Kek cheese memang digemari ramai termasuk anak-anak. Jika beli dikedai memang harganya agak mahal. Mana taknya, limpahan kejunya serta topping membuatkan kek ini bagaikan bak salju. Jika dimakan ketika sejuk memang superb!
Bagi yang pertama kali cuba membuat kek ini boleh cuba resipi ini. Confirm jadi.
Ikuti resipi ini.
Snow cheese kek ada yg suka tak… Ada yg Nk resepi comfirm jadi…. Kalau ramai yg Nk kita bg resepi ye…Ada yg nakkkkkk… Ke
Resepi snow chesse kek
Bahan 1
100 gram tepung gandum
60 gram tepung jagung
1 Sudu KFC baking powder
Campur diayak.
Bahan 2
4 biji telur
2 biji telur kuning
1 sudu besar Ovelate
1 penutup esen vanilla
Bahan 3
75 gram butter.Cairkan.
Adunan Kek vanilla
Campur bhn 1 n bhn 2. Mixer sampai putih dan gebu. Masukan bhn 3 . Kacau dengan senduk. Bagi sebati dan rata. Masukan dalam loyang 10″.Loyang tu lapik dengan kertas minyak n sapu butter/marjerin keliling Loyang. Bakar api atas bawah suhu 170….Selama Sejam.
Bahan cream cheese
Cream cheese tatura 250 gram
Mixer. Bagi sebati. Tuang atas kek
Bahan toping
250 gram himelt cheese…/ Kraft chessedar cheese . Parut dan tabur atas kek..
Siap! Mudah aje kan. Selamat mencuba semoga berjaya ye kawan.
Kredit: Yati Yati