Dah hari-hari masak untuk berbuka ni, jadi buntu dibuatnya! Habis menu dah nak masak, betul tak?
Yang mana masih fikir lagi nak masak apa petang ni, tapi taknak yang susah-susah boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh superdad ni. Katanya tak sampai 45 minit boleh siap. Wow macam best je kan? Jom cuba!
Nasi Butter Ayam Crunchy
Nah resipi paling mudah yakmat ni.
Nasi Butter Ayam Crunchy yang dimasak sekali harung dalam periuk letrik. Tak sampai 45 minit boleh siap ni.
Bahan-bahan dia pun simple jer:
2 pot beras, cuci dan toskan.
20gm butter, marjerin pun boleh aihh.
½ ekor ayam dipotong kecil dan letak garam.
3 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia diketuk
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul
1 kiub pati ayam
1 cawan susu segar/susu cair/susu kotak
2 cawan air
Cara nak buat dia:
1. Cairkan butter dan tumis bawang putih, halia dan daun pandan sampai naik bau dan sedikit garing dan masukkan beras dan kacau sebati.
Ads
2. Masukkan susu dan kacau sebati lepas tu masukkan air dan juga kiub pati ayam dan kacau sebati.
3. Susunkan ayam di bahagian atas biar cun lalu tutup periuk dan tekan ON. Tunggu sampai nasi masak. Kalau ada sayur boleh masukkan di bahagian atas nasi dan tutup tudung biar sekitar 5-7 minit, siap dikukus.
4. Dah siap, keluarkan sayur dan asingkan, keluarkan ayam, sapukan butter dan masukkan dalam air fryer pada suhu 200 degree selama 12 minit. Boleh juga digoreng dengan api yang kuat hingga golden brown.
Siap dan hidangkan. Mudah kan?
Ads
Sup tu aku rebus jer kaki ayam dan bahagian-bahagian tulang atau lemak yang tak digunakan tu. Biar berjasa sikit.
Sambal tu aku guna jer Sos Cili Thai Maggi, aku potong daun ketumbar dan perah limau sikit. Fuhhh berdesup pergi dia nanti!
Buat penggemar kek coklat pastinya bila terlihat kek coklat yang begitu lembut dan disalut pula dengan topping coklat, pasti tidak akan dilepaskan daripada menjamahnya.
Jadi tunggu apa lagi, apa kata kita sediakan kek coklat moist dengan cara yang cukup mudah yang dikongsikan oleh Nursyahirah Ibrahim ini. Bahan-bahan yang digunakan juga cukup ringkas.
Ini perkongsiannya.
Kami memang peminat kek coklat lebih dari kek jenis lain, jadinya bonda dah penah buat kek coklat moist banyak kali dan dah guna macam macam versi resepi.
Tapi resepi kali ni memang betul betul buat semua suka sangat sebab moist dia betul betul idaman, kami memang suka moist gini.
Dapat pula rasa koko yang betul koko bukan milo dan takde telur dalam ni. Tq kawan yang share resepi hehe Kawan tu sat g respon la tu.
Bahan pun senang je ni. Ira punya versi resepi ada edit sikit tak ikut sangat semua tapi memang menjadi.
Siapa sini peminat kek coklat juga?
Ok ira edit dah resepi sini ya.
Tak perlu guna mixer pun. Anak pun boleh buat ni kacau kacau dengan senduk je.
Moist Choc Cake Tanpa Telur
Bahan kering:
1 cawan tepung gandum ( ira ikut resepi kawan ni lebihkan dalam 1 sudu untuk tekstur yang tak over lembut, so bila potong tu lagi mudah cantik terbentuk tak pecah)
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula halus
2 sb susu tepung
1 sk baking powder
1/2 sk sodium bikarbonat
1 sk garam
Bahan basah:
1 1/4 cawan air sejuk dari peti sejuk
1/2 cawan minyak masak
1 sk esen vanila
1 sk lemon atau cuka ( yang ni ira tak letak langsung)
Cara-cara:
1. Campur dan gaulkan semua bahan kering.
2. Masukkan bahan basah satu persatu dan gaul sebati.
3. Oles loyang dengan planta dan tuang adunan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven pada suhu 170°c selama 50 minit. Siap!
Resepi credited to my friend bernama soul, souk, soil.
Topping atas tu campur 1/2 cawan susu pekat (room temperature) + 1/2 cawan minyak masak + 1/2 cawan serbuk koko. Kacau sebati dengan api kecil sampai likat and licin.
