
Tentu ramai yang suka makan kuih donat. Donut yang gebu dan lembut sudah tentu menjadi kegemaran ramai. Jika makan sebiji memang tak cukup, lebih lagi jika rasa gebu dan keenakan donut itu membuka selera terutama ketika sarapan pagi.
Selain membeli donut di kedai, kita boleh cuba membuat donut di rumah. Bahan-bahan nak buat pun mudah. Tapi hati-hati, jika salah sukatan mungkin donat tak menjadi.
Tak perlu risau, kepada newbie yang baru nak cuba membuat donut, apa kata cuba resipi sukatan yang disediakan oleh puan Fara Abu Hassan di Masak Apa Hari Ini.
Ikuti perkongsiannya.
BAHAN-BAHAN BUAT DOH DONUT
CARA BUAT DOH JADI LEMBUT
GUNA GELAS AJE NAK BENTUK JADI BULAT
BOLEH BUAT FROZEN LAGI. STOK BUAT BEKALAN KE OPIS ATAU SEKOLAH
SIAP! GEBUS GEBAS
Selamat mencuba.
Kredit:Fara Abu Hassan
Ekstra Tip Nak Bagi Lebih Sedap Aglio Olio. Pasti Makan Bertambah!

Pastinya setiap antara kita ada cara dan tip tersendiri dalam menyajikan menu untuk keluarga tercinta. Umpamanya dalam bab menyediakan spagetti aglio alio ini.
Ini antara tip yang dapat membantu menjadikan hidangan spagetti lebih enak dan menyelerakan. Jom semak!
TIP MEMASAK SPAGETTI AGLIO OLIO
1. Panaskan air sehingga mendidih di dalam periuk baru masukkan spagetti.
2. Ketika merebus masukkan garam dan minyak.
3. Set alarm untuk elak terlebih lama dimasak.
4. Ketika menumis udang dan sotong biasanya akan keluar air, jika terlalu banyak keluarkan air tersebut dan letakkan di dalam bekas untuk digunakan nanti jika perlu.
5. Satukan bahan-bahan kering di dalam satu bekas untuk lebih mudah dituangkan sekali gus.
6. Semasa menghidang nak nampak lebih sedap, hias dengan daun pasley dan tomato ceri.
Dan untuk ibu-ibu yang sudah tidak sabar untuk mencuba menyediakan menu spagetti untuk hidangan petang, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Nurha yang suatu ketika dahulu pernah berniaga menu ini.
Jika ditanya apakah makanan kegemaran saya haruslah jawapannya adalah spagetti. Lebih tepat lagi adalah spagetti seafood aglio olio. Kenapa? Sebab senang dimasak enak dimakan. Eh, bukan favourite saya sorang, tapi favourite si kakak & ayahnya juga.
Ada yang sama macam saya ke suka spagetti aglio olio? Meh saya share resepi aglio cara saya.
Resepi ni juga saya buat jual dulu. Ambil order dari kawan2 opis. Tiada lagi rahsia.Now everyone can fly. Opss silap, now everyone can cook spaggeti aglio.
Bahan2:
1 paket spagetti ( saya guna jenama san remo)
1kg seafood (udang & sotong)
1/2 cawan minyak zaitun
1 labu bawang putih dicincang halus
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsely flakes
3 sudu besar chili flakes (kurangkan jika xsuka pedas)
1 sudu teh blackpeper
1 sudu teh garam
1 kiub pati ayam knorr
Tomato ceri
Cara:
1. Rebus air hingga mendidih. Masukkan 1/2 sudu besar garam halus & sedikit minyak masak. Bila air mendidih baru masukkan spaggeti . Masa memasak ikut arahan pada plastik spaggeti ye. Kalau san remo 12minit. Jangan tutup spaggeti ketika merebus utk elak banjir dapur anda.
2. Dalam kuali lain, masukkan minyak zaitun & tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong, udang & kiub ayam. Kacau hingga masak.
3. Masukkan parsley, oregano, cili flakes,garam dan blackpepper . Kacau rata kemudian masukkan spaggeti dan kacau hingga sebati. Siap.
4. Hiaskan dengan daun parsley (jika ada) & tomato ceri.
Selamat mencuba.
sumber : Nurha Muhammad
Jangan Tak Tahu, Bunga Lawang Ada Yang Beracun? Saintis Ni Tunjuk Ciri-cirinya Agar Tak Ada Yang Terbeli!

