
Daun bawang memang sedap digunakan sebagai bahan masakan. Malah bau wangi daun menjadi bahan untuk memasak kuih muih seperti cucur udang atau mee sup. Biasanya kita akan membelinya di kedai. Namun, kadang kala, perancangan untuk memasaknya tidak menjadi akibat kesuntukan masa. Daun bawang yang mulanya segar menjadi layu.
Mungkin, boleh cuba untuk belajar cara menanam pokok daun bawang. Puan Cik Pooja berkongsi ilmu mengenai cara tanam pokok ini. Mudah aje rupanya.
1) Pemilihan bawang
*cari bawang yg bila kita potong kepalanya,ditengah² ada warna hijau…
*potong bahagian atas bawang(saya panggil bahagian kepala bawang) macam dalam pic..
*senang je nak tau bawang tu ada hijau ditgh² atau x…cuma:
-pilih bawang yg dah bercambah daun,potong buang daun tu n tanam…daun tu kalau dibiarpon,nnt dia bantut..
-kalau xde bawang yg bercambah,pilih bawang yg segar n elok pon dah ok…jgn tanam bawang yg dah nak busuk,nnt cepat la dia membusuk dalam tanah…
*nnt ada la soklan diajukan,”knpa ye ada yg xbercambah²?”
Jawapannya; pokok bawang lambat bercambah sbb, xsemua bawang ada hijau ditgh² nya…kalau xcaya,try google bawang kat dapo sebjik².

*ikut cara macam dalam pic..
*cara ni kita guna utk pokok bawang yg kita tanam utk kegunaan daun…
*nak tanam dalam bekas telur pon boleh,cuma kene selalu basahkan bekas telur tu selalu…
*tapi saya lebih suka tanam ditanah,lebih kukuh n cantik.

*kaedah penyiraman:
-just spray² manja tuk lembapkan tanah je, xperlu banjirkan pasu…kang lemas bawang tu…cepat membusuk.

*bila nak tuai,potong je semua daun n bawang dibiarkan ditanah…
*next bleh tuai lagi.
Buat Sendiri Pencuci Serbaguna, Sekali Bancuhan Macam-macam Kegunaannya!

Biasanya di rumah kita pasti ada bermacam-macam jenis bahan pembersih untuk digunakan untuk tujuan yang khusus.
Tapi menariknya perkongsian ini, wanita ini sediakan sendiri bancuhan bahan pencuci dirumahnya untuk digunakan dengan pelbagai tujuan.
Ternyata cara ini pastinya lebih menjimatkan dan tiada lagi masalah penstoran berkaitan bahan-bahan pencuci yang pelbagai jenis dan kegunaannya itu.
Ini perkongsiannya.
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut..
Baru-baru ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni..
Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja-kerja kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
◾ Hilangkan bau hanyir
Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa.
◾ Mudah tanggalkan kesan minyak
Bila basuh bekas-bekas makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
◾ Masa baking
– nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun.
◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak..
◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi.
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka
7½ cawan air
4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’ .
*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
Sumber : Yatie Eimra via MAHN
“Susun Kata Ayat Cair Penilai. Terbaik.” Ayah Ni Kongsi Surat Anak Mohon Bajet Beli Kolam Sempena PKP. Sweet Je!

Sepanjang diadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) ini, pelbagai karenah dan kes dilaporkan . Selain masalah sesetengah pihak yang melanggar arahan PKP, ada juga kes yang mana pelbagai pihak berkongsi pengalaman dan situasi mereka.
Ini termasuklah satu kisah yang dikongsikan oleh seorang bapa. Menurut Ir. Khairil Nizam yang memuat naik sekeping surat yang ditulis anaknya untuk mendapatkan bajet bagi membeli kolam.