Selamat mencuba
Sumber : Nursyahirah Ibrahim Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum sering digunakan secara meluas sebagai bahan perasa di dalam masakan. Selain itu, terdapat pelbagai khasiat bawang putih yang turut optimalkan sebagai ubat untuk mencegah penyakit.
Oleh itu, bawang putih sering digunakan dalam masakan. Bahkan bagi yang sibuk akan memastikan bawang putih dikisar untuk di buat stok.
Namun untuk menyimpan bawang putih supaya khasiatnya kekal, ada caranya. Sebagaimana petua yang dikongsi oleh saudara Khabbab Jamalludin supaya tahan lama dan tidak berwarna hijau.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kali ini saya nak kongsi kalau ada yang macam saya, kadang masak kadang beli, kalau masak kena “simple” dan cepat, dan kadang barang macam bawang tak sentiasa ada bekalannya.
Antara perkara yang ambil masa adalah penyediaan bawang putih. Disamping tak boleh simpan lama, nak kupas dia satu hal juga.
Jadi saya beli yang dah siap kopek dan buat pes bawang putih. Tak mahal pun. Macam dalam gambar ni dalam RM6 sahaja. Kalau nak masak tinggal ambil dan tambah dalam masakan; tumisan atau bukan.
1) Basuh dan blend bawang. Nisbah air : bawang 1:3.
2) Tumis dalam minyak banyak, agak agak tengelam bawang yang kita dah kisar tadi. Minyak dia fungsi sebagai pengawet supaya bawang tahan lama dan tak mudah teroksida (jadi hitam). Minyak juga berfungsi memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.
3) Masa mula mula masuk, guna api kuat dan lepas 10 saat tukar api sederhana kuat. Kena kacau selalu, supaya tak hangus dan dapat keluarkan air dalam bawang supaya tahan lama kalau disimpan. Tanda bawang dah sekata bila bawang dah mula keluar aroma dan dah mula meluap luap terpercik. Boleh tutup api.
4) Simpan dalam bekas yang mudah dibuka. Simpan dalam peti sejuk (tak perlu beku). Nak pakai tinggal senduk pakai sudu dan simpan kembali. *saya tak sekalikan dengan bawang merah sebab biasa senang kupas dan tahan lama. Boleh nak buat pes tapi buat asing asing sebab kandungan air dalam bawang merah dan bawang putih berbeza **siapa ada cara lain yang lebih baik, cadangan penambah baikan sangat saya alu alukan
Terima kasih semua untuk yang bagi tambahan, alternatif atau penambahbaikan.
1) saya tahu dan setuju, paling best kalau fresh fresh. Saya tahu juga nak kupas bawang beberapa ulas bukan leceh sangat. Ini bukan untuk yang banyak masa, tak bekerja dan yang sentiasa boleh pergi kedai cari barang. Ini untuk mereka yang busy, waktu terbatas, balik tak tentu waktu, kedai nak cari bahan mentah bukan senang nak jumpa. Kami kena siapkan benda benda macam ni supaya motivasi nak masak dan makan dirumah tu tinggi sebab mudah; cedok, tambah rencah sikit, dah siap.
Gambar sekadat hiasan
2) Dalam peti sejuk saya ada 3 jenis tumisan separa siap macam ni : -IBU SAMBAL : Campuran bawang putih, bawang merah, cili kering giling yang dah ditumis. Nak masak sambal ke, masak asam ke, goreng mi/bihun/kue teow, tinggal senduk, masukkan rencah dan bahan utama, siap !. Next tutorial saya share insyaAllah. -SAMBAL CILI API campuran cili api, bawang merah, bawang putih. Saya orang Negeri Sembilan , banyak kombinasi macam ni. Nasi goreng kampung biasanya. Tinggal cedok, tambah ikan masin atau ikan bilis goreng, nasi, Voila ! -BAWANG PUTIH sahaja, macam yang saya share kali ini. Tak campur cili sebab ini untuk masakan anak anak yang tak pedas. Tak campur bawang merah sebab kandungan air yag berbeza.
3) ada yang kata blend terus dengan minyak. Boleh juga cuma bawang putih kaya dengan vitamin B dan C, keduanya larut dalam air. (Vitamin ada yang larut dalam air, ada yang larut dalam minyak. )Supaya zat dia dapatlah larut sikit, saya campurlah sedikit air sebelum tumis dalam minyak.
Apa apa pun saya amat menghargai tambahan info, pembaca boleh baca diruang komen dan pilih kaedah mana yang berkenan dihati.
Nenek tular baca Yasin ketika SPM 2024, cucu dapat 4A+, 5A. Tentu ramai yang masih mengingati kisah menyentuh hati seorang nenek yang setia membaca surah Yasin ketika cucunya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024.