Bunga lawang yang sering digunakan dalam masakan mempunyai bentuk yang cantik seperti bunga layaknya dan mempunyai aroma yang tersendiri. Selain untuk masakan, rempah ini juga sering digunakan dalam petua orang dulu-dulu umpamanya untuk penjagaan kesihatan dalaman, menyerikan kulit wajah yang kusam dan pelbagai lagi kegunaan bunga lawang ini.
Pun begitu, tahukan anda bunga lawang ini ada yang jenis beracun? Ini sebagaimana perkongsian daripada saintis Dr Suri Roowi berkenaan perkara tersebut. Pendedahan info ini telah menarik perhatian warganet dan buat anda yang belum mengetahuinya, di bawah ini adaperkongsiannya.
Semoga ianya bermanfaat dan menjadikan kita lebih berhati-hati memilih bunga lawang selepas ini.
BUNGA LAWANG ada yang BERACUN?
1. Terdapat 2 jenis bunga lawang iaitu Bunga Lawang Cina dan Bunga Lawang Jepun. Bunga Lawang CINA TIDAK BERACUN manakala Bunga Lawang JEPUN BERACUN.
2.Bunga Lawang Jepun (Rujuk Gambar) mirip Bunga Lawang Cina, tetapi buahnya lebih kecil dan baunya kurang.
3.Bunga lawang Jepun biasa digunakan sebagai racun ikan dan juga racun perosak. Ia juga digunakan untuk mengatasi masalah sakit gigi dan sakit kulit
4.Bahan toksin dalam Bunga Lawang Jepun dikenali sebagai ANISATIN
5.Terdapat kemungkinan produk Bunga Lawang Cina dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Ini kerana, agak sukar membezakan kedua-dua jenis bunga lawang ini menggunakan mata kasar. Satu-satunya cara untuk membezakannya adalah melalui analisis kimia atau dengan melihatnya di bawah mikroskop.
6.Terdapat laporan seorang bayi mengalami masalah serius dan hampir maut setelah diberi minum air bunga lawang. Insiden ini berlaku mungkin disebabkan oleh Bunga Lawang Cina dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Justeru, ELAKKAN memberikan ekstrak air bunga lawang kepada bayi dan kanak-kanak
7.Di Eropah, Bunga Lawang Cina sering digunakan sering dicampurkan dalam minuman teh untuk kurangkan stress. Walaubagaimanapun, terdapat laporan dari Perancis, Sepanyol dan Switzerland menunjukkan peminum air bunga lawang tercemar dengan Bunga Lawang Jepun boleh menyebabkan masalah seperti halusinasi dan loya.
Meninjau di ruangan komen Zaharinah Hussin berpendapat selepas ini sebagai pengguna perlu lebih berhati-hati. Tulisnya “Kena lebih alert lepas ni. Kira bucu bunga lawang. Nampak pelik jer, kita asingkan.”
Begitu juga komen Rose Zeta Jalaluddin, “JazakAllah khyr.. Atas info ni.. Selalu beli je.. Lepas ni kena berhati2..Semoga dirahmati Allah”
Bahkan ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Dr Suri Rowwi kerana berkongsi fakta dan info yang bermanfaat. Antaranya seperti Marz Mary. Tulisnya, “Alhamdulillah Moga beri kebaikkan kepada yang membaca info ini. Mubarak Dr. Suri Roowi”
Sumber : Dr Suri Roowi
ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Buat Sendiri Apam Balik Terlajak Sedap. Tak Perlu Perap, Ibu Ini Kongsikan Resipinya

Kalau dulu kita hanya membeli, kini dah ramai daripada yang cuba membuat sendiri menu ini. Sebenarnya tak susahpun nak sediakannya sendiri di rumah. Jom cuba ni daripada Mizah Ngatiman, anak-anak mesti suka.
Bukan hanya orang dewasa, anak-anak pun suka makanan yang satu ini kerana rasanya yang ditambah dengan jagung dan kacang yang menaikkan
rasanya. Jom cuba nanti untuk hidangan hujung minggu.
Resepi Apam Balik Tanpa Perap.
Bila tengok Apam Balik ni kan. Teringat kenangan Lz kecil dahulu, inilah kenangan Mak dan Arwah Abah niaga Apam Balik dan Jagung Rebus di pasar malam.
LZ dan kaklong kecil lagi masa itu. Kami selalu ikut Mak Abah ke pasar naik gerabak (sejenis kenderaan 2 roda yang dipasang/ ditarik di belakang motosikal).
Bayangkan dah lebih 40 tahun. Rasanya kalau hari ini tanya Mak resepi asal Mak dulu mesti Mak pun dah tak ingat agaknya.
Bahan-bahan
(dapat lebih kurang 15 keping)
4 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 biji telur gred B
1sk soda bikarbonat
2sk baking powder
2 cawan air masak
Pewarna kuning telur
Bahan tabur (secukupnya)
Gula pasir
Kacang tanah hancur
Jagung Manis tin
Marjerin untuk sapu permukaan Apam.
apam 12.
Cara membuat:
1. Mixer hingga gebu telur dan gula halus.
.
2. Gebu macam ni bertukar warna putih.
.
3. Kemudian masukkan soda bikarbonat, sedikit pewarna kuning dan air.
Mixer rata lagi.
.
4. Kemudian masukkan tepung dan baking powder. Mixer lagi.
.
5. Dah siap, adunan tak cair dan tak terlalu pekat. Agak- agak boleh dilenser pada kuali.
.
6. Panaskan kuali anti lekat. Api kecil.
Kemudian ambil 1 + 1/2 senduk adunan. Lenser pada kuali macam kita buat lempeng tu.
Tebal nipis ikut kita.
.
7.
Biarkan ia berbuih bintik macam ni.
.
8.Boleh lah tabur gula, jagung manis dan kacang tadi. Ikut suka banyak mana kita suka
.
9. Kemudian dah berhenti buih buih tadi nampak kering permukaan Apam bolehlah dilipat. Tadaaaa dah siap. Boleh sapu marjerin permukaannya.
.
10. Susun dalam pinggan.
.
11. Isinya lebih jagung dan kacang. Sedap .Selamat Mencuba!
.
Klik #SHARE ye, seperti biasa step by step resepi di setiap gambar. Mudah-mudahan resepi ini bermanfaat pada sesiapa yang ingin mencubanya. Lz niatkan sedekah semua pahala kebaikan yang datang pada resepi ini pada Al- Marhum Abah Lz,
Hj Ngatiman Bin Hj Sarmidin.
#airtanganLz