rasa lemak bubur itu.
Kalau sebut pasal tempat makan best kat Shah Alam, memang tak sah kalau tak masukkan nama Restoran Sisik Medan Ikan Bakar dalam senarai ‘port’ makanan untuk keluarga. Terletak di Seksyen 13, restoran ini yang beroperasi pada tahun 2013 bukan sekadar tempat makan ikan bakar biasa.
Ia adalah simbol kejayaan dan usaha gigih seorang wanita, Puan Noralinda Norjaya, yang berjaya membawa cita rasa asli dari gabungan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Pahang. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa di sebalik kejayaan hari ini, tersimpan satu kisah penuh keberanian dan pengorbanan.
Semuanya bermula apabila seorang sahabat kepada Puan Linda yang ketika itu mengusahakan restoran ini, terpaksa menghentikan operasinya selepas hanya enam bulan beroperasi. Atas dasar simpati dan persahabatan, Puan Linda yang masih bekerja sepenuh masa ketika itu, memberanikan diri mengambil alih restoran tersebut.
Walaupun hati dilanda keraguan dan bimbang jika tersalah percaturan, beliau tetap yakin dengan niat baik dan potensi yang ada. Dengan sokongan penuh daripada suami, serta semangat untuk mencuba sesuatu yang baru, Puan Linda nekad mengorak langkah. Siapa sangka, keputusan yang pada awalnya nampak berisiko itulah yang menjadi titik tolak kepada kejayaan besar hari ini.
“Sisik di buka tanpa dirancang. Pada awalnya untuk membantu kawan baik yang ketika dalam keadaan susah dan tidak dapat teruskan perniagaannya walaupun sudah beroperasi selama enam bulan,” jelasnya.
Dengan tindakan tersebut, Puan Linda mengakui beliau sememangnya dilanda kebimbangan, apatah lagi dunia perniagaan makanan bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila keputusan untuk mengambil alih restoran itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa sempat berfikir panjang.
Namun berkat sokongan suami, keluarga dan kawan-kawan, restoran ini berjaya mengharungi cabaran sehingga dikenali ramai sebagai restoran ikan bakar yang menyediakan masakan melayu kampung.
Katanya lagi, nama “Sisik” dipilih bersempena dengan konsep utama restoran ini yang menampilkan pelbagai hidangan berasaskan makanan laut. Di sini, masakannya berteraskan masakan melayu yang membangkitkan selera, sekali gus mengingatkan rasa rindu masakan ibu di kampung.
DEKORASI ALA DEWAN PERKAHWINAN
Melangkah sahaja masuk ke Medan Selera Sisik, terasa seolah-olah menjejakkan kaki ke dalam sebuah dewan jamuan perkahwinan. Suasana begitu memukau dengan dekorasi bunga dan daun tiruan yang digantung indah dari siling, mencetuskan suasana ala-ala garden wedding yang romantik dan menenangkan. Laluan berkarpet yang membentang menuju ke barisan hidangan laut segar membuatkan mata terpaku dan hati terus teruja.
Bukan itu sahaja, susun atur meja dan kerusi yang kemas dan teratur menambah lagi keselesaan untuk pengunjung menjamu selera. Lebih menarik, makanan laut di sini dibakar secara live di hadapan pelanggan – panas-panas terus dari dapur ke pinggan! Aroma yang menusuk hidung dan suasana yang meriah membuatkan pengalaman makan di Sisik benar-benar luar biasa.
MENU PILIHAN RAMAI
Apabila ditanya mengenai keistimewaan restoran ini, yang membezakan dengan yang lain ialah penggunaan resipi turun-temurun yang diwarisi daripada keluarga Puan Linda yang berasal dari Negeri Sembilan dan suaminya dari Pahang. Gabungan dua negeri ini menjadikan setiap hidangan di sini unik dan kaya dengan pengaruh tradisi masakan mereka.
Antara menu yang menjadi kegemaran ramai ialah ikan patin bakar bersama tempoyak satu olahan istimewa yang jarang dijumpai. Bukan itu saja, pelbagai jenis ikan laut, sotong dan udang juga turut disediakan dengan kuah tempoyak yang pekat dibakar dan enak di makan panas-panas.
Nyata, restoran ini cukup terkenal dengan konsep makanan laut segar dan masakan kampung yang padu rasa. Hidangan seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, yang diternak sendiri di air bukit, menjadikan rasanya segar dan langsung tak hanyir. Menu signature lain yang buat pelanggan repeat berkali-kali termasuklah Siakap Bakar Tempoyak, Sotong Bakar Madu, Udang Goreng Berempah, dan Kambing Bakar yang juicy dan lembut. Bagi yang rindu rasa kampung, jangan risau sebab Sisik juga ada Daging Salai Masak Lemak, Gulai Kawah, Ikan Bakar dan Ulam Terung Pipit menambah selera.
