Mudah Betul Nak Buat Nasi Butter Ayam Crunchy Ni. Masak Sekali Harung Je Dalam Periuk Nasi!

Share

Dah hari-hari masak untuk berbuka ni, jadi buntu dibuatnya! Habis menu dah nak masak, betul tak?

Yang mana masih fikir lagi nak masak apa petang ni, tapi taknak yang susah-susah boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh superdad ni. Katanya tak sampai 45 minit boleh siap. Wow macam best je kan? Jom cuba!

Nasi Butter Ayam Crunchy

Nah resipi paling mudah yakmat ni.

Nasi Butter Ayam Crunchy yang dimasak sekali harung dalam periuk letrik. Tak sampai 45 minit boleh siap ni.

Bahan-bahan dia pun simple jer:
2 pot beras, cuci dan toskan.
20gm butter, marjerin pun boleh aihh.
½ ekor ayam dipotong kecil dan letak garam.
3 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia diketuk
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul
1 kiub pati ayam
1 cawan susu segar/susu cair/susu kotak
2 cawan air

Cara nak buat dia:
1. Cairkan butter dan tumis bawang putih, halia dan daun pandan sampai naik bau dan sedikit garing dan masukkan beras dan kacau sebati.

2. Masukkan susu dan kacau sebati lepas tu masukkan air dan juga kiub pati ayam dan kacau sebati.

3. Susunkan ayam di bahagian atas biar cun lalu tutup periuk dan tekan ON. Tunggu sampai nasi masak. Kalau ada sayur boleh masukkan di bahagian atas nasi dan tutup tudung biar sekitar 5-7 minit, siap dikukus.

4. Dah siap, keluarkan sayur dan asingkan, keluarkan ayam, sapukan butter dan masukkan dalam air fryer pada suhu 200 degree selama 12 minit. Boleh juga digoreng dengan api yang kuat hingga golden brown.

Siap dan hidangkan. Mudah kan?

Sup tu aku rebus jer kaki ayam dan bahagian-bahagian tulang atau lemak yang tak digunakan tu. Biar berjasa sikit.

Sambal tu aku guna jer Sos Cili Thai Maggi, aku potong daun ketumbar dan perah limau sikit. Fuhhh berdesup pergi dia nanti!

Selamat mencuba.

Sumber : Facebook Khairul Abdullah

Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.

Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.

 

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!