Mudah Ajer Nak Buat Baja Guna Kulit Telur. Ikuti Langkah Ini, Gerenti Pokok Merimbun!

Share

Kulit telur banyak banyak di rumah, jangan buang. Kita boleh jadikan ia sebagai baja untuk suburkan tanaman.

Apa kata ikuti cara wanita ini menggunakan kulit telur sebagai baja untuk tanaman.

Ikuti perkongsian ini.

Sejak suka tanam bunga ni, banyak petua petua tanaman kak el baca. Antaranya baja dari kulit telur ni lah. Kalau dulu, asyik buang jer kulit telur ni. Kak el rasa takde kepentingan untuk simpan. 

Ni hasil kumpulan sehari. Anak anak kak el suka makan telur. Tak telur dadar, mesti telur mata lembu, eh kerbau. Hehe
Hancurkan dan dan masuk dalam kuali tanpa minyak
Sangai sampai kekuningan. Bila dah sangai, kulit telur semakin rapuh. Nanti senang nak blend
Masukkan dalam blender. Blender kering kak el takde, jadi guna jer mak blender ni.
Dan hancur. Boleh la guna satu sudu teh untuk ditaburkan di sekitar pokok. Kalau guna blender kering, lagi haluss. Lagi comey. Yang penting, khasiat tetap sama.

Ni cara yang kak el suka. Sangai dulu kulit telur dan blend hancur. Lepastu boleh la guna sesudu teh untuk ditaburkan di sekeliling pokok bunga nanti. Pastikan kita gemburkan tanah dulu.

Ada juga yang terus hancurkan dan taburkan kulit telur ni macam tu jer. Selain untuk suburkan tanaman, ia bagus untuk elakkan siput dari hidup kat celah celah pokok. Sebab kulit telur ni sedikit tajam, jadi siput siput akan berpindah cari tempat lain. Tu sebab kak el tak amalkan buat masa sekarang sebab ada anak kecik. Risau terkena kaki anak anak. Kulit budak nipis kan. Kena benda tajam sikit pun boleh luka. Jadi kak el guna cara sangai dan blend ni je.

Korang yang baru berjinak jinak dengan bunga or pokok pokok tu, boleh la buat ni nanti. Mudah dan jimat. Sah sah kita tau benda ni selamat diguna kan. Guna kulit telur jer. Dari membazir, elok kita suburkan tanaman kita.

Kredit: Fitriah Azman