RUANG ‘INTIMATE’
Apa yang lebih menarik, restoran ini kini berkembang bukan sahaja dari segi menu, tapi juga dari segi servis dan suasana. Mereka kini menyediakan ruang eksklusif yang intimate dan sangat sesuai untuk pelbagai majlis istimewa. Sama ada nak buat family gathering, majlis pertunangan, sambutan hari jadi, akad nikah atau event korporat,
Restoran ini menyediakan ruang intimate berhawa dingin yanga boleh memuatkan 100 orang. Ruang ini disediakan dengan dekorasi yang cantik, selesa dan penuh privasi. Suasana restoran yang tenang dan kemas memang cukup ideal untuk cipta kenangan indah bersama orang tersayang. Banyak pelanggan datang bukan sekadar nak makan, tapi nak menjadikan restoran ini sebagai tempat rasmi untuk moment penting dalam hidup mereka.
Melihat perkembangan restoran ini, jelas menunjukkan bahawa kejayaan bukan datang sekelip mata. Ia memerlukan kesungguhan, konsistensi dan semangat untuk terus belajar dan berkembang. Puan Linda berjaya membuktikan bahawa masakan warisan keluarga pun boleh jadi satu empayar makanan yang besar, asalkan kita tahu cara nak persembahkan pada dunia. Kini, Restoran Sisik bukan sahaja digemari pelanggan setempat, tapi turut menjadi pilihan ramai dari luar kawasan, malah dari negeri-negeri lain yang sanggup datang semata-mata nak rasa sendiri keenakan hidangan di sini.
Jadi buat yang tercari-cari tempat makan yang bukan sahaja sedap tapi juga selesa, sesuai untuk acara istimewa dan harga yang berbaloi dengan portion besar Sisik Medan Ikan Bakar adalah jawapannya. Datang sendiri dan alami sendiri suasana di sini yanga pastinya menjadi momen manis buat keluarga. Apa lagi jom singgah ke SISIK MEDAN IKAN BAKAR, KELAB SHAH ALAM (Dalam kelab), Section 13, Shah Alam Selangor.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Istimewanya karipap mini ini bukan sahaja pada saiz dan rasanya yang rangup di luar dan berinti ikan atau serunding di dalamnya semata-mata. Malah ada di antara kita kalau terlihat sahaja karipap mini ini akan terkenang zaman kanak-kanak dulu.
Apa tidaknya, kuih ini lah menjadi antara juadah wajib ada dihidang oleh tuan rumah untuk merai tetamu yang berkunjung bila musim perayaan. Malah dek kerana sedapnya rasa karipap mini ini dan jarang-jarang pula dapat dimakan, tidak hairanlah adik beradik makan pun berebut-rebut.
Bagi terus menyegarkan lagi nostalgia lalu, apa kata kali ini kita cuba buat sendiri menu karipap mini ini. Resipi dikongsikan oleh Puan Noorfaizah ini pula, resipi asalnya diambil daripada seorang kakak yang berniaga Karipap Mini lebih 10 tahun. Pasti rasanya sedap dan puas hati. Jom cuba!
“Sambil-sambil duduk rumah jaga anak, buat karipap mini untuk tempahan. Alhamdulillah..tersangat sedap. Hihii. Resipi ni saya ambik dari sorang akak yang meniaga karipap mini lebih dari 10 tahun. Pada yang nak resipi bole ambik.. “–Noorfaizah
Resepi karipap mini
Untuk doh:
250gm tepung gandum
50gm margerin -panaskan
½ sudu teh garam halus
110 ml air sejuk
Cara sediakan doh:
1.Masukkan tepung di dalam bekas
2.Panaskan margerin dan tuang ke dlam tpung ketika suam. Gaul sampai sebati
3.Masukkan air yg dilarut bersama garam
4.Agak-agak adunan tak terlalu keras atau lembik. Uli secukupnya dan rehatkan sebentar (15minit)
Seterusnya, canaikan doh, (saya guna mesin) letak dalam acuan dan setrusnya letak inti serunding ikan.
**Sapukan tepung tadi dengan putih telor di keliling acuan. Fungsinya supaya tepung melekat dan tidak terbuka sewaktu menggoreng. Goreng dalam minyak yang banyak. Api sederhana.
Bahan serunding ikan:
Ikan selayang – 1kg
10 tangkai cili kering*
2 inci halia*
2 batang serai*
4 ulas bawang putih*
6-7 ulas bawang merah*
Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
1.Sediakan periuk dan rebus ikan dengan air dan asam keping.
2. Bila sudah masak, sejuk kan. Kemudian ambil isi ikan. Kisar ikan bersama air rebusan tadi.
3. Sediakan kuali, tumis bahan kisar(yang bertanda *) sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan isi ikan yang di blend tadi. Masak hingga kering.
Ekstra tip
2. Kena letak air sejuk masa hendak klim tu. Doh jangan lembek sangat, keras-keras sikit nanti bila klim, tekan kuat-kuat.
sumber : Noorfaizah Nfi via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di