Anak-anak millennia. Request minta budget dari ayah bersempena PKP.
Ayah masih berbincang dgn Menteri Kewangan aka Bentaraguru utk kelulusan supplementary budget nih 🤣🤣Dahle permohonan menjelang Ramadhan
Kalau anda macamana? Nak bagi kelulusan tak 🤣?#stayhome #COVID pic.twitter.com/t5kVbCOWdZ
— Ir. Khairil Nizam (@IrKhairilNizam) April 19, 2020
Dalam pada itu, surat yang dimuat naik tersebut mendapat reaksi dari pengikut lelaki berkenaan. Rata-rata memuji dan meminta supaya si ayah mempertimbangkan permohonan tersebut.
Seorang ayah yang baik, tuan perlu pertimbangkan pemohonan ni.
Bila tuan luluskan, ia akan mendatangkan kegembiraan pd si anak. Saya tahu laa rasa tu sebab saya seorang anak. 🤣
Tak mustahil bila tuan luluskan, mereka akan membesar menjadi anak yang terus patuh & taat pd tuan.
— NN 🇲🇾 (@nadhirahnasir__) April 19, 2020
Tak kurang juga ada yang memuji akan usaha anak-anak lelaki berkenaan selain turut memuji akan tulisan pada surat tersebut yang cantik dan kemas.
Tulisan dia sangat cantikkk
— hikariyumiii (@salsyahirah77) April 19, 2020
100 je tu. Usaha mereka
dah ada. Ayahanda support sikitttt— natrah mohamed (@natrahmohamed) April 19, 2020
Umor brapa Kp?Pandai tulis surat rasmi..Letter head nasib xdak..Bakal Jadi SU Agong PAS satu masa nanti..Insyaallah.
— Mat Aniqq MAM (@AniqqMam) April 19, 2020
Menteri kewangan luluskan dgn syarat yg semua perbelanjaan akan dikeluarkan drpd perbendaharaan ayah sahaja. 100% termasuk kos rantai emas yg tertangguh dibelikan dek penguatkuasaan PKP fasa 1.
— fazli (@fazsham) April 19, 2020
Alololo sweetnya… lawa tulisan anak Tuan. Ahli Majlis Syura sila luluskan permohonan ini segera ya 😆😆
— Mohd Sofian (@PyanCGT) April 19, 2020
Adalah amat wajar meluluskan permohonan tersebut..
Tuan Bagi rm100 kalau boleh extra sikit boleh beli aksesori kolam berkenaan
— Muhammad Hakim Al-Hashimi (@hakimalhashimi9) April 19, 2020
mashaallah cantik dan kemas tulisan nya. Semoga sukses terus ya Ain.
— Akademi Sinergi Ikhlas (@AkademiSinergi) April 19, 2020
Tukar sumbangan kepada pembiayaan. Anak boleh bayar secara ansuran kepada ayah RM50/bulan selama 12 bulan.
Win-win situation. Anak dapat kolam, ayah dapat kembangkan duit.
— Aizat Arif Jamalullail (@PG00058255) April 20, 2020
Comellllll sgt surat yg dia buat.surat yg sgt baik.hehehe..x mmpu nk tolak pmintaan ank tu…sy luluskan..
— Love Gold (@LoveGol64656604) April 20, 2020
A+ tulisan..susun kata ayat cair penilai..terbaik tuan
— Ahmad Mat Amin (@Ahmad8136748824) April 21, 2020
Anak Meninggal Selepas Merentas Desa Di Sekolah. Ayah Terkilan Tak Dapat Tunai Permintaan Terakhir!

Membaca berita yang disiarkan di beberapa akhbar tempatan mengenai seorang pelajar lelaki yang meninggal dunia selepas menyertai latihan merentas desa di sekolah, serba sedikit terkesan pada diri kita sebagai ibu bapa.
Tiada siapa menduga kejadian seperti ini boleh terjadi dan mengetahui lanjut tentang berita ini, jom baca selanjutnya.
Pelajar lelaki sebuah sekolah agama meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai latihan merentas desa di Sungai Besar, semalam. Mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, sebelum kejadian, pelajar itu menjalani latihan merentas desa sejauh 3.8 kilometer. Ini yang dilaporkan Harian Metro.
Menakala kisah ini turut mendapat liputan di Sinar Harian yang mana menurut apa yang dikongsikan di akhbar tersebut, kasut bola menjadi permintaan terakhir adik Muhammad Shaharif Mohd Sarbaini, 16 yang merupakan pelajar tingkatan 4 Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ) Sungai Besar. Bapanya, Mohd Sarbaini Kamarul Baharin, 50, berkata, arwah anaknya itu sempat bersembang dan memintanya membelikan kasut bola baharu pada malam kelmarin.
"Arwah nampak pelik malam sebelum kejadian. Biasanya arwah serius, tapi malam itu dia bergurau dengan saya.
"Saya bertanya kepada arwah sama ada dia inginkan sesuatu, arwah tersenyum dan maklumkan dia inginkan kasut bola untuk digunakan semasa pemilihan pemain bola sepak sekolahnya," katanya.
Mohd Sarbaini yang menetap di Parit 8 Sungai Besar berkata, dia terkilan kerana tidak sempat membeli kasut bola seperti dihajati Muhammad Shaharif.
"Saya memang berhasrat hendak beli kasut bola untuknya, tapi takdir menentukan arwah pergi dahulu meninggalkan kami sekeluarga," katanya.
Ujarnya, Allahyarham Muhammad Shaharif seorang yang aktif dalam sukan termasuk mewakili sekolah ke peringkat negeri dalam sukan kriket.
"Saya dimaklumkan arwah sempat menamatkan latihan merentas desa dan menduduki tempat keempat.
"Sejurus arwah sampai (menamatkan larian) ke sekolah, rakannya memberitahu Muhammad Shaharif terus mendapatkan air dan baring di beranda surau.
"Rakannya menghampiri arwah pada mulanya menyangka Muhammad Shaharif terlalu penat tapi terkejut apabila mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri," katanya.
Katanya, dia yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Sungai Besar dihubungi seorang guru memaklumkan anaknya pengsan selepas latihan merentas desa dan dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar.
"Namun, segalanya berakhir apabila pegawai perubatan mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia.
"Saya reda dengan ketentuan ALLAH kerana arwah merupakan anak yang baik dan mendengar kata," katanya.
Katanya, jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bagan Terap jam 10.20 pagi tadi (artikel ini disiarkan pada 15 Janurai)
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias mengesahkan kejadian terbabit.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.
"Hasil pemeriksaan pada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
sumber : Harian Metro & Sinar Harian